Khamis, 17 Februari 2011

Mr.Valentine.?

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang korang tau dengan 14 Februari.?



piccy from Atok Gooooooogle.

Mesti semua tau tipulah kalau ada yang tak tau. 14 Februari kan konon-kononnya di Negara Barat adalah Hari Menyambut Kekasih. Umat Islam dilarang sama sekali menyambutnya. Tak semestinya 14 Februari je nak sambut hari kekasih.? Hari hari lain.? Menampar kekasih.? Memukul kekasih.? Menyepak kekasih.? Sebenarnya hari hari pun kita boleh nak sambut hari kekasih. Menyambut tu tak semestinya nak kena buat party bagai. Cukuplah dengan menghargai kekasih itu lebih bermakna. Contohnya mengambil berat, bertanya khabar etc.

Definisi Valentine :

* Valentine dalam Bahasa Inggeris atau Valentino dalam Bahasa Itali.
* Berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom iaitu Valentinus yang juga berasal daripada Bahasa Latin iaitu Valens yang bermaksud kuat, sihat, aktif dan seumpamanya.
* Kalau menurut sejarah, Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine.
* Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap kekasih rakyatnya sendiri.
* Jadi.........14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan Hari Valentine.

So conclusion daripa definisi di atas, jangan lah merayakan Hari Valentine. Kalau korang celebrate jugak, sama la macam korang meraikan si manusia yang bernama Valentine tuh. Dah la pulak tu diorang meraikan kejayaan menumpaskan kerajaan Islam.

Kadang kadang aku pelik dgn manusia manusia yang tak reti/tak faham bahasa atau bahasa mudahnya tak alert. Dah tentu malam malam valentine merata rata operasi mengejut bakal dilakukan. Lagi mau buat keje haram.? Tengok je la paper, berita bersepah sepah orang kena cekup berkhalwat, buat maksiat sana sini. Yang memalukan dan mengaibkan adalah manusia yang beragama ISLAM.!! Haihhhh -__-
Sedih aku dengan umat manusia macam nih. Tu ke cara nak meraikan heri kekasih.?

Firman ALLAH :

'' Katakanlah (wahai Muhammad) : Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.'' 
(Surah Al-Kafirun, ayat 1-6)


credit to : OHISLAM

Tiada ulasan: