Jumaat, 22 Julai 2011

Pahala Seorang Suami.

Assalamualaikum w.b.t

Saya bakal menjadi seorang isteri kepada seorang suami. Ya! Semua orang bakal bukan saya sahaja. Kebelakangan ini saya banyak mendengar ceramah ceramah menerusi talian terus atau lebih up-to-date nya disebut online. Semua di hujung jari anda! Kelik sahaja penceramah atau ustaz ustaz yang anda minati. Macam saya yang sangat mengagumi Ustaz Mohd Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus. Yang saya biasa dengar adalah Ustaz Kazim kerana saya kurang faham loghat Ganu Ustaz Azhar. Hihi ;p Pekat bebeno kekadang bila dengar macam blur then kena cari kawan ganu untuk translate kan jadinya pemahaman tu menjadi kurang sedikit lah.

Pagi pagi lagi saya dah bukak fanpage Ustaz Kazim. Cari video ceramah dia tentang ilmu rumahtangga. Best sangat! Banyak nya ilmu saya dapat di pagi Jumaat ini. Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz kerana menyebarkan ilmu yang sangattttttt berguna. Sebenarnya saya nak kongsi sedikit tentang ilmu yang baru saya dapat pagi tadi.

Pahala seorang suami ;

^^ Satu suap nasi yang isteri makan, suami dapat pahala. Tengok isteri makan pun dapat pahala. Kalau lah misalnya satu pinggan nasi 40 suap cuba bayangkan 10 pinggan nasi darab dengan 40 suap. Berapa? Sila gunakan ilmu matematik anda. Ok la saya congakkan untuk anda. Suami dapat 400 pahala hanya dengan tengok isteri makan sahaja. Mudahnya.

^^ Jika suami pulang ke rumah dengan memikul makanan untuk isteri, suami dapat pahala. Apa salahnya belanja isteri makan. Belanja kawan makan mamak boleh pulak? Padahal takde kewajipan pun. Hanya dengan membelanja isteri makan, ALLAH hapuskan dosa suami. Taknak ke dosa kecil anda dihapuskan oleh  ALLAH.? Mudahnya.

^^ Mana mana suami yang pegang + genggam tangan isteri dengan penuh kasih sayang, maka gugurlah dosa daripada celah jari jemarinya. Nak lintas jalan, pegang la tangan isteri. Nak tengok wrestling pegang la tangan isteri. Kalau nak pergi masjid tu, bawa lah isteri naik motor. Isteri peluk je suami gugurlah dosa si suami. Mudahnya.

^^ Jika suami memandang mata isteri dengan penuh kasih sayang dan isteri pula memandang suami dengan penuh kasih sayang, ALLAH memandang kedua-duanya dengan penuh rahmat. Mudahnya.

Pahala seorang isteri ;

^^ Tau tak sebenarnya pahala isteri tidur bersama suami lebih besar daripada dia membaca Al-Quran.? Mudahnya.

^^ Saat isteri dalam kesakitan melahirkan anak, dosanya akan diampunkan oleh ALLAH. Melahirkan 10 orang anak pahalanya sama seperti mengerjakan Haji dan Umrah. Urat urat yang putus dan darah darah yang keluar saat melahirkan anak, ALLAH hapuskan dosa dosa dan dinaikkan darjat mereka. Mudahnya.





p/s ; Semoga saya bakal menjadi isteri yang taat kepada ALLAH dan suami. Doakan ya! InsyaALLAH.

Tiada ulasan: