Sabtu, 30 Oktober 2010

Aku Bersama Kupu-kupu.


Sorry gambar tak berkualiti langsung. Gambar dicapture dari henfon tempatan. Jenama dirahsiakan. Maaf. Haaa nampak tak ada kupu-kupu kat tepi tudung aku yang kalerful bagai poyo gila rasa pakai kupu-kupu ni. Memula rasa pelik nak mati ah siyes tak tipu. Tapi bila dah lama pastu wat bodoh macam perasan muka aku ni cantek sangat dengan bangganya aku bangga pakai kupu-kupu yang murah lagi cute. Aku saje tak susun ayat betul-betul. Pegi tadi pegi keje pakai lagi kupu-kupu besar gedabak yang taktau malu dok kat tepi tudung aku. Petang pakai lagi. Gila kuasa biasa ah baru nak up. Kisah lak aku? Rasa cam mood tetibe berubah jadi happy tak terkata bila aku pakai menatang ni. Heh yang bestnya mock cam pelik tengok aku dengan kupu-kupu gedabak. Tapi aku tau dalam hati dia berkata 'eh nampak tiut miut lak awek aku nih'. Hakhakhaktuiiiiihhh. Jap. Aku nak masuk bakul pastu angkat sendiri sebab aku puji diri sendiri. Sekarang dalam proses mengumpul kupu-kupu malam terbang melayang melekat di tepi kepalaku. 

p/s: dear mock : berkatilah kupu-kupu ku.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Xpress Exfoliating Gel


Xpress Exfoliating Gel ni bagus sangat. Serius. Bukan nak promote tapi memang berkesan. Aku baru pakai sebulan gel ni tapi kesannya dah nampak. Actually functionnya untuk reduce blackhead, sel kulit mati, meratakan kulit yang kasar. Struktur dia cam scrub. Bila sapu kat muka nanti ada kuar macam biji-biji. Masa memula pakai dulu cam geli-geli sebab tak biasa lagi. Hakhak. Tapi gel ni tak boleh pakai selalu. Dalam seminggu 2 kali je dah cukup. Tak digalakkan pakai hari-hari sebab nanti dikhuatiri akan menghakis kulit anda tatayokk aku tanak tanggung. Harga murah je. RM19.90 kot. Tengok la muka kat botol tu kan licin berseri tiada jerawat digemari ramai sehingga berebut-rebut. Tipu je berebut.
Pastu tengok muka aku lak. Berseri tak berseri. Aku taw la aku tak putih macam muka kat botol tu. Sawo matang ni dah cukup bersyukur la daripada takde muka. Tipu lagi. Mana ada orang takde muka. Vunguks.

Aku taktau apa nak update ni.

Dah bersawang blog aku ni. Yela mana sempat nak update. Keje banyak nak kena buat (bz, bwh sket dari PM). Malas la sebenarnyaaaaaa.. Oke itu adalah benar belaka. Malas sebab bosan ngan template lama. Tiap kali nak update mesti tak jadi. Padahal dah siap bukak new post taip bagai bla bla bla last2 delete balik. Mengong tol la. Takde mood tgk template burok ni. Nak kata buta IT takde la sampai camtu en..  tapi aku ni malas nak edit HTML pas2 edit sana edit sini. Malas taw tak? Tak kuasa aku nak ngadap pc ni je. Mata pun dah makin rabun. Demmit!! 

Apa lagi nak cita ek. Takde pape yang menarik dalam hidup aku. Perjalanan hidup aku bosan. Tak berapa meriah sebab masa aku banyak dihabiskan kat opis and rmah bersama family terchenta. Betulll serius bosan. Tu pasal aku takde kawan baik@kawan rapat. Kawan-kawan biasa ada la. Bukan apa, aku ni tak boleh nak bagi komitmen kalau ada kawan baik. Nak kata aku ni anti-sosial bukan sama sekali cuma aku dah bosan keluar lepak2. Mungkin umur dah dewasa ni jadi malas nak lalalala. Aku lebih bahagia dok kat rmh, baring2, golek2. Hati senang, duit selamat, nyawa selamat.

Eh taw tak sekarang trend culik, ragut, bunuh, bakar bla bla bla. Oke aku takot.

Mengapa tulis kat tajuk entry "Aku taktau apa nak update" sedangkan kau dah merepek kat atas? Masa sekolah rendah buat karangan selalu je terpesong dari apa yang soalan nak padan muka aku. Aku nak berhenti merepek.

p/s: kecewa tak dapat pisang goreng sec 19. tyme aku nak la tak dapat.

Selasa, 19 Oktober 2010

Tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia.

Tajuk entri nak meletopp jek. Aaaaaaaa stress. Yes am stress. Btw am not happy at all. Banyak masalah memang biasa la. Yang tak biasanya bila kena menetapkan pendirian untuk memastikan masalah tu tidak dianggap berat. *My bad :(


Mungkin quote ni paling tepat untuk aku
(Kita merancang Tuhan yang menentukan)


Nasib baik aku ada lelakiitu yang membuat aku kuat. Lelakiitu yang hadir dalam hidup aku untuk melengkapkan kehidupan aku sebagai aku. Ecehhh. Temkiyu untuk lelakiitu.

Rabu, 13 Oktober 2010

Sabar Sayang.

Assalamualaikum w.b.t

Mood hari ini OK. Means ada mood nak update belog. Sebab nak share info penting. Btw, Allah menguji ku sekali lagi. Kadang-kadang timbul sikap tak puas hati kenapa aku selalu sangat diuji. Tapi itulah..kita ni sebagai hamba-Nya harus tabah dalam menghadapi ujian dari-Nya. Back to nature, dah fitrah kejadian manusia macamtu. 

Waktu yang ku tunggu hampir tiba. Sekarang masih konfius samada nak pegi terus atau tak. Terus operate or just check je. Haihhh~ Kakak aku cakap jangan operate dulu. Majoriti cakap jangan operate dulu. Ada yang cakap benda ni boleh kecut sebab tak serius lagi. Berat aku nak tanggung sakit semua. Memang dari luar aku nampak macam sihat takde pape tapi Tuhan je yang tau apa yang aku tanggung.

Aku dah buat research pasal TONSIL ni. Check it out:

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah.- 
* Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.
* Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. 
* Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.- ini betul! seksaaaaaa aku!!
* Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.
* Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. 
* Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.--> What?? Takde can nak sembuh sepenuhnya? 
* Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi'--> Tapi aku masih boleh bernafas. So amcam tak perlu je aku operate. *konpiuskonpius*.

Mood : Tekak sakitttttt, batuk tak henti, anak tekak merah menyala, kahak berkumpul. *yewww*


Selasa, 12 Oktober 2010

Mari Belajar Potong Kuku.

Assalamualaikum w.b.t


                                  


Takde benda nak update. Cuma nak share cara memotong kuku tangan dan kaki. Sebelum ni ak main redah je nak potong camne pon. Main sukati nenek belah atok ak je nak potong camne pon janji nampak bersih dan kemas. Act benda ni mocK yang bagi dia soh update dalam belog. Dah lama giler dia bagi baru harini ak update. Nampak tak busy x busy nya ak? Haaaa.. Tu sebab la belog ni dah bersawang bagai. Jadi marilah kita sama-sama mengikut sunnah di atas hokeh? 


p/s: Jangan sekali-kali bela kuku panjang kerana dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit. Untuk lelaki dan wanita, carilah pasangan yang tidak memiliki kuku panjang. Bayangkan kuku kotor pastu masak, makan, bagi anak makan dgn kuku kotor camtu. Nanti anak jadi malas, suka melepak, degil etc. Nauzubillah.