Jumaat, 22 April 2011

Ciri - ciri Keris Agung dan Tombak Agung.

Korang perasan tak dekat logo UiTM ada lambang keris.?

So ak harini nak cerita pasal Keris Agung yang ada kat lambang UiTM.


Nampak tak ada dua bilah keris tu.?

^^ Kedua dua keris tu melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung, kukuh dan murni.

^^ Keris Agung yang bersarung melambangkan kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu. Motif ukiran ini menggambarkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Canselor UiTM sekaligus melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung.

^^ Ciri - ciri keaslian dan ketulenan keris Melayu sebagaimana yang terdapat pada ''Keris Agung'' melambangkan falsafah penubuhan Universiti Teknologi MARA. Ia digarap daripada idea penciptaan sebilah keris yang bernama ''Keris Potong Barat''.

1 - Keris Agung


Keris Agung.

^^ Motif ukuran pada hulu keris ialah motif bunga petola kuning, *pendokoknya bermotifkan pucuk rebung dan sarungnya bermotifkan bunga tanjung.

^^ Motif bunga petola kuning pada hulu keris mewakili warna kuning Diraja, menggambarkan lambang pada Kesultanan Melayu. 

^^ Motif pucuk rebung pada *pendokok melambangkan proses pendidikan yang membentuk mahasiswa universiti ini menjadi graduan profesional.

^^ Motif bunga tanjung pada sarung keris pula melambangkan identiti Negeri Selangor, bersesuaian dengan kedudukan kampus induk UiTM yang berpusat di negeri Selangor Darul Ehsan.

^^ Kewibawaan makna identiti keris terserlah dengan logo UiTM yang diletakkan di atas ukiran perak pada pangkal sarung keris. 

^^ Pada bahagian tengah sarungnya tertera tulisan khat tuluth yang mempamerkan moto UiTM iaitu ''Usaha, Taqwa, Mulia''. (dekat anak panah merah tu ada tulisan khat)

2 - Tombak Agung



Tombak Agung.

^^ Tombak Agung terdiri daripada sepasang tombak iaitu bermata daun buluh dan berlok lima.


^^ Merupakan lambang kepada nilai keagamaan, keilmuan, keperibadian serta kedaulatan bangsa dan negara.

^^ Motif keseluruhan batang tombak diambil daripada reka bentuk kubah yang membawa maksud UiTM sebagai wadah pemberian dan penerimaan ilmu menurut hukum ilmu ke arah membina kebaikan dan menolak kemungkaran berlandaskan aqidah khususnya di kalangan mahasiswanya demi agam, bangsa dan negara.

^^ Mata tombak berlok lima bermaksud Rukun Islam yang lima.

^^ Bermata daun buluh bermaksud kekayaan seni reka Melayu yang asli.

^^ Penghias tombak ialah ukiran destar perak bermaksud raja-raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan simbol ketinggian tamadun bangsa Melayu.

^^ Batang tombak dihiasi ukiran perak bunga tanjung manakala bahagian atasnya terdapat logo dan moto UiTM iaitu ''Usaha, Taqwa, Mulia'' ditulis dengan khat tuluth.

^^ Logo dan moto ini menggambarkan keunggulan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang diwujudkan berlandaskan aspirasi untuk menghasilkan graduan-graduan bumiputera yang menguasai maklumat dan teknologi tinggi.

p/s : UiTM Di Hatiku :D

Source from : UiTM Shah Alam.

Tiada ulasan: