Isnin, 24 Januari 2011

Kisah Dajjal.

Assalamualaikum w.b.t

Erkk.. Dajjal.? Tau tak dajjal tuh apa.? Oke oke jangan panik takpayah tanya atuk goooogle sebab aku akan cite pasal Dajjal. Ce cita.. ce cita.. *annoying -_-
Dajjal dalam bahsa Arab bermaksud pembohong atau penyamar. Dajjal ni satu makhluk jahat yang akan muncul sebelum Hari Kiamat,. Oke kalo dalam ajaran Kristian dikenali sebagai Antichrist.

Sifat Dajjal :-

1. Seorang pemuda.
2. Mata tersembul keluar.
3. Berambut kerinting, lebat dan tidak terurus.
4. Dahinya lebar.
5. Sebelah matanya buta (dalam riwayat Bukhari menyatakan sebelah kanan manakala Imam Muslim  
    meriwayatkan yang buta adalah sebelah kiri)


Agak-agak macam ni ke rupa Dajjal.? Euwwww  >_<

Source : Atuk Gooooogle.

6. Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, akan makan api dan
    menghembus asap, terbang atas tanah dan menyeberang laut.
7. Dia akan menipu para Imam, mengajar mereka bahawa Syurga ialah Neraka dan sebaliknya.
8. Perkataan Ka-fa-ra (kafir) akan muncul di dahinya dan akan dibaca oleh Muslim sebenar samada mereka
    boleh baca atau tidak.
9. Dia boleh melihat atau mendengar pelbagai benda di banyak tempat pada masa yang sama.
10. Dia mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia.
11. Dia tidak berupaya memasuki Makkah atau Madinah.
12. Imam Mahdi akan menentangnya dengan nama Islam.
13. Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s dekat pagar Ludd, di mana Israel terdapat kini.
*Scarynya Dajjal.

Tanda-tanda kiamat besar:

- Gempa bumi di sebelah timur, barat dan jazirah Arab.
- Keluarnya asap, binatang dari perut bumi, Ya'juj dan Ma'juj.
- Terbitnya matahari di sebelah Barat.
- Keluarnya api dari Lembah 'Adn yang mengiringi manusia.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tarmizi dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud ''Tiga perkara yang apabila telah muncul maka tidaklah bermanfaat iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau ia belum mengusahakan kebaikan dalam imannya itu iaitu terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang yang keluar dari perut bumi.

Nabi Muhammad S.A.W. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajjal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa ''Ya Allah aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajjal''. Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajjal sejak penciptaan Nabi Adam a.s hingga hari kebangkitan.
Wallahualam. Disebabkan itu kita hendaklah beramal soleh sebanyak yang mungkin sebelum keluarnya tanda-tanda kiamat yang besar. Disamping munculnya Dajjal akan muncul juga Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Ini semua telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui hadisnya yang sahih.

Credit to En Wikipedia & Al-Muwahhidun

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cerita uzur pak ciek