Isnin, 11 April 2011

Tau tak saka tu apa.?

Guys.! Tau tak saka tu camne.? Oke mari sini aku story..


Saka tu dari belaan orang tua-tua atau dari atuk moyang kita dulu yang banyak digunakan untuk tujuan berperang, berkebun, menjaga kebun, kebal, boleh ghaib, kecantikkan, sihir, kekuatan, bersilat dan sebagainya. Tapi sekarang masih ada individu yang still amalkan. Kebanyakan saka ini adalah dari golongan Jin dan Syaitan yang beragama atau pun tidak. Jin ini akan diberi makan mengikut perjanjian yang dibuat oleh pengamalnya, ada yang setiap hari atau setiap bulan atau setiap tahun, Saka ini akan berdamping dengan tuannya untuk tujuan menjaganya dari bahaya atau peperangan.


Petanda saka (waktu tidur) :


^^ Susah tido malam.


^^ Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas n takot.


^^ Mimpi buruk yang dikenali sbg kabus seperti melihat sesuatu yang mengancam pastu menjerit minta tolong tapi takde sape yg dengar.


^^ Mimpi sesuatu yg menakutkan n menyeramkan.


^^ Mimpi kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.


^^ Bunyi gigi berlaga masa tido.


^^ Ketawa, menangis, menjerit-jerit masa tido.


^^ Berdiri dan berjalan masa tido.


^^ Mimpi jatuh dari tempat tinggi.


^^ Mimpi berada di kawasan kotor atau tanah perkuburan.


^^ Mimpi tengok budak kecik.


^^ Mimpi tengok salib atau gereja.


^^ Merintih dan menangis masa tidur.


Petanda saka (waktu jaga) :


^^ Selalu pening kepala.


^^ Lalai mengingati Allah SWT.


^^ Sering lesu dan malas.


^^ Rasa sakit di salah satu anggota badan.


^^ Sakit belakang terutamanya tulang belakang.


^^ Lenguh sendi-sendi utama.


^^ Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.


^^ Mudah panik bila berhadapan dengan sesuatu ujian.


^^ Jiwa lemah dan tiada motivasi untuk terus hidup.


^^ Mudah marah dan panas baran.


^^ Emosional dan terlalu sensitif.


^^ Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah telapak kaki seperti terpijak batu atau telur.


^^ Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

Tiada ulasan: