Memang betul jangkaan aku, sesampainya aku kat Bukit Cherakah orang super ramai. If tengok dari luar pn dah tau. Punya banyak kereta sampai terpaksa parking kat tempat motor. Redah je janji dapat parking. Kat signboard pintu masuk ada tulis parking bayar brape ntah tak ingat. Bila masuk je takde lak orang jaga parking so kira free la kan? Or weekend dia bagi parking free ke aku pun taktau.
Sebelum masuk ke dalam, kena bayar dulu I mean lepas parking la. Nanti kat situ ada kaunter. Silalah bayar mengikut rate anda.
Dewasa : RM3.
Kanak - kanak : RM1.
Klik gambar untuk lebih jelas.
After dapat tiket, baru lah boleh masuk ke Taman Pertanian Bukit Cherakah. Dalam tu macam macam aktiviti boleh buat. Cycling, jogging, photoshoot pun boleh sebab tempat dia cantek sangat plus udara yang sangat fresh.
Excited nak cycling pusing punya pusing tak jumpa tempat nak sewa basikal. Dah pegi dekat satu pondok yang ada banyak basikal kat situ tapi tak sure sebab tempat tu agak buruk nama pun 'Pondok Basikal'. Untuk taknak lagi sesat, Goody tanya kat kaunter and tempat dia memang kat pondok tadi. Ahhaaaa aku tergelak gak la sebab rupanya kitorang dah pegi dah tempat tu. LOL. Memang old school pondok basikal dia. Tengok memang super ramai kat pondok tu tapi basikal banyak. Aku cakap dalam hati ni konpem sempat lagi nak book rupanya sekali FULL. Siap ada waiting list lagi. Aku turn ke 23. Fedup nak tunggu pada mulanya tapi tabahkan hati nak tunggu jugak. Rupanya basikal yang banyak tadi dh di booking oleh orang. Heh :D
Klik gambar untuk lebih jelas. LOL.
*asal pegi memana Chinese lagi ramai.?
Sewa untuk basikal :
Basikal besar (untuk dewasa) : RM5 bagi 1 jam pertama, RM1 untuk setiap jam berikutnya..
Basikal kecil (untuk kanakkanak) : RM3 bagi 1 jam pertama, RM1 untuk setiap jam berikutnya.
Daripada masa terbuang macam tu je, kitorang decide nak round round naik bus. Memang syok la bus dia, takde tingkap angin perghhh menusuk kalbu, segar, nyaman. Jangan risau naik bus FREE. Takpayah bayar. FYI, bus ni macam shuttle bus nanti dia akan stop kat bus stop pastu dia akan amek orang kalau ada orang tunngu. Pastu tengah tengah jalan if ada orang tahan bus tu, bus tu akan berhenti then ambil penumpang tu. Sweet kan.? Macam bus mini plak. Teheee >,<
Klik gambar untuk lebih jelas.
Sweet tak bus dia.?
Kitorang tunggu tepi jalan je. Hee
Settle round dengan bus, kitorang pegi balik pondok basikal tadi turn kitorang dah nak dekat. Banyak potong nama sebab ramai dah balik kot. Malas tunggu agaknya. Yeayy tak sabar nak cycling. Untuk 30 minit pertama masih steady tapi malang betul nasib. Aku hampir pitam. At first boleh lagi control, pastu flat. Total lost. Tak boleh bangun, bila bangun je nak pitam. *Sob sob*. Kesian kat adik adik aku, diorang kena tunggu aku sebab aku tak boleh gerak pegi memana. Aku tak breakfast, perut kosong. Tu la puncanya aku pitam. :(
Takpayah klik untuk nampak lebih jelas.
Nampak tak segar bugar :))
Masa ni tengah control padahal nak pitam dah.
Sempat lagi :D
Sorry la eh. Korang kena la tunggu kakak kau yang nak pitam nih.
Klik gambar untuk lebih jelas.
Konpem takkan sesat.
Coclusion : Sebelum pergi cycling plishhhh plishhh breakfast dulu. Pengajaran untuk aku. Jika tidak, waktu cycling anda akan sia sia dengan pitam. -__-
p/s : Next time nak pegi lagi. Eh korang pegi la. Tak rugi pun. Sekali seminggu exercise apa salahnya kan. Berbasikal ni boleh kuruskan peha taw. Hihi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan