Selasa, 31 Mei 2011

Balik kampung orang sebab aku takde kampung.

Last Saturday, aku dan separuh family balik ke Perak untuk menghadiri jemputan cukur jambul anak sepupu dan  melawat Ayahcik yang sakit. Pepagi Sabtu dah gerak. Pukul 6.45 gerak weh. Mata mengantuk jangan cakap la. Apo nak buat, layan je la. Kang tak ikut, kecik lak hati parents aku. Malas nk taip panjang panjang, lets pic story orite.?

Destinasi pertama : Teluk Intan. Menu diorang superb.! Masakan kampung. I miss lauk kampung so much.

1st Pic : Look at the buaian. Nice kan.? 2nd pic : Plus their baby so soooo cute. FYI, bby ni sebijik ikut muka mummy dia. Putih sangat rasa nak cubit tapi apakan daya -______-



Sesi mini reunion parents aku. Maklumlah dah 15 thn tak jumpa. Siap tukar tukar no fon. Class gila mak mak zaman sekarang kan.? Anak dibiarkan camwhore ahaaa.
1st Pic : Abah and kawan kawan lama. Sorry tak ingat nama pakcik baju kotak kotak tu. Yang aku tau dia kelako. Perangai sebijik macam Pakcik Rosli jiran aku. 2nd and 3rd Pic : My mum and kawan lama dia jugak. Taktau sebelum tukar no fon peluk ciyum lagi. Makcik tudung itam "Dah beso anak ko ye Bibah''.  Mak : ''Nak kawen dah pun''. *______*



Disebabkan mak abah sibuk bebeno, kitorang camwhore la kejap. 
1st pic : Shawl purple adik aku, sila jangan percaya. Muka pun tak sama. Eh tadi kan cakap pegi ngan family kalau bukan adik, sape lak.? Lu pikir la sendiri. 2nd pic : Mak tengah borak borak ngan kawan dia tadi pastu kitorang tarik dia nak masuk dalam gambo punya pasal. Derhaka buat mak camtu. Heh 3rd pic : Kitorang soh mak pegi borak ngan kawan dia balik. 



Outfit of the day :DD


Destinasi kedua : Sitiawan.


Yang bestnya balik Sitiawan ni sebab dapat makan buah buahan yg sedap. Ayahcik ada kebun besar and luas and kaya dgn buah buahan. Hee
1st pic : Ulam raja, bunga ros, daun limau purut. 2nd pic : Orang tua borak teringat zaman muda panjat pokok. 3rd pic : LIKES durian belanda. Fresh. Yippiyippi. Eh lupa dalam plastik oren n putih tu ada buah mangga. Manis tapi ada ulat. Ahha. 4th pic : Daun ...... aaaa jap ala daun apa tah. Lupa la. Daun ni biasa orang masak lemak. Semua ni kitorang bawak balik Shah Alam. Yeay.! 

==========================================

Lepas balik dari Sitiawan ada lagi aktiviti tapi lupa nk amek pic sebab masa tu dah flat. Haiyaaa semua flat. Singgah Ijok ada makanmakan. Burppp Alhamdulillah. *nasi ambeng*. Feel jawa sekejap sebab aritu baru tau prosedur makan nasi ambeng. Wakakak kesian kan aku.


Khamis, 19 Mei 2011

Setakat ini hanya doa mengiringi perjalanan hidupku.

4 tahun bagi aku bukanlah jangka masa yang sekejap. Ada sesiapa tahu tak apa kena mengena 4 tahun dalam entry kali ini.? Eh takpayah angkat tangan untuk jawab hanya jawab dalam hati saja.

Sebulan lagi genap 4 tahun tempoh perkenalan kami dan hampir 5 bulan tempoh pertunangan. Terima kasih tentunya pertama sekali diucapkan kepada Allah Maha Esa. Tanpa restuNya tak mungkin kami bersama sehingga ke hari ini.

Kedua terima kasih kepada ibu bapa kami berdua sebab tanpa doa dan restu mereka tidak mungkin kami akan bersama sehingga ke hari ini, saat ini, waktu ini. Ketiga terima kasih kepada kawan kawan yang mendoakan kebahagiaan kami berdua.

Bukan mudah untuk mengecapi kebahagiaan. Macam macam harus ditempuhi berbekalkan hati yang tabah dan cekal.

Waktu aku menaip entry ini aku baru lepas berjumpa fiance untuk uruskan hal peribadi. Terima kasih untuk itu. Entry ini aku buat khas untuk mengingat kembali saat manis. Bukanlah sekarang tak manis cuma aku rasa waktu sekarang tak semanis masa awal perkenalan dahulu.

Betullah cakap orang masa bertunang banyak dugaan. Sebelum bertunang pun dah diuji dengan macam macam dugaan inikan pula waktu bertunang. Sekarang baru aku dapat merasa kepahitan pertunangan. Untuk pertama kali dalam tempoh pertunangan kami, aku mengalami perasaan yang sangat down sangat. Kuat sungguh ujian. Tak siapa tahu hati kami. Luaran nampak happy tapi realitinya kami berhadapan dengan macam macam masalah yang tiada siapa pun tahu. Biarlah aku rahsia kan masalah itu.

Sampai aku pernah rasa 'taknak kawen boleh tak.?' Tapi jauhhhhhhh di sudut hati aku mendoakan yang terbaik untuk kami. Aku takde kawan baik yang boleh berkongsi airmata suka duka hanya blog peneman setia aku.

Aku berharap esok masih ada suria untuk kami berdua menerangi jalan kehidupan bersama.

*prayforus*

Rabu, 18 Mei 2011

Entry asam jawa.

Kenapa aku cakap entry asam jawa.? Sebab dah terperam lama dalam draft sampai jadi asam dah ahaaaa. Entry kali ni nak cerita pasal cerita yang tengah hot kat pawagam pawagam berdekatan anda. Bukak blog member member sume dok review pasal KONGSI. Aku pun nak jugak buat review. Cuma nak lontarkan pandangan dari mata bulat aku je.

Last Friday aku and siblings pegi tengok KONGSI dekat Jusco Bukit Tinggi Klang. Gila kau Jusco terbesar nih. Besar memang besar tapi super ramai sangat orang. Sesakss sangat. Nasib baik pegi just nak nonton muvie je. Kalo nak bersopim takde lah aku rajin.

Sebenar benar nya nak pegi tengok Khamis malam Jumaat tapi masa tu tket sold out. So kitorang decide book untuk esok je. Sorang RM14. Baiklah sangat mahal kenapa la kan. Aku takde masalah sebab adik aku belanja. *flyingg kick eh silap flyinggg kisssss*



Tengok harga tiket. Mahal. 

Aku taknak cite dari mula cuma aku nak buat conclusion sahaja. Cerita ni best. Cuma jalan cerita agak lemah kot. Pelakon superb lagi lagi SAM.!!! Tak rugi pun kalo pegi tengok. Tapi yang tak berapa best tang ending. Tetibe mcam tergantung. Aku rasa mesti ada part 2 nih. Spoil lah. Congratulations to team KONGSI dengan kutipan 1juta ++ untuk minggu pertama tayangan. Dapat rumah lagi la SAM. Heee :D

Rabu, 11 Mei 2011

BB casing.

Malam tadi tetiba mood mencraftkan diri datang dengan happynya. Siapkan BB casing sampai tengah malam.
Celik je mata ni kalau felt punya pasal. Heee :D

Ni 2nd time try buat hp casing. Dulu penah buat sekali tak brpa perfect. Kali ni punya agak cantek sket la dari dulu. Practise makes perfect :))

Sape rasa rasa berkenan, terkenan, tertekan eh silap yang betulnya sape berkenan, pegi je SINI atau FB Link. PM sahaja jangan malu jangan segan.





Red my inspiration.

Selasa, 10 Mei 2011

LOVEmom.

Sabtu lepas, aku 1 family berjimba di Pizza Hut Jusco Bukit Tinggi. Super ramai orang itu hari. The most ramai people adalah Chinese. Dah macam HongKong. Parking payah nak dapat. After berebut rebut lastlyyyyyy dapat jugak. Kitorang pegi dua trip. Aku pegi dulu untuk book tempat. Sesampai pizza pukul 7 lebih you know what.? Pizza full-book.! Tak lama pun tunggu turn ada la dalam 10 min baru la dapat tempat. Port best. Tepi dinding. Kalau tengah rasa cam serabut + sume mcm tengok je kitorang huhah nanti.

Meal yang kitorang makan adalah Love Shape Pizza yang dibuat khas untuk MakBib. Hahah.


Just for my mom.


My sweetheart dunia akhirat. <3


One of MakAbah's son. 
Sorang lagi kat Ipoh.




Daughter of my dad.

<3 <3 <3







KBS Round - 3

1 Mei (Ahad) lepas aku dan D18XTREME pegi Putrajaya for Drift Event KBS Round-3. Actually hr sabtu pg pun kitorg pegi Putrajaya utk test trek. Nk tgk lining drift and test kete kot-kot kalo meragam,biar la meragam hari no jgn time event nnt. Utk hari Sabtu yg pegi cuma kete Shon Kuantan, Azhar, Azrind ngan Pejal. Drifter d18xtreme yg lain suma bz katenye. Suma nk dtg hr ahad tu, bak kate pomen2 KSR speed "profesional drifter la katakan..haha"..Pg kitorg test trek,ptg tu kena rushing to Auri house sbb ada kenduri cukur jambul anak dia. Makana mmg meletup la,mcm2 ada, siap ada BBQ kambing, ayam n daging lg. Tukang bakor adaelah geng-geng KSR la..hehe..dah la dr pg x mkn, reserve perut tuk melantak kat rmh auri..terbaik...haha..

So, ni citer hari ahad plk. Kitorang gerak awal gila lebih kurang pukul 8.30am. Aku pegi pun tumpang kete orang je malas nak bawak BBT. Sebelum gerak berkumpul dekat Petronas dulu utk isi myk full tank sbb kat sana malas nak cari petro pump..leceh...har ahad yg gerak adalah sil80, ae86, mark 2,silfiro s16 dan Myvito..

Bawah ni pic dekat Petronas ;








Selepas isi myk,kitorg pn gerak la menuju ke Putrajaya. Memula suma sopan tp bila dah lama sgt sopan, mula la otak diorg ni senget chamber -5. Yg pki 6 selinder bantai wangan plk. terkial2 sr20 nk keja tp nsb baik blh keja..hehe..tggl la amad kat blakang sbb dia sopan skit kat jalan raya ni wlupn pki sr20.hehe.agak2 dalam stgh jam smpi la Putrajaya. Ni je gambar yg ak amik pki BB ak ni.yg lain pki dslr azrind la..

.Bawah ni pic kat Putrajaya ;























Event mmg enjoy. Kerjasama tahap wonderpet pun di tunjukkan oleh krew-krew d18xtreme. Tlg pape yg patut..Papepun, memang terbaik lah D18XTREME.!! 

Congratulations to Pejal dan Azrind dapat no. 3 & 5. To Auri, Amad and Idris better luck next event.

DRIFT FOR FUN, TOGETHER WE RUN.!!

p/s : Sila follow D18XTREME blog --> KLIK SINI










Rabu, 4 Mei 2011

Peningnya Memahami Perempuan.

Ni mock emel aku.


Laki talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?


Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...


Laki pon balik umah, tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....


Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....


Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....


Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?

p/s : Hahahahha. Takkan tak paham paham. 

Selasa, 3 Mei 2011

Mish my litttle kyddo.

Minggu lepas cuti Labour Day, rumah aku meriah becoz my little kyddos balik sini. Rendu dengan telatah diorang. 3 hari diorang kat sini rasa sekejap je. Tak puas nak buli, sakat.

Diorang dah balik Pahang and Kelantan tinggallah aku keseorangan. Hee. Takde la sorang. Propa je :))


Mish them :'( 
Ni separuh, ada yg takde dlm pic. 

p/s : Shayang shayang mandak sekalian, cuti sekolah ni balik sini lagi oke. *lovelovelove*