Jumaat, 22 Julai 2011

Pahala Seorang Suami.

Assalamualaikum w.b.t

Saya bakal menjadi seorang isteri kepada seorang suami. Ya! Semua orang bakal bukan saya sahaja. Kebelakangan ini saya banyak mendengar ceramah ceramah menerusi talian terus atau lebih up-to-date nya disebut online. Semua di hujung jari anda! Kelik sahaja penceramah atau ustaz ustaz yang anda minati. Macam saya yang sangat mengagumi Ustaz Mohd Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus. Yang saya biasa dengar adalah Ustaz Kazim kerana saya kurang faham loghat Ganu Ustaz Azhar. Hihi ;p Pekat bebeno kekadang bila dengar macam blur then kena cari kawan ganu untuk translate kan jadinya pemahaman tu menjadi kurang sedikit lah.

Pagi pagi lagi saya dah bukak fanpage Ustaz Kazim. Cari video ceramah dia tentang ilmu rumahtangga. Best sangat! Banyak nya ilmu saya dapat di pagi Jumaat ini. Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz kerana menyebarkan ilmu yang sangattttttt berguna. Sebenarnya saya nak kongsi sedikit tentang ilmu yang baru saya dapat pagi tadi.

Pahala seorang suami ;

^^ Satu suap nasi yang isteri makan, suami dapat pahala. Tengok isteri makan pun dapat pahala. Kalau lah misalnya satu pinggan nasi 40 suap cuba bayangkan 10 pinggan nasi darab dengan 40 suap. Berapa? Sila gunakan ilmu matematik anda. Ok la saya congakkan untuk anda. Suami dapat 400 pahala hanya dengan tengok isteri makan sahaja. Mudahnya.

^^ Jika suami pulang ke rumah dengan memikul makanan untuk isteri, suami dapat pahala. Apa salahnya belanja isteri makan. Belanja kawan makan mamak boleh pulak? Padahal takde kewajipan pun. Hanya dengan membelanja isteri makan, ALLAH hapuskan dosa suami. Taknak ke dosa kecil anda dihapuskan oleh  ALLAH.? Mudahnya.

^^ Mana mana suami yang pegang + genggam tangan isteri dengan penuh kasih sayang, maka gugurlah dosa daripada celah jari jemarinya. Nak lintas jalan, pegang la tangan isteri. Nak tengok wrestling pegang la tangan isteri. Kalau nak pergi masjid tu, bawa lah isteri naik motor. Isteri peluk je suami gugurlah dosa si suami. Mudahnya.

^^ Jika suami memandang mata isteri dengan penuh kasih sayang dan isteri pula memandang suami dengan penuh kasih sayang, ALLAH memandang kedua-duanya dengan penuh rahmat. Mudahnya.

Pahala seorang isteri ;

^^ Tau tak sebenarnya pahala isteri tidur bersama suami lebih besar daripada dia membaca Al-Quran.? Mudahnya.

^^ Saat isteri dalam kesakitan melahirkan anak, dosanya akan diampunkan oleh ALLAH. Melahirkan 10 orang anak pahalanya sama seperti mengerjakan Haji dan Umrah. Urat urat yang putus dan darah darah yang keluar saat melahirkan anak, ALLAH hapuskan dosa dosa dan dinaikkan darjat mereka. Mudahnya.





p/s ; Semoga saya bakal menjadi isteri yang taat kepada ALLAH dan suami. Doakan ya! InsyaALLAH.

Isnin, 18 Julai 2011

Ada jumpa lagi tak biskut biskut tradisional dulu dulu?

Assalamualaikum w.b.t

Ha ni nak bagitau ni. Korang pernah jumpa lagi tak biskut biskut raya yang tradisional zaman atok nenek kita suka buat dulu? Ehee nak kata tradisional tak tradisional sangat la kan. Kalau bab kelazatan, haih memang sedap la. Eh bukan la nak masuk bakul angkat sendiri tapi ini realiti.

Sudah la sedap murah pulak tu. Siapa taknak kan.? Maklumlah zaman sekarang ni semua harga barang dah naik. Biskut ni along aku buat, aku ni tukang promote sajeee. Dia memang sifu bab bab cookies. Aku boleh la sikit sikit mungkin dah jemu kot zaman sekolah dulu asek masak je 24 jam. Sekarang along aku ambik alih meneruskan buat cookies. Along aku ni jenis suka belajar buat. Orang kata test and try pastu oter oter sket resepi tuptup dah jadi. Hebat tak.?


 Classic Cornflakes. 
Resepi turun temurun.
Dijamin sedappppp.
Tempahan dibuka sekarang.

Harga 50pcs - RM20.


Chocolate Chip.
Pasti sedapppp.
Tempahan dibuka sekarang.

Harga 50pcs - RM20.


Chocolate Oat Crunchy.
Ini pun sudah tentu la sedappp kan.
Tengok colour pun dah tau.
Tempahan dibuka sekarang.

Harga 50pcs - RM18.


Everlasting Semperit.
Ini pun sudah tentu la sedappp kan.
Tengok colour pun dah tau.
Tempahan dibuka sekarang.

Harga 50pcs - RM18.

*recommended*

Nampak tak nampak tak.? Murah tak.? Ada blogger lain jual 50pcs - RM30. Padahal jenis kuih yang sama. Korang berhak buat pilihan. Mesti nak beli yang paling murah kan.? 
Kalau lah berminat, inbox kat FBWaheeda. ;))



Jumaat, 15 Julai 2011

7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari kiamat nanti, semua makhluk Allah akan berada di bawah cahaya matahari yang terik seterik teriknya. Bayangkan betapa teriknya waktu itu sedangkan sekarang pun kita dok merungut panas, panas, panas. Subhanallah.

Hanya 7 golongan sahaja yang mendapat teduhan dari Arasy ;

^^ Pemimpin yang adil.

^^ Orang muda yang taat pada perintah Allah.

^^ Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

^^ Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

^^ Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah''.

^^ Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

^^ Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir airmatanya kerana takutkan Allah.



Credit to : OhIslam!

Sabtu, 9 Julai 2011

Reward diri sendiri dengan makanan yang enak.

Tak salah rasanya kalau kita merewardkan diri sendiri dengan makanan yang enak setelah siang malam kerja mencari sesuap nasi. Alangkah indah kalau dapat meraikan kegembiraan itu bersama keluarga kans.? Dalam hidup aku ni takde apa yang lebih bahagia selain dari keluarga tercinta. Hidup aku untuk keluarga. Itu lagi bermakna. Bersyukur dikurniakan keluarga yang bahagia dan sentosa ecehh ;p

Last night aku bawak family makan Sekinchan Ikan Bakar. Lokasi dekat jek. Depan Jusco Bukit Tinggi. Tiap hari crowded je kedai dia. Aku nak tau jugak la apa yang membuatkan crowded.


Kemain godang lagi. Yang paling dititikberatkan ialah ''SEGAR.SEDAP.HALAL''.
Sedap ke tak.? Rasa la sendiri.



Disebabkan populasi dekat area Bukit Tinggi ni ''cha ya nun alif'' je ramai maka lihatlah kedai yang owner ''mim lam alip ya wau'' dipenuhi dengan bangsa diorang je. 
Masa kitorang baru sampai mak aku dah macam tak jadi nak makan sini sebab dia tengok ramai ''cha ya nun alip''. Lepastu kan time ak baru nak melabuhkan punggung, ada satu grup bangsa diorang ni dok jerit2 ngamuk sebab makanan dia lambat sampai padahal apa salahnya dia bersabar sikit kan. Standard la tu kedai yang pemes amos memang la busy. Kalau nak servis cepat, pegi la mamak bro. Last2 ''mim lam alip ya wau'' jugak kena maki hamun kata kesat ngan diorang nih. Pity them ;(
Yang peliknya takde la lambat mana pun servisnya. Alahai saje nk buat onar kan.?


If korang nak order ikan whatsoever kena pegi kaunter ikan. Boleh jugak order dari meja tapi jangan tokojut kalau bil korang beratus ratus. Makin besau ikan, makin mahal harganya. 

Ikan Jenahak Bakar RM55.
Kerang Bakar RM12.
Cendawan Bakar RM2.
Nasi Putih RM1/per plate.
Murah ke mahal.
Oh lupa nk inform. Ikan tu RM7/100gm.
Wohooooo.
Tengok nasi tu. Perut ak yang kecik ni cukup la kot. Ehe ;p


Habis dalam masa 15min. Semua lapar.


Hot Lemon. *sangat masam sesuai untuk yang nk kuruskan badan*
RM1.50. Overpriced tak?


Siblings ;p



Jumaat, 1 Julai 2011

Label Tag.

Last few weeks, aku ada order label tag untuk product kesayanganku ; FeltWardrobe. Ada yang tertanya tanya lagi apa itu FeltWardrobe.? Let me story about FeltWardrobe ;

- Craft -
- Felt tu sejenis kain/kertas eh ntah am not sure at all - 
- Bila digunting akan menghasilkan benda yang comelcomel - 
- Colourful -
- Creative -
- Passion -
- Sacrifice -
- MINAT - 
(sebab apa minat aku tulis in capital letter.? Sebab tanpa minat korang pasti akan jemu/bosan/stress whatsoever)

Bukanlah nak bebel pasal felt, kalau nak tau dengan lebih jelas, pegi je SINI. There you can find stuff yang comel belaka.! ;D

Tengok orang lain pakai label tag kat their product, aku like 'whoaahhhh bestnya kalau aku ada label tag sendiri on my own business.' Setelah survey dilakukan selama 40hari 40malam akhirnya aku terjumpa err bukan TER la. Aku cari dan menjumpai satu blogshop yang super cooooool nih.! 

Setelah ditolak bahagi campur darab duit yang ada dalam akaun aku, maka aku pun bersetuju untuk order. Kesian. Tak gaji lagi tapi berusaha untuk mencukupkan jumlah yang aku nak itu. Hihi takde la banyak amaunnya sampai mencecah ratusan ringgit cuma puluhan ringgit je. Maklumlah berniaga kecik kecik ni takde la untung banyak mana. 

Start dari hari bank in duit, aku tunggu dan tunggu dan tunggu ketibaan itu. Hari demi hari minggu demi minggu akhirnyaaaaaa pada satu petang yang hening saat aku tiba di rumah dari office, saat aku jejakkan kaki aku ke tanah dannnn aku lihat ada sampul pos ekpress kat peti surat. Aku pun like 'mintak mintak la aku punya tuh'. Dan memang betullah aku punya dah sampai. Lompat gembira.

Sebab apa aku macam excited dengan benda tuh.? Sebab tu bussiness aku wehh. Gila kau. Walaupun bisnes picisan, tapi dapat jugak side income, dengan duit tu la aku belanja family makan, kumpul untuk kahwin. See banyak benefitnya rite.? Ok lah tanak banyak cakap. Aku nak tunjuk benda tu.

*drumrolls*
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Cool huh.?


Keychain tu dia bg free 2pcs. Super chumelsss. 
*sila abaikan meja yang calabalacilibiliculubulu*

p/s ; For crafter out there yang nak macam aku, click HERE!! Harga yang berpatutan.! Aku promosi ni FOC je. Untuk kawan kawan jugak. Teheee ;DD