Selasa, 29 Mac 2011

Ada masalah rambut.?

Aku ni ada masalah sket nak cite. Sape boleh bantu aku.? Nazmi boleh setel sume dah takde. Dia kalah dah.

Masalah aku ni besarrrrr bukan masalah kecik. Kalo Nazmi boleh setel sume ada, kan senang hidup aku. Takde ah aku pening pening nak fikir.

Dah lama aku hadapi masalah ni. Tapi takde orang pun tau sebab aku ni jenis tak ske dok cite cite kat orang. Malu katanya. Serius laaaaaaaaaaaa. Macam mana nak mula cite ye.

Oke macam ni la. Aku ada rambut. Rambut aku panjang. Rambut aku tak lurus. Rambut aku tak kerinting. Tapi rambut aku ikal. Cantik. Betul. Kalo tengok mimik muka aku sekarang memang serius. Betul belaka. 3 tahun lebih aku bela rambut sampai panjang ke paras pinggang. Memang lama. Aku sedih. Kenapa pertumbuhan rambut begitu selow. Pastuh rambut aku keguguran yang melampau tahap kalo sikat memang boleh buat rambut pelesu. Aku sedih. Aku ingat kan aku ada penyakit leukimia. Ke barah otak ke. Rupanya tak setelah aku buat pemeriksaan kat doc. Ada lagi selain keguguran iaitu kelemumuran. Geli ke.? Lantak kome lah nak geli ke pe. Rambut aku. Bukan rambut kau.

Rupa rupanya aku dah temui faktor faktor nya.

^^Aku tak suka terim hujung rambut. Perlu diingatkan bahawa aku tak rajin nak trim hujung rambut. A'ah aku malas. Tak kuasa aku. Nak nak pulak pegi buat kat saloon. Takde masa ah. Aku ni busy memanjang. Potong sendiri.? Lagi lah malasssssssssssss. Bila NABILA balik, aku asek lupa je nak mintak tolong dia terim kan hujung rambut aku. Alah nanti aku bagi la dia upah dua kupang. Kecoh je.

^^Aku pakai shampoo yang salah selama kehidupan aku berambut. Maknanya dari perut mak aku lagi aku salah pakai shampoo. Kesian. Nak bagitau ke shampoo yang bersalah ituwwww.? Tapayah ah bagitau ye dak.? Kang aku kena saman sape nak setelkan.? Nazmi boleh setel sume.? Kan aku dah kata dia dah kalah dalam RL5. Aku taktau la kalo orang lain. Tapi aku memang tak sherashi bershama dengan shampoo ituwwwww. Okelah aku bagi kelu. Dia mula dengan urop S dan berakhir dengan K. Teka la sendiri aku dah bagi kelu pon tak dapat tangkap gak.? Kalo malas nak fikir tanya la atok gugel. Dia pasti boleh bantu. Memula mula mula mula dulu aku pakai shampoo tuh yang kaler ijo. Kenapa banyak sangat perkataan mula.? Sebab nak menunjukkan dah lama ataupun dari dulu lagi. Camtu la maksudnya. Masa tuh zaman blajo lagik. Time aku bebudak tak tau la mak aku tonyoh shampoo apa. Start aku pakai shampoo ijo tuh ada nampak perubahan. Peh heaven gila masa tuh. Rambut wangi semerbak pastuh kelemumuran dah takde. Bersih macam kulit kepala beby. Walaupun keguguran tetap ada tapi aku tak kesah sebab yang penting kelemumuran dah mampus. Setelah bertahun lamanya pakai kaler ijo tuh aku tukar angin. Bosan ah pakai kaler sama je. Aku dengan gatalnya tukar pulak kaler cokelat. Konon konon dia kata menjadikan rambut tiada keguguran. Pentipu je. Gugur jugak. Bila dah habes sebotol, aku tukar pulak pakai shampoo mentimun kot. Tah tak ingat la. Shampoo tuh kaler ijo penutup botol dia boleh pusing cam ada pemegang kat atas tuh. Haa shampoo ni bagus. Kalo pakai shampoo ni kena pakai perapi dia skali tapi kat botol tu takde ah tulis CONDITIONER. Dia tulis pati santan kot. Kaler kunin. Aku pakai shampoo ni kejap je sebab tak tahan busuk. Yelah aku ni kan mengada. Yang busuk taknak pakai padahal tu la obat. Aku tukar balik pakai shampoo kaler cokelat tadik. Pakai je lah walaupun keguguran dan kelemumuran aku berada di tahap kritikal. Aku malas nak amek port dah. Tetiba aku tengok ikelan beby kat tibi. Esoknya aku pegi watson terus pegi beli. Tak sabar nak jadi macam beby dlm tibi. Tapi aku beli sabun mandi dlu. Peh nak beli yang besau jek. Konon konon nak putih mcm beby la kan. Pas pakai sabun tuh memang feel cam beby. 1 family aku suka dengan sabun tuh. Aku gembira. Suka. Selang beberapa hari, aku beli shampoo dia pulak. Akhirnya, aku temui cinta hatiku yang boleh setelkan masalah rambut aku. Aku tunjuk sket rupa shampoo ituwww.

(drumrolls)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


p/s : Shampu ni memang best. Siap ada conditioner. Korang tapayah susah susah nak beli conditoner. Harga pun murah RM8.90 kat watson :)

Tiada ulasan: