Rabu, 18 Mei 2011

Entry asam jawa.

Kenapa aku cakap entry asam jawa.? Sebab dah terperam lama dalam draft sampai jadi asam dah ahaaaa. Entry kali ni nak cerita pasal cerita yang tengah hot kat pawagam pawagam berdekatan anda. Bukak blog member member sume dok review pasal KONGSI. Aku pun nak jugak buat review. Cuma nak lontarkan pandangan dari mata bulat aku je.

Last Friday aku and siblings pegi tengok KONGSI dekat Jusco Bukit Tinggi Klang. Gila kau Jusco terbesar nih. Besar memang besar tapi super ramai sangat orang. Sesakss sangat. Nasib baik pegi just nak nonton muvie je. Kalo nak bersopim takde lah aku rajin.

Sebenar benar nya nak pegi tengok Khamis malam Jumaat tapi masa tu tket sold out. So kitorang decide book untuk esok je. Sorang RM14. Baiklah sangat mahal kenapa la kan. Aku takde masalah sebab adik aku belanja. *flyingg kick eh silap flyinggg kisssss*



Tengok harga tiket. Mahal. 

Aku taknak cite dari mula cuma aku nak buat conclusion sahaja. Cerita ni best. Cuma jalan cerita agak lemah kot. Pelakon superb lagi lagi SAM.!!! Tak rugi pun kalo pegi tengok. Tapi yang tak berapa best tang ending. Tetibe mcam tergantung. Aku rasa mesti ada part 2 nih. Spoil lah. Congratulations to team KONGSI dengan kutipan 1juta ++ untuk minggu pertama tayangan. Dapat rumah lagi la SAM. Heee :D

Tiada ulasan: