Jumaat, 17 Jun 2011

Putera Ayu bersama En.Fiance.

Aku ingatkan dah takde celebration untuk birthday aku haritu, rupa-rupanya ada jugak orang nak celebrate. Yeahh lap u en fiance. Tak plan pun tetiba aku macam rasa nak makan seafood so one day before aku dah survey port best untuk seafood. Dalam kepala otak aku kalo cakap seafood Jeram je la. Hee dah macam takde tempat lain kan.? Tapi kan Jeram dah tak best sekarang. Aku tanya ManXerra pasal Jeram.

Aku ; Xerra, kau tau tak mana port best nak makan seafood.?

Xerra ; Ko giler kat Flaming la makan sampai lebam.

Aku ; Flaming.?? No. Aku dah pangkah awalawal. Tak minat la. Aku nak makan macam ikan bakar, sutun goreng tepong ke, ala ala candle light dinner la. Ko ni cari tempat romantik sket ;D

Xerra ; Ermm Jeram tak best dah. Dah la busuk pastu mahal pulak tu. Aku g makan aritu mahal giler katakoooo. Ko nak candle light dinner pehal makan seafood lak.? Tu melantak namanya.

Aku ; Eh eh sukati aku la. Dah ngidam nak wat camne. Hahahaha.

Aku sonok kawan ngan Xerra nih. Kepala gilagila. Gurau kasar nak mati pun dia takde hal. Layan je. Kihkih..

Yang aku takboleh lupa statement dia ni. Dia soh aku try kat Rest Afnan kat Meru. 

''tp mak taste dgn sorg mmat jmbu tu eee syioknye''..

Xerra, Xerra.. Hehehhee. Tak berubah ubah ko ye.

Lastlast, aku decide nak makan kat Java Field je. Wahhh apakah tu.? Padang Jawa la. Haha dekat je ngan rumah en fiance. Aku dengar Rest. Putera Ayu tu pernah masuk JJCM. En Fiance simple je. Tak banyak songeh. Dia layan je makan memana pun. Ehe tu yang aku senang ngan dia. Aku sampai kat restoran tu dlm kol 8 kot. Masa tu tak berapa ramai lagi. Masuk je pukul 8 lebih mak aiiii ramai rupanya nak makan kat situ. Bayangkan la jalan Padang Jawa tu camne. Sape yang penah masuk Padang Jawa, tau la camne ropernyaa. Sempit sesak eee sume ada. DISLIKE lah.! Jam tau. Pastu masing masing nak hon hon. Aiyarkk aku nak makan pun terganggu. Kedai nya tepi jalan je. So mendapat la kan. 

Food dia okela. Aku bagi 2 bintang je. Kitorang order TOMYAM CAMPUR, KAILAN IKAN MASIN, TELUR DADAR, SOTONG GORENG TEPUNG, DAGING MASAK MERAH. Tekak aku rasa yang sedap daging and tomyam je. Kailan kureng, ikan masin tak rasa sangat, sotong dia lagi lah. Tak menepati citarasa aku. Aku nak sotong goreng tepung yang macam kat Jeram. Yang aku dapat sotong goreng cekodok. Adoiila. Aku pun boleh buat cekodok sotong tuh. Tepung dia super tebal pastu tak rangup. 

Layan je lah. Perut pun lapar telan je lah. 



Pilih menu.


Ambience good. Staff okela. Takde la moody je.



Hot Tea and Hot Lime. Aku punya dah tentu Hot Lime. Last last en fiance yang perabihkan air aku. Teh tu pahit ok.!


Our menu. 

TQ En Fiance for celebrate my birthday. Shayang u ketatketat. Muahx. <3


































1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oh my goodness! Awesome article dude! Thank you so much, However I am having difficulties with your
RSS. I don't know the reason why I am unable to join it. Is there anybody else getting identical RSS issues? Anyone who knows the solution will you kindly respond? Thanx!!

Here is my blog post new cellulite treatment