Rabu, 8 Jun 2011

0 7 0 6 2 0 1 1

Alhamdulillah dengan izinNya aku masih bernafas sehingga ke hari ini. Semalam hari lahir aku. 

07/06/1986

Genap lah umur aku 25 tahun. Kadang kadang macam tak caya je aku dah 25. Tapi aku still dalam golongan belia. Heee ;DD Orang kata umur tu hanya lah nombor doesn't mean anything rite.? Yang penting orang cakap aku macam umur 17 tahun. Maceh -__*

Banyak impian aku sempena angka 25 nih. Tak perlu aku senaraikan. Hanya aku je tau. Wuuu~

Aku ada buat cabutan bertuah kat Fb aku. Saje buat suka suka. Utk eratkan silaturahim tak salah kan.? Pagi tadi aku buka lucky draw sampai jam 12.00 am tadi. Aku select pemenang ikut tarikh kelahiran, bulan dan umur aku. Tahniah kepada Kina, Mid dan Elle. Hadiah akan dipos serta merta. Best tau buat macam ni. Secara tak langsung hubungan korang ngan kawan yang lama terpisah, tak bertego dalam FB jadi ngam. Maklumla bila jumpa kawan kawan ex sekolah rendah, sekolah menengah masing masing macam segan2 nak tego kan.


Congrats my lovely friends. *loveyouall*


Celebrate.?
Aku dah biasa tak celebrate birthday so no problem. Lagipun dalam family aku, aku sorang je lahir bulan 6. Kira takde geng ah camni kan. Paling best tahun ni birthday girl bagi hadiah kat orang. Terbalik kan.? Ahha. Ada rezeki lebih apa salahnya kan.? ;p

Harapan dan impian.?
^^ Nak jadi muslimah sejati dan taat kepadaNya. *Insyaallah*
^^ Nak kumpul amal ibadah.
^^ Nak kumpul harta.
^^ Nak kuatkan jati diri.
^^ Nak kuatkan semangat diri jangan dok meleleh je airmata tu.
^^ Nak bahagiakan ibu bapa.
^^ Nak sambung belajar.
^^ Nak kahwin -___-
Eh tadi aku cakap taknak senaraikan tapi TERsenarai la. Lantak pi lah dia.

Cukuplah banyak ni je. Penat nak taip banyak banyak.

p/s : Terima kasih semua for the wishes. I L O V E Y O U.

Tiada ulasan: