Khamis, 19 Mei 2011

Setakat ini hanya doa mengiringi perjalanan hidupku.

4 tahun bagi aku bukanlah jangka masa yang sekejap. Ada sesiapa tahu tak apa kena mengena 4 tahun dalam entry kali ini.? Eh takpayah angkat tangan untuk jawab hanya jawab dalam hati saja.

Sebulan lagi genap 4 tahun tempoh perkenalan kami dan hampir 5 bulan tempoh pertunangan. Terima kasih tentunya pertama sekali diucapkan kepada Allah Maha Esa. Tanpa restuNya tak mungkin kami bersama sehingga ke hari ini.

Kedua terima kasih kepada ibu bapa kami berdua sebab tanpa doa dan restu mereka tidak mungkin kami akan bersama sehingga ke hari ini, saat ini, waktu ini. Ketiga terima kasih kepada kawan kawan yang mendoakan kebahagiaan kami berdua.

Bukan mudah untuk mengecapi kebahagiaan. Macam macam harus ditempuhi berbekalkan hati yang tabah dan cekal.

Waktu aku menaip entry ini aku baru lepas berjumpa fiance untuk uruskan hal peribadi. Terima kasih untuk itu. Entry ini aku buat khas untuk mengingat kembali saat manis. Bukanlah sekarang tak manis cuma aku rasa waktu sekarang tak semanis masa awal perkenalan dahulu.

Betullah cakap orang masa bertunang banyak dugaan. Sebelum bertunang pun dah diuji dengan macam macam dugaan inikan pula waktu bertunang. Sekarang baru aku dapat merasa kepahitan pertunangan. Untuk pertama kali dalam tempoh pertunangan kami, aku mengalami perasaan yang sangat down sangat. Kuat sungguh ujian. Tak siapa tahu hati kami. Luaran nampak happy tapi realitinya kami berhadapan dengan macam macam masalah yang tiada siapa pun tahu. Biarlah aku rahsia kan masalah itu.

Sampai aku pernah rasa 'taknak kawen boleh tak.?' Tapi jauhhhhhhh di sudut hati aku mendoakan yang terbaik untuk kami. Aku takde kawan baik yang boleh berkongsi airmata suka duka hanya blog peneman setia aku.

Aku berharap esok masih ada suria untuk kami berdua menerangi jalan kehidupan bersama.

*prayforus*

1 ulasan:

si cokelat berkata...

aku kan kawan baek ko . hurmmm :'(