Jumaat, 24 Jun 2011

InsyaAllah you will be mine forever.

Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera.

Dear Mohd Khaidir Zulkepli,

Entry ini dibuat tepat jam 00:00am ; 24th June 2011 ; Friday. Awak dah tidur pukul sepuluh lebih malam tadi.  

Awak, ingat tak tarikh ni.? Sebelum kita mengambil keputusan untuk berkawan lebih rapat, awak minta no fon saya. Awak bagi saya kertas tertulis no telefon awak. Saya simpan lagi kertas tu. Kenangan awak. Esok esok saya boleh tunjuk kat anak cucu kita.

Setelah beberapa bulan kita kawan, awak ajak saya mengenali awak dengan lebih rapat lagi. Awal perkenalan kita, saya tak suka awak. Awak sombong. Tapi tak sangka kan awak, dalam tak suka awak tu, sampai ke hari ni kita masih bersama. Alhamdulillah.

Genap setahun usia perkenalan kita, saya takut. Awak tau kan apa yang saya takutkan. Berkat doa dan restu ibu bapa, kita bertahan sehingga la tahun keempat kita masih bersama. Awak tau tak, saya selalu doa macamni. Awak dengar ye ; ''Ya Allah, jika benar dia adalah jodohku dan ditakdirkan untuk hidup bersama denganku hingga akhir hayattku, permudahkanlah urusan kami Ya Allah tapi jika dia bukan untukku Kau bawalah dia pergi sesaujana mata memandang.'' Sweet tak.? ;p Tiap hari lepas solat saya doa macamtu. Saya pinta Allah mendengar luahan hati saya.

Macam macam dugaan kita dah tempuh kan awak? Kalau nak cerita satu persatu, boleh buat novel. Biarlah kita berdua sahaja yang tahu. Awak ni pelik tau tak. Taktau la macam mana saya boleh tahan dengan awak. Nampak tak yang saya sebenarnya seorang yang saaaaaaangattttt penyabar. Hee ;DD

Alhamdulillah pada usia hubungan kita menjangkau empat tahun, saya masih bernafas di atas muka bumi ini untuk hidup bersama awak, mencipta  kenangan indah, suka dan duka bersama. Awak dah banyak bersabar melayan kerenah saya yang kadang kadang macam budak budak. Heee tq awak. Saya ni umur je 25 tapi nampak macam budak form five. Haa saya tau awak jeles kalo saya cakap ada orang cakap saya mcam budak sekolah. Eh kenapa ayat saya macam belitbelit? K takpe asalkan awak faham. ;)

Saya harap hubungan kita akan pergi lebih jauh jika diizinkan Allah. Awak jangan lupa sentiasa berdoa, solat untuk mendapat keredhaan Allah. Awak tau tak saya tak pernah jangka untuk sampai ke tahap ini tapi apakan daya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. 


Saya nak ucapkan Happy 4th Anniversary. Thank you for being my friend, boyfriend and fiance. 

In my wildest dreams, you always play the hero.
In my darknest of night, you rescue me,
You save my life.

Let's pray our relationship will stay forever and take us to the next level. Amin.

I love you forever and always I will. InsyaAllah dear. 


Tiada ulasan: