Khamis, 25 Ogos 2011

Iftar - WongSolo

Last Sunday (21/08/2011) akhirnya menjadi juga plan iftar with the girls Kina, Sue, Aton, Dino, kawan dino and our pasangan. Bayangkan plan punya la lama tak silap masa tu first week puasa. Kitorang ni susah sangat nak lepak chill semua so iftar bersama sama adalah solution/alasan yang sangat berguna untuk berjumpa. Perhaps -..-

Pepagi Sabtu dah book untuk esoknya (Ahad). Karang kalau book lambat alamatnya memang takde tempat la kan. Dah setel book untuk 10 orang. Then esoknya staf situ call untuk konfirmkan menu. Dalam pukul 5 camtu dia call. Then setel part menu.

Nak tau tak sape orang yang palinggggggg awal sampai? Dah tentu la aku dan MrTunang. Sampai sampai je tengok meja alahaiiiii kecik la muat ke tak ni. Lima minit duduk Dino and the gang sampai. Orang jauh dah sampai tapi orang dekat tak sampai sampai lagi.

Oke jap. Nak tunjuk direction pegi WongSolo Sec 7 ni. Senang je. Lokasi dia belakang Jakel je. Tipu la Jakel taktau kan. Pastu signboard WongSolo kemain dok atas lagi memang payah skit orang nak nampak. Apa ke sengal.

Dipendekkan cerita sume dah sampai ni kecuali KinaMZ sampai lambat sikit. Dia sampai betulbetul orang dah buka. Yang malang dan sedihnya ialah makanan kitorang sampai lambattttttttttttt sangat. Orang lain dah habis makan pun makanan tak sampaisampai lagi. :'( Perut dah memekak ni. Terpaksa la sabarrrr padahal tak sabar sebenarnya. Asek kena marah je ngan MrTunang sebab tak sabau. *sobsob*

Kitorang sume pakat order menu set murah sikit. Harga untuk satu set hanya RM10.90. Tapi dia bagi air mineral je la tak dapat la kau nak air jus bagai. Boleh je nak tambah air tapi uwangnya harus ditambah jugaaa.

-Ayam Penyet
-Ayam Bakar
-Empal Daging
-Pecal Lele
-Ayam Goreng.

Aku amek set Ayam Penyet dan MrTunang amek set Empal Daging. Cuma kitorang tambah air Jus Alpukat (Jus Avokado) dan Jus Jeruk (Jus Oren). Aku dah tentu la gatal nak try Jus Alpukat. Tak sedap! Tobat pasni  tamo dah order air pelikpelik.

Memasing punya perut dah kenyang, sesi gosip bergosip la plak. Tapi malangnya aku tak dapat join bcoz aku kena pulang awal.


The Gossip Girls.
Aku dah balik masa ni.

Aku curik dari FB SueRiben. ;p

Gambar ramai ramai and makan lupa amek sebab excited sangat plus laparrrr. LAME -_-



Tiada ulasan: