Rabu, 29 September 2010

Counting days!!

Assalamualaikum w.b.t



Once cincin disarung ke jari aku kena bersedia menghadapi dugaan dan sekaligus memberi harapan yang besar kepada kedua-dua belah family. Like I said before, aku KALAU boleh aku nak elakkan sangat bertunang ni. Tapi apakan daya aku tak boleh la pentingkan diri sendiri harus ikut pendapat pihak lain gak. Yela kalau tunang pun mungkin da same day nikah nanti. Means pagi tunang sekejap then lepas zohor camtu terus nikah. Takpelah since mock pun nak merasa bertunang so aku on je. Jodoh pertemuan semua ALLAH yang tentukan right? Sebab pe aku takot tunang? Sebab aku dh tgk pengalaman kwn2 tunang. Mcm2 dugaan diorang kena tempuhi. Makin lama tunang makin besar dugaan tau tak? Kalau tak tau kena la amek tau.

Sebenarnya pertunangan tak elok dihebahkan. So aku takkan mention bila aku akan bertunang. Harharharrrr. Tunggu je la sampai masa aku tunang, maka tunang la aku dengan jejaka pilihanku. Nak buat majlis tunang pun bukan free je. Makan ratus gak la. Sekarang kena cari duit kuat2. Kurangkan enjoy n shopping. Eh aku ni pun bukanlah kaki enjoy+shopping. Kalau la tetiba dapat duit terpijak ke. *Tetibe. Nanti nak kawen lagi besar bajet. Lagi pening kepala. Nasib baik la aku ada family yang sangat menyokong dan sedia membantu. Juga sedara mara yang ramai yang blh bantu aku. Haa tu la untung ada family besar. Alhamdulillah.. Korang doa2kan la kitorg keyh! *Jap! Ada ke org baca belog aku neh? Aku rasa aku xde pun org follow belog aku. Takpelah janji ni belog aku, i have my rights to write anything yg aku suka oke bebeyh!

Love.

Selasa, 28 September 2010

Cara nak mengenalpasti barangan dari BABI..

Cara tengok dan kenalpasti barang dari kulit BABI
Posted By PakarHowTo On April 29, 2009 (10:28 am) In "How To"

Mutakhir ini kecoh satu dunia pasal satu wabak yang amat berbahaya. Korang tau tak wabak apa? Tak lain dan tak bukan, wabak SELSEMA BABI!!!
* Izinkan saya letak gambar anak babi kat sini sebagai hiasan…hehe


'anak babi'
Selama saya hidup, inilah baru kali pertama dengar tentang wabak SELSEMA BABI ni. Yer la kan, dulu kecoh pasal selsema burung la, SARS la dan macam2 lagi. Tup-tup sekarang ni, selsema babi pulak yang muncul. Ish ish…macam-macam perkara pelik yang berlaku dalam dunia akhir zaman ini. Mungkinkah ini adalah tanda-tanda hari sudah nak kiamat?Tak gentarkah kita? Dah bersediakah kita untuk itu?
Baik, berbalik kepada selsema babi ni. Mula-mula dengar berita di TV, rasa cam janggal la pulak. Selsema Babi?? “Isk…babi pun kena selsema gak ker?”…itu detik hati saya masa kali pertama dengar pembaca berita sebut tentang SELSEMA BABI ini. Tapi lepas dah dengar betul-betul berita tu, barulah saya mengertai apa sebenarnya selsema babi.
Sedikit petikan berita dari Utusan Malaysia tentang selsema babi.
“Angka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.

Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan.” 
– Sumber berita dari Reuters
Menurut berita, disebabkan selsema babi ni, lebih 80 orang di Mexico telah maut. Dan ratusan orang lagi dipercayai telah terkena wabak ini. Cara jangkitannya masih menjadi misteri. Tetapi, menurut ceritanya, ia boleh merebak dan menjangkit dari seorang manusia ke manusia lainnya.
Wabak ini sukar dikesan kerana simptom dan kesan wabak ini hanyalah seperti simptom influenza yang biasa. Yang menakutkannya ialah, ia boleh menyerang sesiapa sahaja, walaupun bagi yang bukan pemakan daging babi. Itu yang diberitakan dalan TV.

Aduh!! Sesiapa saja boleh kena??? Biar betul. Kecut perut gak memikirkannya. Huhu
Baiklah, dah alang2 saya bawakan isu selsema babi ini. Maka dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai cara bagaimana untuk kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi.
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi ini. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat dimana-mana sebenarnya. Malah banyak juga terdapat di kompleks-kompleks membeli-belah terkemuka.
Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
  1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini  ;3 bintik kulit babi
  2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
  3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
  4. Kawan saya kata, kalau kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Kulit Babi Tompokan 3 Bintikkulit babikasut kulit babi
Haa korang macammana? Ada pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi tak?
Selepas membaca artikel ini, saya harap kita semua dapat lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan. Jangan main tangkap muat saja yer. :)
Sekian.

Tarian Poco - poco

ini adalah satu surat dr blog lain yg menerangkan asal usul tarian poco-poco yg menjadi ikutan rakyat Malaysia yg sinonim suka pada barangan luar dr barangan dalam negeri.hehe..jadi, surat ini menerangkan tentang perkara tersirat di sebalik tarian ini..
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak
siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

 bagi saya, sebarang tarian adalah tidah salah selagi ia tidak bertentangan dgn syariat islam. tp apabila ia ada unsur2 agama lain ia telah menjadi haram kerana menyerupai agama lain.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.
Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain. Banyak lagi tarian Malaysia yg patut di gunakn sebab kita tahu asal usul dia.

Lagi satu, kalo anda was-was dgn sesuatu perkara, TINGGALkan kerana sesuatu yang tiada kepastian akan hukumnya akan jatuh sebagai ‘gharar’ iaitu tiada ketentuan. Dan ‘gharar’ hukumnya adalah haram! Sama juga sesuatu yang kita was-was, walaupun sesuatu itu halal pada dasarnya, tapi kerana kita was-was, maka ia haram buat kita. Tidak untuk orang lain. jadi kita sebagai umat islam perlu la berfikir dgn waras dan tenang. Rule islam senang je, kalo was-was, tinggalkan je...wassalam..

Selasa, 21 September 2010

Anak kecil main api

bangkit la dari tidur..bersatulah demi agama,bangsa dan negara..ini adalah lagu semangat alter terahsia bangsa kita..sematkan di dalam hati..ajar la pada anak-anak kita demi masa depan yg utuh..

Anak Kecil Main Api
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

Sabtu, 18 September 2010

Salam Jumaat.

Assalamualaikum w.b.t

Syawal ke 8 aku dah mula kerja. Sungguh tak adil tatkala colleague lain masih diulit mimpi indah sedangkan aku sedari pagi mengadap komputer dan mencuba untuk menghabiskan sisa-sisa kerja yang ku tinggalkan sebelum raya. Ini la padahnya kalau cuti lama sangat sampaikan dah macam takde mood nak buat kerja. Apakan daya insan kerdil yang hanya makan gaji ni perlu terus bekerja dan meneruskan kehidupan seperti biasa untuk mencari sesuap nasi. Hidup di kota metropolitan ni amatlah memerlukan kos hidup yang sangat tinggi. Syukur Ya Allah Engkau masih panjangkan umur ku untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Kalau hari Jumaat aku mesti rasa sayu. Hari ni pulak adalah Jumaat rahmat. Bukan la aku nak kata Jumaat lain tak rahmat. Bukan camtuuuu. Cuma pagi tadi rasa sejuk, best, damai, peace no war. Nape aku kata rahmat? Sebab kawan aku nama rahmat. Eh takdela. Aku mana ada kawan nama rahmat. Okay sebab apa aku kata rahmat kerana pagi tadi hujan turun lebat selebat2nya. Lebat sangat hinggakan En Abah bawak kereta slow 20km/j. Gila slow kan? Terbuntang bijik mata aku dok tlg tengok-tengokkan jalan kot-kot abah tak nampak ke. Hujan ni la part yang aku lemah sekali bila naik kerete tak kira la samaada aku yang drive atau orang lain drive. Sebab aku fobia+trauma dengan kejadian beberapa minggu lepas. Memang ah takde sape taw pasal ni sebab apa eh? Ntah la sebab aku ni bukan jenis suka cerita kat orang kisah hidup aku. Pendiam sangat kot. Ntahlaa~~~

 Saje letak pic ni yang takde kena mengena dengan entri.

Oh aku nak cerita pasal apa alu trauma kan? Masa tu hujan tengah syok drive kat traffic light sec 13 tetiba kereta depan macam haremmmm g break. Dahla masa tu lampu tengah hijau yang aku konon-konon ingat kereta kat depan sume tengah macam nak kejar lampu hijau dengan sepantas kilat aku tekan la minyak lagi. Disebabkan kereta depan depan yang macam ^&%^&&*%# aku dengan paniknya terus tertekan break dengan sekuat hati. Apa lagi menggelungsur ah kete aku. Sikit lagi nak langgar myvi itam depan aku. Myvi tu pun terbreak gak disebabkan kereta depan dia yang nak u-turn kat situ. Adohaiiiii lah aku taktau la driver tu takde pemikiran yang sempurna kot. Mana taknya dah terang-terang kat situ tak boleh U-TURN. Aku dengan hati yang panasnya terus mengehon kereta yang takde kesopanan di jalanraya tadi. Hon tak hengat kuat punya la aku kasi sama dia. Hahahahamekkk kau! Ish nasib baiklah Allah masih lindungi aku dari malapetaka yang tidak diingini. Kalau tak, nyawa aku dah melayang kot. Tu pasal la tiap kali hujan aku dah cuak+nebes je. +_____+

Yang aku taw hari Jumaat best sebab hari yang singkat. Sekejap lagi pukul 5 aku dah nak balik. Rehat tak hengat punya lama. Sekian untuk hari Jumaat. Semoga aku diberkati. Amin.



Love.

Isnin, 13 September 2010

Hali Laya.

Aduh penatnya raya thn ni. Ingatkan tak balik perak. Rupanya balik jugak aku ke Perak. Ni pun last minit nya plan. Best sgt tp super penat. 1st raya dah round rumah sedara yang dekat2 sini. 2nd raya br balik sitiawan rumah Ayah Cik. Org lain stay kat perak diorang tido hotel tapi aku, mak and abah balik malam tu jugak. Penat memang penat tapi nak buat camne. Kitorang kena balik sebab esoknya family mock nak datang rumah. Lagipun abah tak suka stay kat tempat org lama2. Okay aku kan anak solehah., Cewahhhh. Betul pe sebab aku je yang ikut parents balik. Adik2 aku suma takmo balik.


Takde mood nak update belog. Taktau kenapa.


Dah.
Bye.
Love.

Selasa, 7 September 2010

Eidulfitri

Assalamualaikum w.b.t

Oh my belog! Sori for abaikan u sayang. Lately ni busy sgt2. Memang betul tak tipu punya. Penat buat kuih raya, kemas rumah etc. Oh plus kerja ofc yang menimbun. Oh my! *Eh byknya perkataan OH.* Wateva. This blog was mine so up to me nak tulis pape pun.

Jika diizinkan Allah, lagi 3 hari raya bakal menjelma. Mood : biasa2 je. No baju raya, no duit raya. Becoz duit dah habes buat kuih raya. Bahahahahaa.

Dah ni je nak tulis. No idea. No mood. 
Bye. Nite.
Love.

Sabtu, 4 September 2010

refurbish

kosongkan..cadang nak tmbh pokok lg..
side view
another side view
ni latest landscape tuk akuarium ak..ni last r ni..dah malas dah nak ubah..hehe..ikan pun ak dah bg adik ak so tggl neon tetra,cardinal tetra dan serpae tetra je..tp ak nak bela byk ekor sbb ni specis yg sekolah atau yg gerak dlm 1 kumpulan..so kalo byk jd cantik la tgk gerak dlm kelompok..

Jumaat, 3 September 2010

Pukul Berapa Dah Ni!!

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang jam udah ke angka 12.30am. Tak suka tido lewat tapi kenapa la mata ni tak bole tido. Pk masalah negara sampai nak lelap mata pn susah. Act xde la masalah negara sgt. Ah eden ni memanjang jo pk. Macammacam dok pk. Esok ada meeting la cik waheeda. Macammana nak tumpukan perhatian dalam meeting nanti? Ekau dah la seketari security secretary. Kena catit every single thing dalam meeting sok. Tanak g keje sok boleh? Malas ah. Report tak siap lg pastu kena attend meeting. Haish kalau ak xde xboleh ke incik boss? 

Sebenar benar benarnya ak dah takde mood nak keje. Nak cuti je rilek dok rmh goyang kaki. Banyak cantek muka kau? Kau ingat muka kau macam Lisa Surihani? Yela Lisa kan menjadi pujaan setiap lelaki. :D
Okay ak dah start merepek meraban. Menci arrrr! Ak nak tido. Mata (o_o) plz pejam. Tido la sayang.. Ada jugak yang tak bangun sahur sok ni.. Adesss. Alamak ak dengar kucing bergaduh lak. Ni yang seram sejuk ni. Teringat cerita seram zaman ak kecikkecik dulu. Okela nak SO la. *padahal xngantok lagi.purapura tido*.

Bye.
Love.