Sabtu, 18 September 2010

Salam Jumaat.

Assalamualaikum w.b.t

Syawal ke 8 aku dah mula kerja. Sungguh tak adil tatkala colleague lain masih diulit mimpi indah sedangkan aku sedari pagi mengadap komputer dan mencuba untuk menghabiskan sisa-sisa kerja yang ku tinggalkan sebelum raya. Ini la padahnya kalau cuti lama sangat sampaikan dah macam takde mood nak buat kerja. Apakan daya insan kerdil yang hanya makan gaji ni perlu terus bekerja dan meneruskan kehidupan seperti biasa untuk mencari sesuap nasi. Hidup di kota metropolitan ni amatlah memerlukan kos hidup yang sangat tinggi. Syukur Ya Allah Engkau masih panjangkan umur ku untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Kalau hari Jumaat aku mesti rasa sayu. Hari ni pulak adalah Jumaat rahmat. Bukan la aku nak kata Jumaat lain tak rahmat. Bukan camtuuuu. Cuma pagi tadi rasa sejuk, best, damai, peace no war. Nape aku kata rahmat? Sebab kawan aku nama rahmat. Eh takdela. Aku mana ada kawan nama rahmat. Okay sebab apa aku kata rahmat kerana pagi tadi hujan turun lebat selebat2nya. Lebat sangat hinggakan En Abah bawak kereta slow 20km/j. Gila slow kan? Terbuntang bijik mata aku dok tlg tengok-tengokkan jalan kot-kot abah tak nampak ke. Hujan ni la part yang aku lemah sekali bila naik kerete tak kira la samaada aku yang drive atau orang lain drive. Sebab aku fobia+trauma dengan kejadian beberapa minggu lepas. Memang ah takde sape taw pasal ni sebab apa eh? Ntah la sebab aku ni bukan jenis suka cerita kat orang kisah hidup aku. Pendiam sangat kot. Ntahlaa~~~

 Saje letak pic ni yang takde kena mengena dengan entri.

Oh aku nak cerita pasal apa alu trauma kan? Masa tu hujan tengah syok drive kat traffic light sec 13 tetiba kereta depan macam haremmmm g break. Dahla masa tu lampu tengah hijau yang aku konon-konon ingat kereta kat depan sume tengah macam nak kejar lampu hijau dengan sepantas kilat aku tekan la minyak lagi. Disebabkan kereta depan depan yang macam ^&%^&&*%# aku dengan paniknya terus tertekan break dengan sekuat hati. Apa lagi menggelungsur ah kete aku. Sikit lagi nak langgar myvi itam depan aku. Myvi tu pun terbreak gak disebabkan kereta depan dia yang nak u-turn kat situ. Adohaiiiii lah aku taktau la driver tu takde pemikiran yang sempurna kot. Mana taknya dah terang-terang kat situ tak boleh U-TURN. Aku dengan hati yang panasnya terus mengehon kereta yang takde kesopanan di jalanraya tadi. Hon tak hengat kuat punya la aku kasi sama dia. Hahahahamekkk kau! Ish nasib baiklah Allah masih lindungi aku dari malapetaka yang tidak diingini. Kalau tak, nyawa aku dah melayang kot. Tu pasal la tiap kali hujan aku dah cuak+nebes je. +_____+

Yang aku taw hari Jumaat best sebab hari yang singkat. Sekejap lagi pukul 5 aku dah nak balik. Rehat tak hengat punya lama. Sekian untuk hari Jumaat. Semoga aku diberkati. Amin.



Love.

Tiada ulasan: