Selasa, 28 September 2010

Cara nak mengenalpasti barangan dari BABI..

Cara tengok dan kenalpasti barang dari kulit BABI
Posted By PakarHowTo On April 29, 2009 (10:28 am) In "How To"

Mutakhir ini kecoh satu dunia pasal satu wabak yang amat berbahaya. Korang tau tak wabak apa? Tak lain dan tak bukan, wabak SELSEMA BABI!!!
* Izinkan saya letak gambar anak babi kat sini sebagai hiasan…hehe


'anak babi'
Selama saya hidup, inilah baru kali pertama dengar tentang wabak SELSEMA BABI ni. Yer la kan, dulu kecoh pasal selsema burung la, SARS la dan macam2 lagi. Tup-tup sekarang ni, selsema babi pulak yang muncul. Ish ish…macam-macam perkara pelik yang berlaku dalam dunia akhir zaman ini. Mungkinkah ini adalah tanda-tanda hari sudah nak kiamat?Tak gentarkah kita? Dah bersediakah kita untuk itu?
Baik, berbalik kepada selsema babi ni. Mula-mula dengar berita di TV, rasa cam janggal la pulak. Selsema Babi?? “Isk…babi pun kena selsema gak ker?”…itu detik hati saya masa kali pertama dengar pembaca berita sebut tentang SELSEMA BABI ini. Tapi lepas dah dengar betul-betul berita tu, barulah saya mengertai apa sebenarnya selsema babi.
Sedikit petikan berita dari Utusan Malaysia tentang selsema babi.
“Angka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.

Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan.” 
– Sumber berita dari Reuters
Menurut berita, disebabkan selsema babi ni, lebih 80 orang di Mexico telah maut. Dan ratusan orang lagi dipercayai telah terkena wabak ini. Cara jangkitannya masih menjadi misteri. Tetapi, menurut ceritanya, ia boleh merebak dan menjangkit dari seorang manusia ke manusia lainnya.
Wabak ini sukar dikesan kerana simptom dan kesan wabak ini hanyalah seperti simptom influenza yang biasa. Yang menakutkannya ialah, ia boleh menyerang sesiapa sahaja, walaupun bagi yang bukan pemakan daging babi. Itu yang diberitakan dalan TV.

Aduh!! Sesiapa saja boleh kena??? Biar betul. Kecut perut gak memikirkannya. Huhu
Baiklah, dah alang2 saya bawakan isu selsema babi ini. Maka dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai cara bagaimana untuk kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi.
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi ini. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat dimana-mana sebenarnya. Malah banyak juga terdapat di kompleks-kompleks membeli-belah terkemuka.
Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
  1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini  ;3 bintik kulit babi
  2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
  3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
  4. Kawan saya kata, kalau kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Kulit Babi Tompokan 3 Bintikkulit babikasut kulit babi
Haa korang macammana? Ada pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi tak?
Selepas membaca artikel ini, saya harap kita semua dapat lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan. Jangan main tangkap muat saja yer. :)
Sekian.

Tiada ulasan: