Khamis, 28 April 2011

15 Sebab Turunnya Bala.

Bila waktu hujan rasa syahdu sangat. Rasa takut pun ada.

Jom la baca doa ketika hujan:

''Allahumma Soyyiban Nafi'aa''.

"Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiunn fil ardhi wa la fis sama'i wa huwas sami'ul 'aliim"
Dgn nama Allah yang tidak menyebabkan mudharat dengan (kebesaran) namaNya dengan daripada sesuatu yang berada di atas muka bumi dan di langit, dan Dialah yg Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Doa ketika hujan turun adalah antara doa yg tidak ditolak. If korang berdoa time hujan Insyaallah doa akan dimakbulkan.

Main point nak share 15 sebab Allah turunkan bala.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali Bin Abu Talib, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud ;

''Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana''.

^^ Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 
^^ Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
^^ Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
^^ Apabila suami terlalu mentaati isteri.
^^ Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
^^ Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
^^ Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
^^ Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
^^ Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
^^ Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. 
^^ Apabila arak menjadi minuman biasa.
^^ Apabila lelaki memakai sutera.
^^ Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
^^ Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
^^ Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Rabu, 27 April 2011

Sakit kepala menyerang.

Hari yang ceria bertukar duka.
Tiba tiba aku dilanda kesakitan kepala yang tak berapa teruk.
Dari lepas solat tadi baring tanpa makan painkiller.
SAY NO TO PAINKILLER :D

Terdapat banyak cara untuk kurangkan sakit kepala antaranya :
^^ Sapu minyak cap kapak or apa apa minyak yang berangin di kepala.
^^ Minum air isotonik contoh : 100 plus, revive etc.
Cara nya campurkan air tadi dengan air suam.
Contoh : 1 gelas air isotonic dan dua gelas air suam.
^^ Minum air teh o panas.
^^ Rendamkan kaki ke dalam basin berisi air suam selama beberapa minit.
^^ Tuamkan kain yang berisi ais ke bahagian kepala yang sakit. (Ambil beberapa ketul ais dan balut dalam kain tuala kecil)
^^ Last step, tidur di tempat gelap tanpa ada sebarang cahaya.

Memandangkan kau sekarang kat office jadi semua benda tu takde.
Apa yang mampu aku lakukan untuk mengurangkan kepala berdenyut adalah dengan

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Minum segelas air teh o panas dan tidur sekejap dalam surau tanpa ada sebarang cahaya dan bunyi bising.
Dan kesakitan kepala semakin berkurang.
Alhamdulillah :))

Khidmat Nasihat : Kalau boleh elakkan daripada mengambil painkiller, panadol, actifast or apa apa ubat sebab ia akan memberi effect pada masa akan datang. Selagi boleh tahan, tahanlah. Atau buat yang macam aku senaraikan kat atas. InsyaAllah berkurang sakitnya. Kalau lah dah tak tahan sangat sampai memudaratkan diri atau kena siapkan kerja kat office barulah makan ubat. Tapi ingat, jangan amalkan selalu ye. Sekali sekala boleh la. ;p

Akhirnya aku selamat menjadi tunangan orang.

Tak pernah terfikir pun aku akan bertunang. Benarlah kata orang tua, jangan terlalu benci sesuatu perkara/orang kerana ia akan terjadi pada kita jugak. Contoh macam aku ni ha. Dari usia aku 19 tahun dah tanam cita-cita yang tinggi supaya nanti aku taknak BERTUNANG. Aku dah siap plan umur aku kahwin paling lambat umur 25 tahun. Terus kahwin la kononnya. Takde tunang tunang nya der. Tapi sekarang dah 25 tapi tak kahwin lagi. -_-

Siapalah kita nak menidakkan takdir Allah. Allah dah atur semua untuk kita. Tapi tak salah kan aku merancang.? :D Kahwin ni bukan perkara mudah untuk difikirkan. Kahwin sekali seumur hidup so tolonglah jangan berfikir pendek tentang kahwin.

Sebelum majlis pertunangan, keluarga dia terlebih dahulu merisik aku sekaligus menyunting aku sebagai bakal isteri untuk anak bujangnya. So sweet. Majlis merisik dilakukan lebih kurang dua bulan sebelum kitorang bertunang. Pada majlis tersebut, keluarga dia bawa sepasang kain pasang, sebentuk cincin dan sebiji bahulu ikan. Maka setelah selesai berbincang akhirnya majlis pertunangan telah pun ditetapkan. Alangkah gembira rasa hati setelah 3 tahun berkawan kami akan disatukan. Tuhan je tau perasaan kitorang masa tu.

Tanggal 01012011 aku selamat menjadi tunangan kepada MOHD KHAIDIR. Setelah 3 tahun berkawan bertunang jugak kitorang. Pada awal perbincangan majlis pertunangan tidak dilakukan. Hanya merisik, bertunang dan terus bernikah pada hari yang sama. Setelah dibincangkan bersama keluarga kedua dua belah pihak, akhirnya keluarga belah dia nak kitorang bertunang. Mungkin sebab dia anak sulung dalam keluarga jadi tentulah keluarga dia inginkan majlis perkahwinan kami mengikut adat. Merisik, bertunang dan bernikah. Begitulah ceritanya. Kitorang sebagai anak soleh dan solehah hanya menurut kata orang tua. Kitorang tiada masalah untuk itu. Ini lah masanya nak menggembirakan hati orang tua kan. Yang penting hubungan kitorang diberkati dan direstui mereka. Itu yang paling penting sekali.

Walaupun terdapat beberapa masalah sebelum majlis tapi akhirnya selesai jugak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Realitinya aku takut dengan istilah BERTUNANG. Sebab aku tengok berdasarkan pengalaman kawan - kawan terdahulu yang bertunang. Macam macam dugaan. Alhamdulillah sehingga kini hampir 5 bulan pertunangan kitorang, tiada masalah besar yang boleh mengganggu hubungan kitorang. Gaduh tu perkara biasa dalam hubungan. Cuma takdelah gaduh besar sampai boleh putus tunang.

Dugaan.? Memang banyak. Tapi kitorang ambil langkah percaya dan jujur pada pasangan. Apa yang aku perasan, lepas kitorang bertunang, kitorang jarang bergaduh kalau nak dibandingkan dengan masa couple dulu. Kalau diingatkan balik macam kelakar plak. Dulu aku emo and sensitif sangat sangat. Tak boleh salah sikit, mesti touching, menangis. Tak angkat fon pun nangis. HAHAHHAH. Tapi sekarang semua tu takde dah. Magik. Pelik. Dan kitorang makin bahagia.

Sekarang menghitung hari untuk ke langkah seterusnya. Perancangan telah pun dibuat dan tunggu je lah masa yang dinanti itu tiba.


Mini pelamin made by my brother.


Baju bertunang. Simple and nice :))


Make up session. 
Cantek sangat mekap dia. LIKES.!
Credit to : blog - SeriMarkisa, FB - FB SeriMarkisa


Bakal mak mertua menyarungkan cincin tanda ikatan. >,<


Hantaran pihak aku untuk dia.
9 berbalas 7.


p/s ; To readers, korang beruntung sebab dapat tengok pic aku bertunang sebab kat FB aku private :D
p/s/s : To readers, marilah bersama sama mendoakan kami bersua semoga berkekalan dan berbahagia hingga akhir hayat taknak la sampai anak cucu je. Nak sampai akhir hayat tau. Tak salah mendoakan kebahagiaan orang lain. Jauhkan sifat dengki mendengki orait bebeh.?


Isnin, 25 April 2011

Berbasikal di Bukit Cherakah.

Sabtu (23 April 2011) jam 9 pagi baru nak gerak pegi cycling. Supposedly gerak awal tapi atas keterlanjuran ketiduran maka lambat la gerak. Tak plan pun nak cycling. Idea nak cycling datang tetibe memandangkan Goody ada so boleh la temankan aku plus Nisa pun ikut. Total of us 3 persons.

Memang betul jangkaan aku, sesampainya aku kat Bukit Cherakah orang super ramai. If tengok dari luar pn dah tau. Punya banyak kereta sampai terpaksa parking kat tempat motor. Redah je janji dapat parking. Kat signboard pintu masuk ada tulis parking bayar brape ntah tak ingat. Bila masuk je takde lak orang jaga parking so kira free la kan? Or weekend dia bagi parking free ke aku pun taktau.

Sebelum masuk ke dalam, kena bayar dulu I mean lepas parking la. Nanti kat situ ada kaunter. Silalah bayar mengikut rate anda.

Dewasa            : RM3.
Kanak - kanak : RM1.

Klik gambar untuk lebih jelas.

After dapat tiket, baru lah boleh masuk ke Taman Pertanian Bukit Cherakah. Dalam tu macam macam aktiviti boleh buat. Cycling, jogging, photoshoot pun boleh sebab tempat dia cantek sangat plus udara yang sangat fresh. 

Excited nak cycling pusing punya pusing tak jumpa tempat nak sewa basikal. Dah pegi dekat satu pondok yang ada banyak basikal kat situ tapi tak sure sebab tempat tu agak buruk nama pun 'Pondok Basikal'. Untuk taknak lagi sesat, Goody tanya kat kaunter and tempat dia memang kat pondok tadi. Ahhaaaa aku tergelak gak la sebab rupanya kitorang dah pegi dah tempat tu. LOL. Memang old school pondok basikal dia. Tengok memang super ramai kat pondok tu tapi basikal banyak. Aku cakap dalam hati ni konpem sempat lagi nak book rupanya sekali FULL. Siap ada waiting list lagi. Aku turn ke 23. Fedup nak tunggu pada mulanya tapi tabahkan hati nak tunggu jugak. Rupanya basikal yang banyak tadi dh di booking oleh orang. Heh :D

Klik gambar untuk lebih jelas. LOL. 
*asal pegi memana Chinese lagi ramai.? 

Sewa untuk basikal :

Basikal besar (untuk dewasa) : RM5 bagi 1 jam pertama, RM1 untuk setiap jam berikutnya..
Basikal kecil (untuk kanakkanak) : RM3 bagi 1 jam pertama, RM1 untuk setiap jam berikutnya.



Daripada masa terbuang macam tu je, kitorang decide nak round round naik bus. Memang syok la bus dia, takde tingkap angin perghhh menusuk kalbu, segar, nyaman. Jangan risau naik bus FREE. Takpayah bayar. FYI, bus ni macam shuttle bus nanti dia akan stop kat bus stop pastu dia akan amek orang kalau ada orang tunngu. Pastu tengah tengah jalan if ada orang tahan bus tu, bus tu akan berhenti then ambil penumpang tu. Sweet kan.? Macam bus mini plak. Teheee >,<

Klik gambar untuk lebih jelas.
Sweet tak bus dia.?
Kitorang tunggu tepi jalan je. Hee

Settle round dengan bus, kitorang pegi balik pondok basikal tadi turn kitorang dah nak dekat. Banyak potong nama sebab ramai dah balik kot. Malas tunggu agaknya. Yeayy tak sabar nak cycling. Untuk 30 minit pertama masih steady tapi malang betul nasib. Aku hampir pitam. At first boleh lagi control, pastu flat. Total lost. Tak boleh bangun, bila bangun je nak pitam. *Sob sob*. Kesian kat adik adik aku, diorang kena tunggu aku sebab aku tak boleh gerak pegi memana. Aku tak breakfast, perut kosong. Tu la puncanya aku pitam. :(

Takpayah klik untuk nampak lebih jelas. 
Nampak tak segar bugar :))

Masa ni tengah control padahal nak pitam dah.
Sempat lagi :D

Sorry la eh. Korang kena la tunggu kakak kau yang nak pitam nih. 


Klik gambar untuk lebih jelas.
Konpem takkan sesat.

Coclusion : Sebelum pergi cycling plishhhh plishhh breakfast dulu. Pengajaran untuk aku. Jika tidak, waktu cycling anda akan sia sia dengan pitam. -__-

p/s : Next time nak pegi lagi. Eh korang pegi la. Tak rugi pun. Sekali seminggu exercise apa salahnya kan. Berbasikal ni boleh kuruskan peha taw. Hihi..








Jumaat, 22 April 2011

Ciri - ciri Keris Agung dan Tombak Agung.

Korang perasan tak dekat logo UiTM ada lambang keris.?

So ak harini nak cerita pasal Keris Agung yang ada kat lambang UiTM.


Nampak tak ada dua bilah keris tu.?

^^ Kedua dua keris tu melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung, kukuh dan murni.

^^ Keris Agung yang bersarung melambangkan kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu. Motif ukiran ini menggambarkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Canselor UiTM sekaligus melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung.

^^ Ciri - ciri keaslian dan ketulenan keris Melayu sebagaimana yang terdapat pada ''Keris Agung'' melambangkan falsafah penubuhan Universiti Teknologi MARA. Ia digarap daripada idea penciptaan sebilah keris yang bernama ''Keris Potong Barat''.

1 - Keris Agung


Keris Agung.

^^ Motif ukuran pada hulu keris ialah motif bunga petola kuning, *pendokoknya bermotifkan pucuk rebung dan sarungnya bermotifkan bunga tanjung.

^^ Motif bunga petola kuning pada hulu keris mewakili warna kuning Diraja, menggambarkan lambang pada Kesultanan Melayu. 

^^ Motif pucuk rebung pada *pendokok melambangkan proses pendidikan yang membentuk mahasiswa universiti ini menjadi graduan profesional.

^^ Motif bunga tanjung pada sarung keris pula melambangkan identiti Negeri Selangor, bersesuaian dengan kedudukan kampus induk UiTM yang berpusat di negeri Selangor Darul Ehsan.

^^ Kewibawaan makna identiti keris terserlah dengan logo UiTM yang diletakkan di atas ukiran perak pada pangkal sarung keris. 

^^ Pada bahagian tengah sarungnya tertera tulisan khat tuluth yang mempamerkan moto UiTM iaitu ''Usaha, Taqwa, Mulia''. (dekat anak panah merah tu ada tulisan khat)

2 - Tombak Agung



Tombak Agung.

^^ Tombak Agung terdiri daripada sepasang tombak iaitu bermata daun buluh dan berlok lima.


^^ Merupakan lambang kepada nilai keagamaan, keilmuan, keperibadian serta kedaulatan bangsa dan negara.

^^ Motif keseluruhan batang tombak diambil daripada reka bentuk kubah yang membawa maksud UiTM sebagai wadah pemberian dan penerimaan ilmu menurut hukum ilmu ke arah membina kebaikan dan menolak kemungkaran berlandaskan aqidah khususnya di kalangan mahasiswanya demi agam, bangsa dan negara.

^^ Mata tombak berlok lima bermaksud Rukun Islam yang lima.

^^ Bermata daun buluh bermaksud kekayaan seni reka Melayu yang asli.

^^ Penghias tombak ialah ukiran destar perak bermaksud raja-raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan simbol ketinggian tamadun bangsa Melayu.

^^ Batang tombak dihiasi ukiran perak bunga tanjung manakala bahagian atasnya terdapat logo dan moto UiTM iaitu ''Usaha, Taqwa, Mulia'' ditulis dengan khat tuluth.

^^ Logo dan moto ini menggambarkan keunggulan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang diwujudkan berlandaskan aspirasi untuk menghasilkan graduan-graduan bumiputera yang menguasai maklumat dan teknologi tinggi.

p/s : UiTM Di Hatiku :D

Source from : UiTM Shah Alam.

Khamis, 21 April 2011

Tahu tak bahawa setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali.?

Untuk renungan bersama..

Antara seruan kubur ;

^^ Aku rumah yang terpencil maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

^^ Aku rumah yang gelap maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

^^ Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

^^ Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan 'Bismillah' sebagai penawar.


^^ Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan 'Lailahaillahmuhammadurrasulullah' supaya kamu dapat jawab soalan mereka.






p/s : Renung renungkan dan selamat beramal.


credit to : Syahirul

Isnin, 18 April 2011

Berhujung minggu yang sangat berkualiti.

Tak pernah terfikir langsung nak pakai BB. Ahha bila benda yang kita tak terfikir tu mesti akan dapat kan. Dulu aku tengok orang pakai BB tak terliur langsung. Siap cakap pape tah henpon kemain besau lagi, keypad kecik blablabla. Last last semalam tanpa dijangka aku and mock pegi melaburkan duit simpanan kitorang untuk beli BB. Memula masing masing rasa berat sangat tapi berat berat pun beli jugeks. :D

Terpaksa la korbankan duit tabung kitorang. Takpela sekali ni je lagipun kitorang punya henpon masing masing dah outdated. Nak merasa la tukar henpon.

Setelah survey punya survey, dapat la BB Curve 8900. Ikut hati nak ambik Torch je tapi..tapi.. o.0

Dah dapat apa yg dicari maka amek la pic dari BB baru. :))

First try mata aku nampak separuh sungguh pengko tangan aku nih.

Second try. Still senget. Memang betul pengko. Lokasi mock sama. :D

Akhirnya.... baru la centre. 




Khamis, 14 April 2011

Macam mana cara korang berjalan.?

Hati sakit plan nak update blog pagi pagi buta tadi tapi tah kenapa line sini menaikkan darah muda aku jadi aku terpaksalah update di petang hari. Sangat lah malassss. Mata ngantuk perut kenyang masa untuk tido sepatutnya.
Nak share sket info kat readers. Ilmu yang ada jangan kodokut. Kongsi kongsi bersama. Chill :D

Nak share rahsia WANITA berjalan. Wanita je. Lelaki tableh masok campo. Ahhaaa.

INFO 1 :
^^Tetibe korang jalan belakang mana mana gurl, cuba tengok gaya dia. If dia jalan menjingkit jingkit (tumit macam tak pijak tanah),
- tidak jujur, kalo sembang cakap nak up je pastu ada unsur unsur laser disitu.
- ego.
- membazir.
- tapi yang bagusnya orang macam ni menjadi pujaan ramai lelaki.

INFO 2 :
^^Berjalan pesennya suka pandang kiri kanan,
- pandaiii simpan rahsia.
- suka tipu teman rapat, tidak jujur dengan teman sendiri.
- tapi ramai lelaki suka sebabb diorang kata mudah diuruskan mungkin ikut kata kot. Tak melawan.

INFO 3 :
^^Berjalan menunduk, (ehem ehem >,<)
- sifat yang tertutup.
- hanya berbual dengan teman yang rapat SAHAJA dan boleh dipercayai untuk simpan rahsia. (tq mrfiance)
- susah nak ngorat. tak layan ah. buat la camana pun, bagi duit sejuta pn aku tanak. setia oke. ehem lagi.
- kalau ada lelaki dapat gurl camni, insyaallah akan terjamin kebahagiaan.
- setia pada yang satu.
- takkan sekali kali mengkhianati pasangan dia.

INFO 4 :
^^Berjalan pandang depan je,
- pendirian teguh.
- iman kuat.
- jangan menentang apa yg dia cakap. layan jeee~. kalo tak, bernanah telinga dengar bebelan dia.
- selalu selisih pendapat.
- gurl macam ni suka bergaul dengan orang yang berpengalaman luas aje. budak budak hingusan tak layan ah.

INFO 5 :
^^Berjalan badan gerak ke kiri dan ke kanan, (hurmm camne eh tak penah tgk lg)
- tak amek pot ngan masalah yang dia hadapi.
- dia anggap masalah yang dia hadapi benda kecik je walaupun sebenarnya masalah tu besar. lantak kau lah.

INFO 6 :
^^Berjalan tegak gila,
- tegas.
- tak nak orang lain masuk campur dalam urusan peribadinya.
- bercakap serius. (eh kemon ah kalo serius sgt pn tak best)
- sangat bertanggungjawab.
- menyenangi lelaki yang berdikari.

INFO 7 :
^^Berjalan macam zirafah (masa melangkahkan kaki, badannya bergerak ke depan dan belakang),


ini zirafah. eh bukan nak kata gurl korang macam zirafah ini hanya ilustrasi sahaja. sekian. 

- perasaan dia sangat lemah.
- mudah terasa.
- mudah tersinggung.
- kalo borak dgn gurl macamni, jaga lah percakapan agar tidak menyentuh perasaannya.
- mudah mengalirkan airmata.

Notakaki 1 : kepada guys, silalah kaji gurl anda. gurl anda tergolong dalam golongan yang mana. hihihihi :D oke tak comel gelak camtu.

Notakaki 2 : hargailah pasangan anda walau macam mana pun dia berjalan kerana ini mungkin hanyalah kebetulan sahaja. setiap orang berlainan pendapat dan pandangan. jika pendapat anda bercanggah, sila tinggalkan komen kat chat box ok.!

Selasa, 12 April 2011

Penggunaan O/D yang betul pada gear automatik.

Aku just nak share info sket ngan readers yang super awesome >,<

Aku rasa majoriti kita semua ada kereta. Takpe pada yang takde kereta jangan risau. Takpayah tergopoh gapah nak pegi Proton terus beli kereta. Jangan la gelojoh sampai begitu yaww. Baca dulu then bila dah beli kereta boleh praktikkan kat kereta korang.

Eh ingat senang ke jaga kereta.? Pastikan kewangan korang dah mencukupi untuk 'membela' sebiji kereta. Kalau kaya macam Datuk K silakan lah beli berapa bijik kereta pun. Lagi lagi wanita naif macam aku ni. Pergh seksa jugak nak maintain kereta. I'm zero. Taktau pape pasal kereta for the first time pakai. After a years aku makin terer sket. Tu pun mock yg ajar kalau tak, memang loser wehhhh. LOL

Currently pakai kereta jenama Korea yawww. Nama kereta dirahsiakan. Ecehh. Sparepart susah GILA nak cari plus mahal. Nyesal pun tadak guna. Gila tak best pakai kereta luar negara. Duit keluar macam air hujan asid. Sangat hyperbola o.0


Ce teka kereta apa ni.? Act ni aku curik kat atuk Gooooogle. Aku punya album tableh bukak tetibe so damnnnn.!! Ini tipu. Kereta aku bukan hitam tapi hijau.

Aku lah pemakai gear automatik tegar. Haha. Oke not funny. 

Ni baru nak start cite. Intro punya panjang..

Kebanyakan kenderaan automatik dilengkapi sistem o/d tapi ramai yang taktau nak gunakan atau mungkin diorang keliru macam aku ni ha. Dari dulu konpius tak habes habes aku harap info aku dapat membantu korang. Piss :D

^^If korang gunakan o/d dengan betul, korang boleh menjimatkan petrol selain mampu mengurangkan risiko kenderaan terbabas ketika melalui bahagian selekoh ataupun masa turun bukit. 

^^Ketika kita memandu dan menekan picu (button) o/d pada batang gear, lampu [o/d off] akan menyala pada meter kenderaan dan ini menunjukkan penukaran gear hanya akan berlaku sehingga gear 3 sahaja.

^^If korang berada di kawasan bandar atau taman taman perumahan, silalah tekan button o/d seperti yg aku terangkan kat atas. Sebab apa.? Sebab  masa tuh kelajuan kenderaan rendah iaitu tidak melebihi 90km/h. Sama la macam bawak kereta manual.

^^Sentiasa perhatikan meter RPM. Jika meter RPM melebihi angka 3500 (3.5) pada pemanduan yang lancar dan berterusan, o/d perlu dimatikan kerana penggunaan yang salah akan menyebabkan pembaziran petrol.

^^Ada yang konpius tentang kelajuan kenderaan dan kelajuan enjin tak.? Listen carefully. Kelajuan enjin merupakan meter RPM dan terletak bersebelahan dengan meter kelajuan kenderaan. Pada pemanduan yang lancar contoh kat highway, masa tuh kelajuan meter konfirm tinggi kan sedangkan kelajuan kenderaan rendah then kat situ la o/d perlu diberi perhatian untuk elakkan pembaziran petrol. 

Notakaki : Aku share apa yang aku tau dari artikel yang boleh dipercayai. If info aku tak tepat, plish correct me. 

Isnin, 11 April 2011

Tau tak saka tu apa.?

Guys.! Tau tak saka tu camne.? Oke mari sini aku story..


Saka tu dari belaan orang tua-tua atau dari atuk moyang kita dulu yang banyak digunakan untuk tujuan berperang, berkebun, menjaga kebun, kebal, boleh ghaib, kecantikkan, sihir, kekuatan, bersilat dan sebagainya. Tapi sekarang masih ada individu yang still amalkan. Kebanyakan saka ini adalah dari golongan Jin dan Syaitan yang beragama atau pun tidak. Jin ini akan diberi makan mengikut perjanjian yang dibuat oleh pengamalnya, ada yang setiap hari atau setiap bulan atau setiap tahun, Saka ini akan berdamping dengan tuannya untuk tujuan menjaganya dari bahaya atau peperangan.


Petanda saka (waktu tidur) :


^^ Susah tido malam.


^^ Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas n takot.


^^ Mimpi buruk yang dikenali sbg kabus seperti melihat sesuatu yang mengancam pastu menjerit minta tolong tapi takde sape yg dengar.


^^ Mimpi sesuatu yg menakutkan n menyeramkan.


^^ Mimpi kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.


^^ Bunyi gigi berlaga masa tido.


^^ Ketawa, menangis, menjerit-jerit masa tido.


^^ Berdiri dan berjalan masa tido.


^^ Mimpi jatuh dari tempat tinggi.


^^ Mimpi berada di kawasan kotor atau tanah perkuburan.


^^ Mimpi tengok budak kecik.


^^ Mimpi tengok salib atau gereja.


^^ Merintih dan menangis masa tidur.


Petanda saka (waktu jaga) :


^^ Selalu pening kepala.


^^ Lalai mengingati Allah SWT.


^^ Sering lesu dan malas.


^^ Rasa sakit di salah satu anggota badan.


^^ Sakit belakang terutamanya tulang belakang.


^^ Lenguh sendi-sendi utama.


^^ Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.


^^ Mudah panik bila berhadapan dengan sesuatu ujian.


^^ Jiwa lemah dan tiada motivasi untuk terus hidup.


^^ Mudah marah dan panas baran.


^^ Emosional dan terlalu sensitif.


^^ Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah telapak kaki seperti terpijak batu atau telur.


^^ Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

Ahad, 10 April 2011

Raja Burger.!!

Jumaat malam Sabtu lepas aku and siblings pegi memenuhkan perut kat Raja Burger or dalam English nya Burger King.. Haa itu la pentingya English Education.~~

Actually, unplanned benda nih. Suddenly Mira ajak kuar malam ni katanya pasni dah susah nak kuar. Sibuk la katakan. Alang alang sume ada, so kitorang kuar la. Tanya masing masing taktau nak pegi mana. Loser gila.! Dah gerak baru la plan nak makan Big Apple Donut. Tu pun aku yang plan kalo tak, mmg tah ke mana je la.

Dah sampai SACC Mall, masuk la dlm tu pastu kan kaciwa sangatsangat. Banyak dah habis. Haih mengidam aku. Last last pegi Burger King Sec 13 je. Lepak sampai lebam.



SACC. Kecewa Big Apple habishhh >,<


Mine :)






Khamis, 7 April 2011

Ucapan Laillahaillallah




Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.


Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu" baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.


Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Salam Ukhuwah..~
dari - http://blogtokwan.blogspot.com

Ahad, 3 April 2011

Jom pergi kursus kahwin.

12 - 13 Mac lepas kitorang pegi kursus kahwin dekat MAIS Shah Alam. Sape yg taktau silalah google. First thought kitorang ingat boring taw tapi rupanya tidak sama sekali. Best because dapat penceramah yang super sporting and lawaks kalah Raja Lawak. Serius.

Prosedur nak daftar kursus kahwin ni senang je. Memula korang kena isi borang yang MAIS sediakan. Senang je. If malas nak pegi MAIS, just print je borang kat website MAIS. If rajin, pegi la MAIS sendiri ambil borang kat tingkat 1 tak sila aku. Terus isi kat sana, submit then dia akan briefing sikit. Aku suggest kan korang pegi la MAIS sendiri ala korang gak nak kawen. Apa salahnya bersusah sikit. Nanti pas korang submit borang tuh, dia akan bagi slip macam ni ;


Then by the day korang kursus tuh, korang kena daftar kat GF (ground floor) MAIS pastu dia akan bagi satu fail. Dalam fail tuh ada buku and doc yang berkenaan. Macam ni ;


Pastu korang kena naik pegi Bilik Seminar kat aras 1. Dalam tuh la akan berlangsungnya kursus selama 2 hari. Jangan risau makan minum korang ditanggung. Hanya RM80 korang akan dapat fail, makan, minum dan sijil. Sijil tuh yang penting. Korang akan dapat sijil on the spot tamatnya kursus. Memang best. Hari Isnin korang dah boleh nikah. LOL.


Weehooo dah boleh nikah bebila masa pun. >,<

Mudah kan.? Semudah ABC. LOL lagi.


Jumaat, 1 April 2011

Seramnya sekolah itu

Tahun : 2003
Lokasi : Sebuah sekolah di tengah bandar KL.


Ni la pintu masuk sekolah. Seram tak seram tak.? ;o

Masa tuh aku Form 5. Aku senior woo. Aku otai ah kan. Tapi aku baik. Aku tapenah buli junior. Apatah lagi nak suruh diorang cuci baju, angkat baju, lipat baju, kemas bilik, belikan makanan, mintak duit. Tapenah. Sume tapenah. Takcaya tanya junior aku.

Kes 1 ;

Kat sekolah aku tuh ada kos seni kecantikan (or VS). Dalam class diorang nih ada kepala patung tau. Ala yang macam dekat salun tuh. Macam la korang tapenah tengok. Tipu betul ye. Kepala patung tu diorang simpan dalam loker besi. Gila takot nak letak atas meja kang bila lalu kelas diorang memalam mau terketar ketar. Nak diketotkan cerita, satu hari tu ada member aku nih main main la dengan kepala patung tu. Dia dok pegang rambut patung tu pastu pegi acah acah kat kawan kawan dia. Bayangkan (dia pegang rambut patung so kepala tu terapung apung). Konon konon macam hantu penanggal. Budak yang mendajal ni punya gelak berdekah dekah macam la lawak sangat LOL -_-

Nak diketotkan lagi cerita, malam tuh budak tu kena kacau. Dia meracau menjerit. Dia kena histeria. Histeria tu yang macam dalam cerita HISTERIA lakonan Liyana Jasmay, Scha. Katanya patung tu datang bilik dia tengah tengah malam time sume dah tido. Patung tu dok dekat pintu bilik dia dalam keadaan terapung apung. Roomate dia dok terkejut la tengok dia dok histeria sume bantai seram sejuk. Masing masing taknak cool kan kawan dia yg tengah histeria tu. Ciss sume pengkecut = pengecut. Diorang amek keputusan panggil warden, ustaz, ustazah. Maka selepas warden datang selesai lah histeria tersebut. Kejadian berlaku lebih kurang 1 jam. Pehh lama tol dia bertarung. Hah tu la dok gatai sangat main kepala patung sape suruh. Sekolah aku tu memang lain macam sket. Kata je dok tengah bandar KL tapi hantu berkeliaran.

Kes 2 ;

Time prep malam tuh aku dan kawan kawan seangkatanku kena lepak kat bengkel. Bengkel ni letaknya kat bangunan paling belakang sekali. Sebab esoknya ada function kat sekolah maka kitorang kena wat keje. Aku dulu AJK Pentas. Wahhh nampak nampak.. Aktifnya aku kat sekolah. Pffffttttt. Kitorang buat la keje mcam biasa walaupun masing masing takut. Bila dengar bunyi pelik pelik masing masing tengok muka kawan. Kahkah kelakar bila ingat balik. Padahal takde pape tapi biasa la mindset dah dok hantuuuuu je memang la kau nak buat muka cuak je. Balik je dari prep ada junior kena kacau. Time dia nak pegi toilet dia nampak ada hantu berantai lalu kat blok bengkel tadi. Dia kata hantu India. India kan suka pakai rantai kaki, gelang loceng loceng kan.? Ha dia nampak macam tu la. Bunyik loceng rantai kuat sangat.

Kes 3 ;

Bayangkan tengah tengah malam kawan aku kejot aku ajak pegi toilet. Aku tak pegi. Taknak ah takot weh. Kawan aku ajak kawan dia lagi sorang. Fuh! Selamat aku. Ni kawan aku cite. Malam kejadian dia bangun la menemankan kawan dia nak pegi toilet. Kesian lak kan. Budak tuh dah berjoget joget menahan kencing. Oke. Otw nak ke toilet tu dah rasa lain macam. Sejuk jeee. Dah sampai toilet kawan dia ni masuk la dalam tandas. Dia tunggu kat luar. Belek belek muka depan cermin. Nyanyi nyanyi sebab takut kan. Tunggu punya tunggu tak keluar gak kawan dia tadi. Dia dah rasa lain macam tang tang tu lak tetibe angin dari mana datang menusuk ke tulang hitam. Kawan tu dah seram. Dia panggil panggil member dia tak keluar keluar jugak. Dia cek la satu satu tandas tapi............. takde jugak. Pehhh mencicit dia lari balik bilik. Tengok tengok kawan dia tengah sedap tido. Esoknya dia cite kat kawan dia yang ajak dia temankan malam tadi. Kawan dia cakap dia takde bangun pegi toilet pun. Amek kau sekali demam terus. Dengar macam klise kan tapi cite betul nih.

Cukuplah sampai disini sahaja. Kang cite banyak banyak muntah muntah orang baca.

Hye silent readers. Heart u'olsss lah.