Rabu, 29 Jun 2011

Haters.

Well, kata pun manusia yang tak pernah puas mendengki. Entry aku ni ditujukan kepada manusia yang terasa diri dia bagus. Aku tau mungkin kau baca post aku. Even kau dah remove aku, tapi kau boleh baca blog aku. Kau kan stalker terhebat. Sebab apa aku cakap kau stalker terhebat di abad ini? Sebab kau tau je apa aku buat. Aku upadate status FB kau tau, aku update blog kau tau. I never ever ever usik duit kau so mind your own bussiness lah. Chill lah. Kau memang annoying. Aku taktau apa yang kau dengki kat aku. If kau cakap muka aku buruk pun, remind you eh. Kau double buruk. Banyak keburukan kau yang aku nak cerita tapi no need. Aku tak macam kau yang senantiasa dengki. *ROFL*

Enough said. Bye!

One more thing, aku tak hairan hilang kawan spesies macam kau. You got it.?!

Jumaat, 24 Jun 2011

InsyaAllah you will be mine forever.

Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera.

Dear Mohd Khaidir Zulkepli,

Entry ini dibuat tepat jam 00:00am ; 24th June 2011 ; Friday. Awak dah tidur pukul sepuluh lebih malam tadi.  

Awak, ingat tak tarikh ni.? Sebelum kita mengambil keputusan untuk berkawan lebih rapat, awak minta no fon saya. Awak bagi saya kertas tertulis no telefon awak. Saya simpan lagi kertas tu. Kenangan awak. Esok esok saya boleh tunjuk kat anak cucu kita.

Setelah beberapa bulan kita kawan, awak ajak saya mengenali awak dengan lebih rapat lagi. Awal perkenalan kita, saya tak suka awak. Awak sombong. Tapi tak sangka kan awak, dalam tak suka awak tu, sampai ke hari ni kita masih bersama. Alhamdulillah.

Genap setahun usia perkenalan kita, saya takut. Awak tau kan apa yang saya takutkan. Berkat doa dan restu ibu bapa, kita bertahan sehingga la tahun keempat kita masih bersama. Awak tau tak, saya selalu doa macamni. Awak dengar ye ; ''Ya Allah, jika benar dia adalah jodohku dan ditakdirkan untuk hidup bersama denganku hingga akhir hayattku, permudahkanlah urusan kami Ya Allah tapi jika dia bukan untukku Kau bawalah dia pergi sesaujana mata memandang.'' Sweet tak.? ;p Tiap hari lepas solat saya doa macamtu. Saya pinta Allah mendengar luahan hati saya.

Macam macam dugaan kita dah tempuh kan awak? Kalau nak cerita satu persatu, boleh buat novel. Biarlah kita berdua sahaja yang tahu. Awak ni pelik tau tak. Taktau la macam mana saya boleh tahan dengan awak. Nampak tak yang saya sebenarnya seorang yang saaaaaaangattttt penyabar. Hee ;DD

Alhamdulillah pada usia hubungan kita menjangkau empat tahun, saya masih bernafas di atas muka bumi ini untuk hidup bersama awak, mencipta  kenangan indah, suka dan duka bersama. Awak dah banyak bersabar melayan kerenah saya yang kadang kadang macam budak budak. Heee tq awak. Saya ni umur je 25 tapi nampak macam budak form five. Haa saya tau awak jeles kalo saya cakap ada orang cakap saya mcam budak sekolah. Eh kenapa ayat saya macam belitbelit? K takpe asalkan awak faham. ;)

Saya harap hubungan kita akan pergi lebih jauh jika diizinkan Allah. Awak jangan lupa sentiasa berdoa, solat untuk mendapat keredhaan Allah. Awak tau tak saya tak pernah jangka untuk sampai ke tahap ini tapi apakan daya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. 


Saya nak ucapkan Happy 4th Anniversary. Thank you for being my friend, boyfriend and fiance. 

In my wildest dreams, you always play the hero.
In my darknest of night, you rescue me,
You save my life.

Let's pray our relationship will stay forever and take us to the next level. Amin.

I love you forever and always I will. InsyaAllah dear. 


Jumaat, 17 Jun 2011

Ada Aku Kesah.?

Harini memang aku takde keje. So what.? Tu sebab aku update blog sampai dua kali. Itu menandakan aku rajin. Aku tak kacau orang lain. Yang penting aku update blog aku bukan blog orang lain. Sape rasa nak baca, silakan baca. Siapa rasa tak senang hati dengan kesenangan aku, back off. Lagi satu entry akan menyusul selepas ini. Insyaallah. Biarla apa orang nak kata weh. AAK.?

Putera Ayu bersama En.Fiance.

Aku ingatkan dah takde celebration untuk birthday aku haritu, rupa-rupanya ada jugak orang nak celebrate. Yeahh lap u en fiance. Tak plan pun tetiba aku macam rasa nak makan seafood so one day before aku dah survey port best untuk seafood. Dalam kepala otak aku kalo cakap seafood Jeram je la. Hee dah macam takde tempat lain kan.? Tapi kan Jeram dah tak best sekarang. Aku tanya ManXerra pasal Jeram.

Aku ; Xerra, kau tau tak mana port best nak makan seafood.?

Xerra ; Ko giler kat Flaming la makan sampai lebam.

Aku ; Flaming.?? No. Aku dah pangkah awalawal. Tak minat la. Aku nak makan macam ikan bakar, sutun goreng tepong ke, ala ala candle light dinner la. Ko ni cari tempat romantik sket ;D

Xerra ; Ermm Jeram tak best dah. Dah la busuk pastu mahal pulak tu. Aku g makan aritu mahal giler katakoooo. Ko nak candle light dinner pehal makan seafood lak.? Tu melantak namanya.

Aku ; Eh eh sukati aku la. Dah ngidam nak wat camne. Hahahaha.

Aku sonok kawan ngan Xerra nih. Kepala gilagila. Gurau kasar nak mati pun dia takde hal. Layan je. Kihkih..

Yang aku takboleh lupa statement dia ni. Dia soh aku try kat Rest Afnan kat Meru. 

''tp mak taste dgn sorg mmat jmbu tu eee syioknye''..

Xerra, Xerra.. Hehehhee. Tak berubah ubah ko ye.

Lastlast, aku decide nak makan kat Java Field je. Wahhh apakah tu.? Padang Jawa la. Haha dekat je ngan rumah en fiance. Aku dengar Rest. Putera Ayu tu pernah masuk JJCM. En Fiance simple je. Tak banyak songeh. Dia layan je makan memana pun. Ehe tu yang aku senang ngan dia. Aku sampai kat restoran tu dlm kol 8 kot. Masa tu tak berapa ramai lagi. Masuk je pukul 8 lebih mak aiiii ramai rupanya nak makan kat situ. Bayangkan la jalan Padang Jawa tu camne. Sape yang penah masuk Padang Jawa, tau la camne ropernyaa. Sempit sesak eee sume ada. DISLIKE lah.! Jam tau. Pastu masing masing nak hon hon. Aiyarkk aku nak makan pun terganggu. Kedai nya tepi jalan je. So mendapat la kan. 

Food dia okela. Aku bagi 2 bintang je. Kitorang order TOMYAM CAMPUR, KAILAN IKAN MASIN, TELUR DADAR, SOTONG GORENG TEPUNG, DAGING MASAK MERAH. Tekak aku rasa yang sedap daging and tomyam je. Kailan kureng, ikan masin tak rasa sangat, sotong dia lagi lah. Tak menepati citarasa aku. Aku nak sotong goreng tepung yang macam kat Jeram. Yang aku dapat sotong goreng cekodok. Adoiila. Aku pun boleh buat cekodok sotong tuh. Tepung dia super tebal pastu tak rangup. 

Layan je lah. Perut pun lapar telan je lah. 



Pilih menu.


Ambience good. Staff okela. Takde la moody je.



Hot Tea and Hot Lime. Aku punya dah tentu Hot Lime. Last last en fiance yang perabihkan air aku. Teh tu pahit ok.!


Our menu. 

TQ En Fiance for celebrate my birthday. Shayang u ketatketat. Muahx. <3


































Free Gift untuk kawan yang ku chenta.

Last week kan birthday aku. Ingat tak kat ENTRY ni.? Aku ada mention pasal free gift utk cabutan bertuah. Ecehhh buat cabutan bertuah pulop. Aha. Aku buat pun untuk menghargai kawankawan FB. Sape yang bertuah tu kira tuah dia la kan. Lagipun aku bagi hadiah murah jek. Ta mampu la nak bg hadiah mahalmahal besaubesau.

Yeahhh aku nk announce pemenang nya. Aku dh announce kat Fb and diorang dh dapat dah pun hadiahnya. Hee. Saje nak update kat blog pulak. Act aku pilih pemenang berdasarkan tarikh lahir, bulan lahir dan umur aku tahun ni. Weewoooo~

7 - Ni aku pilih ELLEelyana sebab dia org ke 7 yang wish.

6 - Ni aku pilih KINAella sebab dia orang ke 6 yang wish.

25 - Ni aku pilih Kak Mid sebab dia orang ke 25 yang wish.

Haa adil tak aku.? Aku buat ni pun saja sukasuka. Nak lain dari orang lain la kononkonon. ^_*

Nak tengok tak apa hadiahnya.?




Keychain handmade. Hee tu je kepakaran aku. ;))



Khamis, 16 Jun 2011

No Caption :'(

If I said I hate you,

would you go away.?

And never see me,

another day.?

So that time without you,

wouldn't feel so wrong.

Because from my life,

you'd be forever gone.

Selasa, 14 Jun 2011

Kekangan Masa.

Assalamualaikum semua ;)

Blog bersawang lah sebab kekangan masa yang melampau. Sekarang ni sibuk siapkan tempahan FeltWardrobe. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan. Terima kasih atas sokongan kawan kawan yang sentiasa menyokong aku. Tak menang tangan dibuatnya. Penat memang penat. Mana ada kerja tak penat kan.? ;DD
Tapi tu lah dinamakan rezeki. Tempahan masih berderet aku sedang cuba menyiapkan satu persatu ikut q. Syukur ALLAH memberi kekuatan kepada diri untuk meneruskan kehidupan. Walaupun beberapa hari lepas aku diserang demam kura kura, batuk, selsema tapi aku teruskan menyiapkan tempahan. Dugaan betul. Diharap customer2 silalah bersabar ye.

Disebabkan kesihatan yang tak berapa mengizinkan, aku telah membuat silap kecil. Customer order bantal sepatutnya tarikh birthday dia nak 10 jun tapi aku buat 11 jun. Nasib baik customer aku ni oke takde masalah. Aku mintak dia pulangkan semula dan aku repair. Hee nasib baik comel lagi walaupun pembaikan kecil telah dibuat. Hihi ;))

Bulan ni je kena siap 10pcs bantal, 18pcs keychain and 1pcs hp pouch. Tq tq tq tq pada customer yang memberi kepercayaan kepada produk aku.

p/s ; Badan sakit2, sengal2 bahu. Need massage perhaps.? ;p

Khamis, 9 Jun 2011





"Have you ever felt something inside you say just move on,well i fell the way everyday and if a guy breaks up with you then you were not meant to be together if he can't handle you at your worst then he does not deserve you at your best. "




Rabu, 8 Jun 2011

0 7 0 6 2 0 1 1

Alhamdulillah dengan izinNya aku masih bernafas sehingga ke hari ini. Semalam hari lahir aku. 

07/06/1986

Genap lah umur aku 25 tahun. Kadang kadang macam tak caya je aku dah 25. Tapi aku still dalam golongan belia. Heee ;DD Orang kata umur tu hanya lah nombor doesn't mean anything rite.? Yang penting orang cakap aku macam umur 17 tahun. Maceh -__*

Banyak impian aku sempena angka 25 nih. Tak perlu aku senaraikan. Hanya aku je tau. Wuuu~

Aku ada buat cabutan bertuah kat Fb aku. Saje buat suka suka. Utk eratkan silaturahim tak salah kan.? Pagi tadi aku buka lucky draw sampai jam 12.00 am tadi. Aku select pemenang ikut tarikh kelahiran, bulan dan umur aku. Tahniah kepada Kina, Mid dan Elle. Hadiah akan dipos serta merta. Best tau buat macam ni. Secara tak langsung hubungan korang ngan kawan yang lama terpisah, tak bertego dalam FB jadi ngam. Maklumla bila jumpa kawan kawan ex sekolah rendah, sekolah menengah masing masing macam segan2 nak tego kan.


Congrats my lovely friends. *loveyouall*


Celebrate.?
Aku dah biasa tak celebrate birthday so no problem. Lagipun dalam family aku, aku sorang je lahir bulan 6. Kira takde geng ah camni kan. Paling best tahun ni birthday girl bagi hadiah kat orang. Terbalik kan.? Ahha. Ada rezeki lebih apa salahnya kan.? ;p

Harapan dan impian.?
^^ Nak jadi muslimah sejati dan taat kepadaNya. *Insyaallah*
^^ Nak kumpul amal ibadah.
^^ Nak kumpul harta.
^^ Nak kuatkan jati diri.
^^ Nak kuatkan semangat diri jangan dok meleleh je airmata tu.
^^ Nak bahagiakan ibu bapa.
^^ Nak sambung belajar.
^^ Nak kahwin -___-
Eh tadi aku cakap taknak senaraikan tapi TERsenarai la. Lantak pi lah dia.

Cukuplah banyak ni je. Penat nak taip banyak banyak.

p/s : Terima kasih semua for the wishes. I L O V E Y O U.