Jumaat, 26 Ogos 2011

Black Rider.

Akhirnya tercapai gak impian si MK (singkatan nama tunang aku) untuk memiliki KLX150. *eh betul ke?
Duit cukup dokumen sume dah cukup, selamatlah blackie sampai ke pangkuan MK. Proses dokumen semua bereh je takde pape masalah. Kira tu wife no.2 dia la merangkap madu aku. Ngegheheh.

Kalau tak silap aku, blackie ni sampai ke rumah MK hari Jumaat lepas kot (190811). Lupa la nak catit dalam diary. Actually dia ada dua kaler. Hijau and hitam. Kira hitam tu yang paling latest la. Tu sebab aku panggil blackie.


Ni versi hijau.


Ni blackie MK. Kacak tak? -..-

Ada sedikit perbezaan antara hijau and blackie.

Blackie - seat lembut sket dari hijau, plate meter silver, nampak tak pouch kecik cinonet kat belakang tu? Comel kan? Aku letak kunci kereta aku muahaha. Oh rasanya pouch hijau kecik lagi dari blackie punya. Lagi? Oke sila tanya MK blog

Aku orang second rasmi si blackie lepas MK. heheheh. Memula naik aku pakai baju kurung. Hemsem bukan? Orang lain mana ada pakai baju kurung aku je selamba badak ngahahahha.


Ni pada hari kejadian blackie. Kilat lagi kau. Tu nampak aku pakai baju kurung. Ingat aku tipu ke. ;p
Tak boleh naik sebab kaki tak sampaiiiiii ;DD Ok fine!


Pic ; Google.
Adakah MK akan bawak masuk hutan macam ni?

p/s ; First time balik Johan naik blackie. Perghhhh! Mendapat. 





Khamis, 25 Ogos 2011

Iftar - WongSolo

Last Sunday (21/08/2011) akhirnya menjadi juga plan iftar with the girls Kina, Sue, Aton, Dino, kawan dino and our pasangan. Bayangkan plan punya la lama tak silap masa tu first week puasa. Kitorang ni susah sangat nak lepak chill semua so iftar bersama sama adalah solution/alasan yang sangat berguna untuk berjumpa. Perhaps -..-

Pepagi Sabtu dah book untuk esoknya (Ahad). Karang kalau book lambat alamatnya memang takde tempat la kan. Dah setel book untuk 10 orang. Then esoknya staf situ call untuk konfirmkan menu. Dalam pukul 5 camtu dia call. Then setel part menu.

Nak tau tak sape orang yang palinggggggg awal sampai? Dah tentu la aku dan MrTunang. Sampai sampai je tengok meja alahaiiiii kecik la muat ke tak ni. Lima minit duduk Dino and the gang sampai. Orang jauh dah sampai tapi orang dekat tak sampai sampai lagi.

Oke jap. Nak tunjuk direction pegi WongSolo Sec 7 ni. Senang je. Lokasi dia belakang Jakel je. Tipu la Jakel taktau kan. Pastu signboard WongSolo kemain dok atas lagi memang payah skit orang nak nampak. Apa ke sengal.

Dipendekkan cerita sume dah sampai ni kecuali KinaMZ sampai lambat sikit. Dia sampai betulbetul orang dah buka. Yang malang dan sedihnya ialah makanan kitorang sampai lambattttttttttttt sangat. Orang lain dah habis makan pun makanan tak sampaisampai lagi. :'( Perut dah memekak ni. Terpaksa la sabarrrr padahal tak sabar sebenarnya. Asek kena marah je ngan MrTunang sebab tak sabau. *sobsob*

Kitorang sume pakat order menu set murah sikit. Harga untuk satu set hanya RM10.90. Tapi dia bagi air mineral je la tak dapat la kau nak air jus bagai. Boleh je nak tambah air tapi uwangnya harus ditambah jugaaa.

-Ayam Penyet
-Ayam Bakar
-Empal Daging
-Pecal Lele
-Ayam Goreng.

Aku amek set Ayam Penyet dan MrTunang amek set Empal Daging. Cuma kitorang tambah air Jus Alpukat (Jus Avokado) dan Jus Jeruk (Jus Oren). Aku dah tentu la gatal nak try Jus Alpukat. Tak sedap! Tobat pasni  tamo dah order air pelikpelik.

Memasing punya perut dah kenyang, sesi gosip bergosip la plak. Tapi malangnya aku tak dapat join bcoz aku kena pulang awal.


The Gossip Girls.
Aku dah balik masa ni.

Aku curik dari FB SueRiben. ;p

Gambar ramai ramai and makan lupa amek sebab excited sangat plus laparrrr. LAME -_-



Rabu, 24 Ogos 2011

Wanita pertama masuk syurga sebelum puteri Rasulullah S.A.W.


Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.
Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.


Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.
——————————————–
Dari kisah yang aku ceritakan di atas, korang dapat lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya korang akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan korang sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami korang.
Ingin aku titipkan juga di sini suatu ayat yang pernah aku dengar yang bermaksud:
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
Renung-renungkahlah wahai kawan-kawan.
Credit ; syahirul.com

Penghujung Cintaku by Pasha Ungu ft Adelia


Disebabkan mata tak boleh lelap, maka terjiwang lah sikit. :DD



Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu


Nananana nananana nananana nananana
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
         


Selasa, 23 Ogos 2011

Kembalilah kepada Dia.

Kadang kadang ALLAH beri kedukaan sebelum datangnya kebahagiaan.

Dia takkan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk menanggungnya. Sebab apa ALLAH beri kita kedukaan dahulu? Sebab ALLAH tak mahu kita bergembira dan riak di atas kebahagiaan dan kesenangan yang kita miliki. Dia nak kita merasa macam mana hidup susah. Macam mana untuk tempuh dugaan. Macam mana kita handle dugaan yang diberi. Sabarkah kita? 

ALLAH taknak kita lupa padaNya. Simple. Bila kita dah biasa senang, mewah, adakah kita akan ingat ALLAH? Jika ingat, Alhamdulillah. Jika tidak, bertaubatlah. 

Bila kita susah baru nak ingat ALLAH. Baru nak ingat sejadah. Baru nak doa hingga bercucuran airmata. Tapi ALLAH Maha Adil. Walau macam mana hambaNya lupakan Dia, Dia tetap berikan kenikmatan. 

Pohonlah doa kepada Dia. Mengadu lah hanya kepada Dia. Kerna jika mengadu kepada manusia belum tentu manusia itu akan membantu kita. Amalkanlah InsyaAllah. 





Rabu, 17 Ogos 2011

Homemade Cookies.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah 17 hari kita berpuasa maknanya lebih kurang dua minggu lagi hari raya bakal menjelma. Sekejap je masa berlalu. Tahun ni raya sekali dengan merdeka so jadi MERDEKARAYA.

Actually hari ni adalah Nuzul Quran dimana negeri Selangor cuti. Yeah cuti. Konfirm lah KL sesak dengan orang Selangor yang cuti. Hee apalagi shoppping la kan kalau dah g kl tuh. Aku? Takde maknanya aku nak nyemak kat tempat sesak camtuh. Buat penat badan je watpe. Bahagianya duduk rumah harini. Sebab....... Aku dapat buat cookies untuk raya nanti. FYI, every year raya aku tak pernah beli cookies. Semuanya buat. Homemade lagi. Asli dan halal sudah pasti. :)

Seharian duduk rumah aku dapat siapkan 3 jenis cookies. Pecah rekod gak la. Last year sehari dapat buat 2 jenis je. Oh lupa pulak tahun ni pakai oven besarrrr. Sekali  bakar je dah setel.

^^Mazola *tradisi tiap2 tahun*


Mazola ni special sebab aku letak serbuk badam sket dalam adunan. 

^^Cornflakes Rangup


Sangatttttttttt rangup. Aku nak highlight skit. Sila guna Cornflakes brand Kellog's sebab nipis and rangup. Jangan guna brand Nestle sebab macam tebal and nanti akan lemau. Aku guna dua dua sebab tengah buat tetibe cornflakes Kellog's habis. Terpaksa guna Nestle punya. 


^^Semperit Cair Dalam Mulut ;p






Jumaat, 5 Ogos 2011

Kenapa la malas sangat nak update blog.

Assalamualaikum w.b.t

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada rakanrakan seIslam ku. Harini masuk 5 Ramadhan aku berpuasa tanpa lapar dan dahaga. Tak macam tahun lepas. Asek la lapar je perut aku ni.

Lately ni tak tau lah kenapa aku malasssssss sangat nak update blog. Bukak blog tutup bukak blog tutup blog. Dok baca blog orang je blog aku takde orang nak baca maka aku baca la blog aku sendiri. Muahahaha. Kesian.

Blog aku ni sekadar di pinggiran saja. Aku ni bukanlah artis dek non. Aku ni seorang gadis yang pemalu dan workaholic. Maybe.

Maka idok le traffic blog aku mencecah ribuan. Ratusan pun belum tentu. Aku buat blog bukan sebab tu pun. Blog ni macam diari. Aku ni sangat malasssss nak tulis berjelajela. Tangan ni dah macam tak reti je nak menulis. Dah tua agaknya. Simptom apalah agaknya tu kan.

Aku ni kalo menulis, suka tulis lajulaju macam dah takde hari untuk esok. Nak kata hantu kejar tak jugak. Pehtu kalo tulis lajulaju tulisan konpem buruk gila babas punya. Tipu la kalo tulis lelaju tulisan cantek kan. Bulan pose tak baik tipu.

Lagi satu ni nak cita la skit pasal felt bisnes aku. Alhamdulillah ALLAH tak pernah sekat rezeki aku. Tau tau je bila aku kering sangat sangat, ada order masuk. Kuasa ALLAH kan sapa tahu? Terima kasih kat kawan kawan yang menyokong dan mempercayai produk aku. Ada yang sampai order berkali kali. Terima kasih terima kasih. Aku hargainya sangat.

Bulan pose ni aku harap dapat siapkan semua tempahan sebelum raya. Maka aku boleh beraya dengan aman dan damai. Takmo la nanti malam raya dok sibuk menjahit bantal. Aku target 28th August aku dah setelkan semua tempahan. Mohon ALLAH berikan aku kekuatan. Sekarang ni pun aku tido lewat malam. Tapi aku gembira dan penat lelah aku berbaloi bila dah siap. Lega sangat!




p/s ; Harap tercapai impian aku dalam masa 5 tahun dari sekarang. Rahsia.