Kadang kadang ALLAH beri kedukaan sebelum datangnya kebahagiaan.
Dia takkan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk menanggungnya. Sebab apa ALLAH beri kita kedukaan dahulu? Sebab ALLAH tak mahu kita bergembira dan riak di atas kebahagiaan dan kesenangan yang kita miliki. Dia nak kita merasa macam mana hidup susah. Macam mana untuk tempuh dugaan. Macam mana kita handle dugaan yang diberi. Sabarkah kita?
ALLAH taknak kita lupa padaNya. Simple. Bila kita dah biasa senang, mewah, adakah kita akan ingat ALLAH? Jika ingat, Alhamdulillah. Jika tidak, bertaubatlah.
Bila kita susah baru nak ingat ALLAH. Baru nak ingat sejadah. Baru nak doa hingga bercucuran airmata. Tapi ALLAH Maha Adil. Walau macam mana hambaNya lupakan Dia, Dia tetap berikan kenikmatan.
Pohonlah doa kepada Dia. Mengadu lah hanya kepada Dia. Kerna jika mengadu kepada manusia belum tentu manusia itu akan membantu kita. Amalkanlah InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan