Alhamdulillah 17 hari kita berpuasa maknanya lebih kurang dua minggu lagi hari raya bakal menjelma. Sekejap je masa berlalu. Tahun ni raya sekali dengan merdeka so jadi MERDEKARAYA.
Actually hari ni adalah Nuzul Quran dimana negeri Selangor cuti. Yeah cuti. Konfirm lah KL sesak dengan orang Selangor yang cuti. Hee apalagi shoppping la kan kalau dah g kl tuh. Aku? Takde maknanya aku nak nyemak kat tempat sesak camtuh. Buat penat badan je watpe. Bahagianya duduk rumah harini. Sebab....... Aku dapat buat cookies untuk raya nanti. FYI, every year raya aku tak pernah beli cookies. Semuanya buat. Homemade lagi. Asli dan halal sudah pasti. :)
Seharian duduk rumah aku dapat siapkan 3 jenis cookies. Pecah rekod gak la. Last year sehari dapat buat 2 jenis je. Oh lupa pulak tahun ni pakai oven besarrrr. Sekali bakar je dah setel.
^^Mazola *tradisi tiap2 tahun*
Mazola ni special sebab aku letak serbuk badam sket dalam adunan.
^^Cornflakes Rangup
Sangatttttttttt rangup. Aku nak highlight skit. Sila guna Cornflakes brand Kellog's sebab nipis and rangup. Jangan guna brand Nestle sebab macam tebal and nanti akan lemau. Aku guna dua dua sebab tengah buat tetibe cornflakes Kellog's habis. Terpaksa guna Nestle punya.
^^Semperit Cair Dalam Mulut ;p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan