Jumaat, 20 Ogos 2010

Hati Berkata Sayang.....

Pernah tak korang rasa disayangi dan menyayangi? Perkataan SAYANG sendiri dah melambangkan sesuatu. Kita sayang ALLAH, ibu bapa, keluarga, boypren, gelpren, kawan, sedara mara. Okay saya nak highlight kat sayang boypren. Ehem*ehem*.

Mesti la rasa bahagia bila diri disayangi oleh seseorang yang special dalam whole life kita. 'Seseorang' tu merujuk kepada dia la. Kalau Allah, mak abah, family, sedara mara tak payah cerita la sayangnya macammana. 3 hari 3 malam nak cerita pun tak habis. For me, family is my priority. Keluargaku nadiku. Ecehh. Bermadah helah plak.

Sapa yang ada boypren mesti muka berseri-seri je. Yela bahagia bila ada seseorang yang kita boleh mengadu masalah, meluahkan perasaan etc. Sesetengah orang cakap bila ada boypren hidup rasa terkongkong. Hey bukak fikiran dan minda n fikirkan balik. Semua ni kita yang buat so kita lah yang kena pandai memainkan peranan kita. Take it easy. Jangan nak serabutkan kepala fikir 'nape aku kena report sume benda yang aku buat dekat dia ha'? Dah kata pun korang bercouple so kena la seseorang taw apa aktiviti kita untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Bagitau je la kat dia nak pegi mana dgn sape. As long korang tak tipu dia okay la kan? Jangan la tipu-tipu. Tak dapat pape pun tipu ni. Pastu jangan la gatal nak kuar ngan jantan lain plak. Kena la setia. Walaupun jantan yang korang nak keluar tu hanya kawan tapi tak payah la kot. Semak je. (Pada laki pun sama, jangan ambik kesempatan kalau gurl dia baik. Mentang-mentang la gurl baik sanggup tak keluar ngan kawan-kawan sebab tak nak dia sakit hati padahal dia dok berpoya-poya ngan gurl lain. Haaaa takmo takmo cmtuh.

Memang la kita tak tau lagi samaada dia jodoh kita atau tak. Selagi tak diakadnikahkan, selagi tu korang tak boleh declare yang dia adalah jodoh korang. Tapi tak bermakna bila dia belum tentu jadi suami kita, kita nak mainkan perasaan dia. Jagalah hati dia sebaik mungkin. Mana tau kuasa ALLAH dia adalah jodoh terbaik untuk kita. Percayalah Qada' dan Qadar. Tak rugi korang berkasih sayang sesama manusia malah lagi bagus mengeratkan silaturahim daripada memutuskan pertalian.

Yang penting jaga diri hiasi peribadi. Kita ni makhluk ALLAH dan menumpang di bumiNya. Jadi ingatlah ALLAH sentiasa.

Tiada ulasan: