PUTRAJAYA 30 Sept. - Setelah berusaha sedaya upaya mempertahankan haknya menjalankan perniagaan di satu-satunya pusat beli-belah di pusat pentadbiran Persekutuan, Alamanda di sini, akhirnya seorang lagi peniaga tempatan di situ terpaksa mengundurkan diri.
Pemilik butik pakaian Muslimah, Zaida's Collection, Zaida Abd. Aziz, 44, terpaksa menerima hakikat bahawa dia tidak dibenarkan lagi oleh pihak pengurusan Alamanda, Suria KLCC untuk meneruskan perniagaannya.
Zaida berkata, sebenarnya dia telah diarahkan keluar dari premisnya itu pada 18 Ogos lalu lagi disebabkan beberapa alasan yang dianggap tidak munasabah oleh pihak pengurusan Suria KLCC.
Namun setelah enam kali merayu, dia dibenarkan untuk meneruskan perniagaan di situ setakat 29 September sahaja selepas Hari Raya.
"Pihak pengurusan sering memberikan alasan yang tidak munasabah kepada penyewa yang tamat kontrak sehingga menimbulkan masalah untuk memperbaharui kontrak masing-masing apabila harga sewa dinaikkan.
"Kalau dulu kami membayar RM8,000 sebulan tetapi kini mereka mahu menaikkan sehingga RM16,000 (sebulan) sekiranya mahu memperbaharui kontrak, itu tidak dikira lagi dengan peratus yang akan dibayar kepada pihak pengurusan jika perniagaan mendapat keuntungan lebih," katanya.
sumber utusan...
Apa masalah pengurusan KLCC terhadap peniaga Melayu yang mula berjaya dan maju dalam perniagaan??? Mereka mula menyekat dengan pelbagai alasan supaya para peniaga menjadi serik dan berputus asa. Sebelum ini 2 dari peniaga melayu iaitu Kelantan Delight & Peniaga Levi's Dockers juga dinafikan hak apabila mereka berjaya mengaut keuntungan didalam perniagaan mereka. Siapa dalang di sebalik perkara ini????
Apakah tindakan pihak berkuasa dalam membantu peniaga Melayu dalam masalah ini. Takan nak suruh meniaga kat medan mara jerkk kot..sedangkan lebih jauh dari itu org2 melayu mampu...siapa kata melayu malas?? siapa kata melayu tak pandai berniaga ini buktinya bila dah berjaya pihak2 lain mula nak sekat para peniaga melayu. Mungkin banyak lagi yang kita tak tahu sebab tak masuk dalam berita dan sebagainya.....53 tahun telah merdeka dan orang2 Melayu lah yang berjaya memerintah dengan baik....
Nasib Melayu dibumi Melayu moga orang Melayu sedar hakikatnya.....
sumber: gagasanwarisan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan