Rabu, 15 Disember 2010

Pemberian barang hantaran mengikut adat Melayu

Selamat Pagi Diucapkan Kepada Bukan Muslim dan Assalamualaikum Diucapkan Kepada Muslimin dan Muslimat Sejagat.

Mukadimah kena panjang dan berhemah sebab hari ni nak cite pasal adat-adat Melayu. -__*

Entry lepas aku ada cakap pasal merisik kali ni nak habaq maii pasal hantaran pulak.

Kerja kahwin ni bukan kerja mudah dik oiiii. Ni ha aku yang baru nak bertunang ni pun dah pening. Bukan pening lalat tapi ni pening bapak gajah. 

*Silalah keluarkan wang yang banyak untuk hari bahagia anda. Ok ini tak patut tak patut geleng kepala sambil jari telunjuk ke kiri dan ke kanan. Jangan membazir. Ikutlah kemampuan anda okay.



  • Pada zaman silam ketika adat menghantar tanda dan adat menghantar mas kahwin dan belanja dilakukan oleh pihak lelaki, biasanya dibawa bersama cincin emas atau berlian. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya.










  • Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah yang lain dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan.










  • Penerimaan cincin dan hadiah iringan secara tradisi bermaksud, penerimaan syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak;










  • Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.










  • Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.










  • Di antara barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.










  • Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin itu terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.










  • Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.










  • 2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.










  • Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.










  • Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.










  • Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.










  • Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.









  • p/s: bersedialah dari awal nanti last minit lagi kelam kabut. ceh aku ni pandai nasihat orang. yela aku nasihat sebab aku ni tak wat pape pun lagi padahal 2 minggu je lagi. T_T


    mood : peningpening, blurrr, no idea nak wat hantaran.

    Tiada ulasan: