Isnin, 10 Januari 2011

Allah Selamatkan Kamu Sayangggg

Assalamualaikum w.b.t

Terlewat sehari buat entri tuk my-baby-mock. Act semalam adalah hari bersejarah buat Mock sebab hari ulangtahun kelahiran beliau.

Selamat hari jadi ke-26 ditujukan khas untuk Mock a.k.a Mr.Tunang. Hee kali ni sambut besday dengan status yang berbeza iaitu kami sudah diikatkan dengan tali pertunangan. Alhamdulillah termakbul segala doa kami selama ini utk mengikat tali pertunangan pada umur kami yang dikira dah bolehboleh kawen dah ni. >_<

Bee,
Syg doakan semoga umur Bee dipanjangkan, dimurahkan rezeki, dimakbulkan segala doa, tercapai segala impian B dan dilindungi oleh Allah sepanjang hayat B. Terima kasih untuk selama 3 tahun 7 bulan ni B jaga Syg dengan sangat baik. Walaupun pada permulaan hubungan kita macammacam dugaan yang terpaksa kita tempuhi demi mengecapi kebahagiaan.

Bee,
B lah satusatunya insan yang bernama lelaki yang berjaya mengubah diri Syg dari 'jahat' kepada baik. Dengan ketegasan B tulah yang membolehkan Syg menjadi diri Syg yang sebenarnya. B tunjukkan contoh yang baik, B bimbing Syg. You're my Mr.Right.



SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-26. I LOVE YOU SOOO MUCH.!

Tiada ulasan: