Khamis, 28 April 2011

15 Sebab Turunnya Bala.

Bila waktu hujan rasa syahdu sangat. Rasa takut pun ada.

Jom la baca doa ketika hujan:

''Allahumma Soyyiban Nafi'aa''.

"Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiunn fil ardhi wa la fis sama'i wa huwas sami'ul 'aliim"
Dgn nama Allah yang tidak menyebabkan mudharat dengan (kebesaran) namaNya dengan daripada sesuatu yang berada di atas muka bumi dan di langit, dan Dialah yg Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Doa ketika hujan turun adalah antara doa yg tidak ditolak. If korang berdoa time hujan Insyaallah doa akan dimakbulkan.

Main point nak share 15 sebab Allah turunkan bala.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali Bin Abu Talib, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud ;

''Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana''.

^^ Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 
^^ Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
^^ Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
^^ Apabila suami terlalu mentaati isteri.
^^ Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
^^ Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
^^ Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
^^ Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
^^ Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
^^ Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. 
^^ Apabila arak menjadi minuman biasa.
^^ Apabila lelaki memakai sutera.
^^ Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
^^ Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
^^ Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Tiada ulasan: