Rabu, 27 April 2011

Akhirnya aku selamat menjadi tunangan orang.

Tak pernah terfikir pun aku akan bertunang. Benarlah kata orang tua, jangan terlalu benci sesuatu perkara/orang kerana ia akan terjadi pada kita jugak. Contoh macam aku ni ha. Dari usia aku 19 tahun dah tanam cita-cita yang tinggi supaya nanti aku taknak BERTUNANG. Aku dah siap plan umur aku kahwin paling lambat umur 25 tahun. Terus kahwin la kononnya. Takde tunang tunang nya der. Tapi sekarang dah 25 tapi tak kahwin lagi. -_-

Siapalah kita nak menidakkan takdir Allah. Allah dah atur semua untuk kita. Tapi tak salah kan aku merancang.? :D Kahwin ni bukan perkara mudah untuk difikirkan. Kahwin sekali seumur hidup so tolonglah jangan berfikir pendek tentang kahwin.

Sebelum majlis pertunangan, keluarga dia terlebih dahulu merisik aku sekaligus menyunting aku sebagai bakal isteri untuk anak bujangnya. So sweet. Majlis merisik dilakukan lebih kurang dua bulan sebelum kitorang bertunang. Pada majlis tersebut, keluarga dia bawa sepasang kain pasang, sebentuk cincin dan sebiji bahulu ikan. Maka setelah selesai berbincang akhirnya majlis pertunangan telah pun ditetapkan. Alangkah gembira rasa hati setelah 3 tahun berkawan kami akan disatukan. Tuhan je tau perasaan kitorang masa tu.

Tanggal 01012011 aku selamat menjadi tunangan kepada MOHD KHAIDIR. Setelah 3 tahun berkawan bertunang jugak kitorang. Pada awal perbincangan majlis pertunangan tidak dilakukan. Hanya merisik, bertunang dan terus bernikah pada hari yang sama. Setelah dibincangkan bersama keluarga kedua dua belah pihak, akhirnya keluarga belah dia nak kitorang bertunang. Mungkin sebab dia anak sulung dalam keluarga jadi tentulah keluarga dia inginkan majlis perkahwinan kami mengikut adat. Merisik, bertunang dan bernikah. Begitulah ceritanya. Kitorang sebagai anak soleh dan solehah hanya menurut kata orang tua. Kitorang tiada masalah untuk itu. Ini lah masanya nak menggembirakan hati orang tua kan. Yang penting hubungan kitorang diberkati dan direstui mereka. Itu yang paling penting sekali.

Walaupun terdapat beberapa masalah sebelum majlis tapi akhirnya selesai jugak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Realitinya aku takut dengan istilah BERTUNANG. Sebab aku tengok berdasarkan pengalaman kawan - kawan terdahulu yang bertunang. Macam macam dugaan. Alhamdulillah sehingga kini hampir 5 bulan pertunangan kitorang, tiada masalah besar yang boleh mengganggu hubungan kitorang. Gaduh tu perkara biasa dalam hubungan. Cuma takdelah gaduh besar sampai boleh putus tunang.

Dugaan.? Memang banyak. Tapi kitorang ambil langkah percaya dan jujur pada pasangan. Apa yang aku perasan, lepas kitorang bertunang, kitorang jarang bergaduh kalau nak dibandingkan dengan masa couple dulu. Kalau diingatkan balik macam kelakar plak. Dulu aku emo and sensitif sangat sangat. Tak boleh salah sikit, mesti touching, menangis. Tak angkat fon pun nangis. HAHAHHAH. Tapi sekarang semua tu takde dah. Magik. Pelik. Dan kitorang makin bahagia.

Sekarang menghitung hari untuk ke langkah seterusnya. Perancangan telah pun dibuat dan tunggu je lah masa yang dinanti itu tiba.


Mini pelamin made by my brother.


Baju bertunang. Simple and nice :))


Make up session. 
Cantek sangat mekap dia. LIKES.!
Credit to : blog - SeriMarkisa, FB - FB SeriMarkisa


Bakal mak mertua menyarungkan cincin tanda ikatan. >,<


Hantaran pihak aku untuk dia.
9 berbalas 7.


p/s ; To readers, korang beruntung sebab dapat tengok pic aku bertunang sebab kat FB aku private :D
p/s/s : To readers, marilah bersama sama mendoakan kami bersua semoga berkekalan dan berbahagia hingga akhir hayat taknak la sampai anak cucu je. Nak sampai akhir hayat tau. Tak salah mendoakan kebahagiaan orang lain. Jauhkan sifat dengki mendengki orait bebeh.?


Tiada ulasan: