Selasa, 12 April 2011

Penggunaan O/D yang betul pada gear automatik.

Aku just nak share info sket ngan readers yang super awesome >,<

Aku rasa majoriti kita semua ada kereta. Takpe pada yang takde kereta jangan risau. Takpayah tergopoh gapah nak pegi Proton terus beli kereta. Jangan la gelojoh sampai begitu yaww. Baca dulu then bila dah beli kereta boleh praktikkan kat kereta korang.

Eh ingat senang ke jaga kereta.? Pastikan kewangan korang dah mencukupi untuk 'membela' sebiji kereta. Kalau kaya macam Datuk K silakan lah beli berapa bijik kereta pun. Lagi lagi wanita naif macam aku ni. Pergh seksa jugak nak maintain kereta. I'm zero. Taktau pape pasal kereta for the first time pakai. After a years aku makin terer sket. Tu pun mock yg ajar kalau tak, memang loser wehhhh. LOL

Currently pakai kereta jenama Korea yawww. Nama kereta dirahsiakan. Ecehh. Sparepart susah GILA nak cari plus mahal. Nyesal pun tadak guna. Gila tak best pakai kereta luar negara. Duit keluar macam air hujan asid. Sangat hyperbola o.0


Ce teka kereta apa ni.? Act ni aku curik kat atuk Gooooogle. Aku punya album tableh bukak tetibe so damnnnn.!! Ini tipu. Kereta aku bukan hitam tapi hijau.

Aku lah pemakai gear automatik tegar. Haha. Oke not funny. 

Ni baru nak start cite. Intro punya panjang..

Kebanyakan kenderaan automatik dilengkapi sistem o/d tapi ramai yang taktau nak gunakan atau mungkin diorang keliru macam aku ni ha. Dari dulu konpius tak habes habes aku harap info aku dapat membantu korang. Piss :D

^^If korang gunakan o/d dengan betul, korang boleh menjimatkan petrol selain mampu mengurangkan risiko kenderaan terbabas ketika melalui bahagian selekoh ataupun masa turun bukit. 

^^Ketika kita memandu dan menekan picu (button) o/d pada batang gear, lampu [o/d off] akan menyala pada meter kenderaan dan ini menunjukkan penukaran gear hanya akan berlaku sehingga gear 3 sahaja.

^^If korang berada di kawasan bandar atau taman taman perumahan, silalah tekan button o/d seperti yg aku terangkan kat atas. Sebab apa.? Sebab  masa tuh kelajuan kenderaan rendah iaitu tidak melebihi 90km/h. Sama la macam bawak kereta manual.

^^Sentiasa perhatikan meter RPM. Jika meter RPM melebihi angka 3500 (3.5) pada pemanduan yang lancar dan berterusan, o/d perlu dimatikan kerana penggunaan yang salah akan menyebabkan pembaziran petrol.

^^Ada yang konpius tentang kelajuan kenderaan dan kelajuan enjin tak.? Listen carefully. Kelajuan enjin merupakan meter RPM dan terletak bersebelahan dengan meter kelajuan kenderaan. Pada pemanduan yang lancar contoh kat highway, masa tuh kelajuan meter konfirm tinggi kan sedangkan kelajuan kenderaan rendah then kat situ la o/d perlu diberi perhatian untuk elakkan pembaziran petrol. 

Notakaki : Aku share apa yang aku tau dari artikel yang boleh dipercayai. If info aku tak tepat, plish correct me. 

Tiada ulasan: