Jumaat, 27 Ogos 2010

Aku Seorang Tukang Mop.

Assalamualaikum w.b.t

Ouh! Laparnyaa.. Pagi tadi tak bangun sahur. Taktaula semua tak bangun or aku sorang je yg tak bgn.. Melepas aku nak makan ikan bilis + kacang goreng sambal tempoyak. Weeewuuuu~ Sedap. Kaler dia merah cam sambal. Kalau tgk dari luar sebijik la mcm sambal ikan bilis biasa tapi yang luar biasanya sambal dia rasa tempoyak. Hebat kan mak saya!!

Today i have to attend cleaner meeting. Aku tak de kaitan pon sebenarnya dgn cleaning2 ni. Tapi disebabkan aku ni konon2 steno a.k.a secretary boss so aku la yang kena catit minit. Padahal aku tukang mop je kat opis tuh. (percayalah!). Benda yang aku paling mencikk mencikk mencikkkkkkkk skali adalah TERPAKSA attend meeting. Sangat la bosan dok dalam bilik meeting yang kecik + sempit + sejuk macam kat kutub utara. Sumpah sejuk nok! Ish dulu tyme aku tak keje sini lagi sape la yang amek minit. Kenapa la dia tak sambung keje dia amek minit? Kenapa aku yang kena? Kenapa? Kenapa? Cewahhh. Emo terkejap.

p/s:Hari minggu ni nak buat kuih raya lagi. Yeay!

Rabu, 25 Ogos 2010

Kami Penyet.

Assalamualaikum w.b.t.

Malas nak update belog. Sebab kena pikir dulu nak tulis apa. Padahal tiap hari bukak belog nih. Raya semakin dekat, duit semakin kurang, keperluan semakin tinggi. Andai lah aku dapat rezeki terpijak.....bagusnyaaaa. Kuih raya baru siap 4 jenis. Plan nak dekat raya nanti baru sambung buat lagi. Sekarang bajet dah takde so kena dok diam2.

Semalam citmock buka luar dekat NASI AYAM PENYET. Memula datang kedai tu sunyi macam takde orang. Time tu around 6pm. (Memang la takde orang, kan blan posa. Haiyaa~) Dalam hati berkata 'konfirm kedai ni tak laku. Mesti ayam penyet dia x mebeles. Tengok ambience kedai macam suram je. Pas order kitorang pegi jln kat Shah Alam Mall. Balik ke kedai nasi ayam tadi mak aih ramai rupanya. Ni gerenti sedap. Semangat berkobar-kobar aku nak makan. Maklumla tak penah makan. Ni pestaim(first time) makan. Wahhh sedap pulak weh. Layan gila ah cakap ekau. Ayam dia lembut gila. Sambal pedas. Tempe n atuhu garing. MABELESSSS!! Mock kata 'yang, nak taw tak dia buat camne ayam ni jadi lembut, sebelum goreng, kena hempuk ngan kayu satu kali (okay satu kali tu aku reka, mock tak cakap berapa kali pon)'. Aku cam cakap dalam hati. 'Betul ke ni? Pastu pikir2 balik mungkin betul la'. Sebab isi ayam dia gila lembut ditambah dengan tulang yang lembut dan boleh dimakan begitu sahaja. Sedap weh. Aku suggestkan kepada sesapa yang tak pernah makan pegi la NASI AYAM PENYET AP SEC 9 SHAH ALAM. (Promote! macam la aku dapat komisen promote kedai kau!). Kedai bersih, service bagus. Tiptop!

Taknak cakap banyak. Layan gambar keyh!

Chow.
Love.


Mock pilih menu. Taktaw nak makan mana satu.

Syok sendiri sementara tgu mock pilih menu.
Tadaaaa! Lazat kan?

Meal ku! Milo ais + nasi ayam penyet

Meal mock! Ice Lemon Tea + Nasi Ayam Penyet

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ganache Berkilat.

Rahsia utk melapis cake dengan ganache menjadi cantik sebenarnya mudah saja..ikuti step by stepnya disini.

 
1.Mula2 lapisi cake dengan freshcream atau buttercream, masukkan sebentar dalam fridge sehingga buttercream/freshcream
   menjadi agak beku dan padat.
2.Tuang ganache perlahan lahan diatas cake.

3.Dengan bantuan spatula kecil (painting knives) ratakan ganache dengan cepat tapi dengan tekanan yg sangat perlahan
   sekali.
4.Buatlah selongsong dari kertas, masukkan ganache dan gunting ujungnya sedikit,dengan cepat picitkan ganache ke
   bhgian tepi2 cake dan biarkan ganache jatuh dengan natural. Rapikan bhgian bawah dan buang sisa2 ganachenya.
Resepi ganache :

 
200gr Dark Cooking Chocolate - potong kecil2
200gr Whipping cream


Cara :


Masak whipping cream dengan cara double boil tidak perlu hingga mendidih, cukup panaskan shj, masukkan DCC yang sudah dipotong2 kecil. Kacau sampai rata. Kualiti chocolate yg bagus akan membuat ganache nampak berkilat, tapi apabila tak dapat chocolate berkilat, masih ada caranya. Masukkan 1 sudu makan butter kedalam ganache anda dan lihatlah ganache nampak berkilat dengan cantiknya :-)).


tapi kalau mau membuat hiasan seperti rose,etc dengan chocolate, lebih baik menggunakan komposisi seperti ini.


200g DCC
100g Whipping Cream


Caranya sama dengan membuat ganache utk melapisi cake hanya saja adonan ini perlu disimpan semalaman, sehingga keesokan harinya dapat digunakan.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Hati Berkata Sayang.....

Pernah tak korang rasa disayangi dan menyayangi? Perkataan SAYANG sendiri dah melambangkan sesuatu. Kita sayang ALLAH, ibu bapa, keluarga, boypren, gelpren, kawan, sedara mara. Okay saya nak highlight kat sayang boypren. Ehem*ehem*.

Mesti la rasa bahagia bila diri disayangi oleh seseorang yang special dalam whole life kita. 'Seseorang' tu merujuk kepada dia la. Kalau Allah, mak abah, family, sedara mara tak payah cerita la sayangnya macammana. 3 hari 3 malam nak cerita pun tak habis. For me, family is my priority. Keluargaku nadiku. Ecehh. Bermadah helah plak.

Sapa yang ada boypren mesti muka berseri-seri je. Yela bahagia bila ada seseorang yang kita boleh mengadu masalah, meluahkan perasaan etc. Sesetengah orang cakap bila ada boypren hidup rasa terkongkong. Hey bukak fikiran dan minda n fikirkan balik. Semua ni kita yang buat so kita lah yang kena pandai memainkan peranan kita. Take it easy. Jangan nak serabutkan kepala fikir 'nape aku kena report sume benda yang aku buat dekat dia ha'? Dah kata pun korang bercouple so kena la seseorang taw apa aktiviti kita untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Bagitau je la kat dia nak pegi mana dgn sape. As long korang tak tipu dia okay la kan? Jangan la tipu-tipu. Tak dapat pape pun tipu ni. Pastu jangan la gatal nak kuar ngan jantan lain plak. Kena la setia. Walaupun jantan yang korang nak keluar tu hanya kawan tapi tak payah la kot. Semak je. (Pada laki pun sama, jangan ambik kesempatan kalau gurl dia baik. Mentang-mentang la gurl baik sanggup tak keluar ngan kawan-kawan sebab tak nak dia sakit hati padahal dia dok berpoya-poya ngan gurl lain. Haaaa takmo takmo cmtuh.

Memang la kita tak tau lagi samaada dia jodoh kita atau tak. Selagi tak diakadnikahkan, selagi tu korang tak boleh declare yang dia adalah jodoh korang. Tapi tak bermakna bila dia belum tentu jadi suami kita, kita nak mainkan perasaan dia. Jagalah hati dia sebaik mungkin. Mana tau kuasa ALLAH dia adalah jodoh terbaik untuk kita. Percayalah Qada' dan Qadar. Tak rugi korang berkasih sayang sesama manusia malah lagi bagus mengeratkan silaturahim daripada memutuskan pertalian.

Yang penting jaga diri hiasi peribadi. Kita ni makhluk ALLAH dan menumpang di bumiNya. Jadi ingatlah ALLAH sentiasa.

Nasi KandaQ.

Teringin sangat nak makan nasi kandaq. Semalam ak dengan mock memula ingat nak pegi makan kat rest pelita bukit tinggi tapi setelah ditolak tambah bahagi darab waktu yang sangat mencemburui kami ditambah pula traffic yang sudah semestinya sangat2 jam maka kami makan kat pelita sec 9 je. Mesti pelik kan nape kena pegi pelita jugak. Sebab td search kat tenet nasi kandaq mana yang agak2 glamour. Skali kuar NASI PELITA SEC 9. Hape lagik kami dengan pantasnya meluru ke sana. Lawak tol sebenarnya takde ah sedap sangat. Biasa2 je. Sama je dengan kedai2 lain kot. Cuma tempat dia je gempak sket. Pastu jumpa artis. Woot woot. Artis ni takde la glamour sangat. Si faezah elai. Tapi semua orang tak heran pun ngan dia. Takde la sampai nak serbu dia mintak sain. Pandang pun tak. Mesti dia rasa diri dia tak glamour kan? Hahah.


Penat. Kenyang. Ngantuk. zzzzz
Chow.
Love.

Khamis, 19 Ogos 2010

Lots Of Work!

Dari pagi banyak kerja perlu disiapkan. Penat memang penat tapi kerja tetap  kena buat. *Sigh. Kadang-kadang rasa give up+fed up pun ada. Ishhh! Kalau la aku tak kerja mana la nak dapat ongkos. Raya nak dekat dah so kena la kerja rajin-rajin mana tau bos bagi bonus. Weee. Alhamdulillah kalau bos baik hati bagi bonus. Harap-harap dapatla. Bolehlah ak bagi mak buat belanja untuk raya, beli baju raya.


Sekarang dah pukul 2 kerja hampir habis. Yihoo! Sakit nya bahu jangan cakap la. Rasa macam nak pegi massage kat TESCO la. Bahu ni dah sakit sangat. Bisa tau tak! Haishh. Haaa dalam banyak kerja sempat lagi update blog. Tengok la blog ku berwajah baru. Ni pun belajar sendiri. Godek2 last2 menjadi jugak experiment ak nih. Maklumlah nak kata pandai giler dalam IT tu takdela. Tapi boleh la sikit2 berkat belaja kat Poly. Time tu ada modul Aplikasi Komputer so takde la buta IT sangat. Watch out pada sapa yang cakap ak buta IT!! Ni AMARAN! Cehh. Garang ar tuh.


Berbunga riang rasa hati sebab MOCK nak belanja makan nasi kandaQ. Wahhhh lazatnya! Ermm nak makan katmana eh? Rasa2 macam nak buka kat Hakim Sec 7. Semalam buat research nasi kandaQ situ sedap. Tapi taktau la kan. Tak pernah pun makan nasi kandaQ. Kalau pernah pun mungkin beberapa tahun dulu. Ak pun tak egt dah.


Chow.
Love.

Selasa, 17 Ogos 2010

dah lama x dapat kek jagung..

dah lama dah ak x dapat kek jagung..mengidam pun ada..hehe..bila la nak dapt ni..huhu..bosan tul..

Puasa Ke-6

Hari ini banyak keje. Monday Blues!! Haishh. Dah nama pun keje so buat je la keje yang banyak tuh. Hari ni malang sungguh la.. Boleh plak ak terdelete accoun google mock. so terpaksa create blog baru. Tu yang rupa blog ak dh lain kan? Nampak matured sket. Hee..


Lunch tadi ak tido sampai kol 1.45. Pastu bangun pegi solat. Sedap tol ak tido tadi. Mock balik rumah tido kat rumah. Tengah bz ni nak siapkan report.


Chow.
Love.

Simple Aquascaping Siap Akhirnya!!

tanah jenis ADA amazonia 9l, tanah kebun,pasir Holland dan pasir biasa di susun ikut lapisan dan kawasan.
ni Amazonia. tanah akuarium terbaik tuk tanaman akuatik.
depan ni holland sand, yang putih tu pasir biasa sebagai medium utk tggi kan tanah yg len.

ni yang dah siap.hehe..perlukan lbh kurang2-4minggu untuk akuarium matang dgn ekosistem baru ni..pani ak akan bubuh Neon terta, serphe tetra, zebra tetra dan guppy..mgkn nak tmbh cardinal tetra kalo ada wet lebih yg byk..
akhirnye soil+pasir dah ada..so ak blh wat base substrate utk akuarium ak..ak guna ADA amazonia + garden sand jenis topsoil+holland sand+construction sand.hehe..tp suma ni ak x campur.ak wat partition utk devide kan soil ni ikut kawasan.so t blh tgk soil mane yg pokok cepat sihat.hehe..mula2 bubuh construction sand kat tempat yg nak wat tanah jd tggi.ni akan jimatkan kos sbb x pyg beli ADA fert soil byk2 (mahal menatang ni)..dah setel wat 1st layer,bubuh plk fert soil td kat atas sand td tp fokus kat tmpt nak tanam pokok je.dah setel bentuk muka bumi ni,tindih plh dgn holland sand supaya jd lg natural..bentukan la jd scape pe yg nak..pastu setting pokok,ikat java moss+christmas moss kat kayu hanyut,tanam beberapa spesis java fern,amazon sword,rotala, dan macam2 lg yg ak dah lupa nama..pas dah setel,isi ayir la yeop.pe lg..hehe..dah penuh,flush blk ganti air baru sbb keruh..pastu biar 2 hr bar bubuh ikan..dah la posa,tp sbb xtau nak watpe ak gagahkan gak wat keje ni dr pg smpi ptg.tp x rasa penat pun sbb asyik.hehe..BunC ak dah bengang sbb ak dok sibuk dgn akuarium ak je..nak wat camne bunc,dah hobby..hehe..byk benda yg ak suka tp bunc x suka..tp peduli apa.hehe..jgn marah bunc..i love u..haha

Isnin, 16 Ogos 2010

Puasa Ke-5

Owh sangat sibuk kebelakangan ni. Semalam pegi kedai kek kat puchong. Dapat la beli sket barang2 buat kek. Huh! Semangat nak buat cookies semakin berkobar-kobar. Jangan angan2 mat jenin sudah waheeda oii. :D






Gila ramai kat kedai kek tuh. Sesak memang tak boleh nak cakap la. Sebab pe ramai orang? Sebab barang dia super murah beb! Memang besh!






Arini rumah saya ada buat majlis berbuka puasa. Dibuka untuk para saudara terdekat sahaja okay? Nyummmm. I like! Juadah berbuka pasti banyak. Meriah. nasib baik mak bib masak meal simple. Yang banyaknya orang bawak tu yang best. Kenyang alhamdulillah. Selesai puasa ku.






Hari esok pasti lebih mencabar!

Ahad, 15 Ogos 2010

Puasa ke-4

Masuk puasa ke 4. Alhamdulillah.. Hari ni keje halfday. G ofis pun bkn wat keje. Heee. Pe lagi ak main CS la. On9 fesbuk. Okay ptg ni nak g Bake With Yen kat Puchong. Niat nak cari barang buat kek. Teruja nak buat kuih raya n kek raya.. Org lain dok sibuk cari baju raya tp ak cari barang kek. Hahha. Lantak la.. Tahun ni xde baju raya sebab bajet!bajet!. Kata nak simpan wet so terpaksa la berkorban sikit.








Ok chow.


Love.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Puasa Ke-3

Weeee~ Hari ke-3 puasa. Besh!Besh! Hari ni rasa sayu sangat sebab budak2 ofis ni boleh bantai bukak lagu raya plak. Nasib baik la family saya dekat di mata dan di hati. :)) Takde la rasa sedih sangat. Suasana kat ofis hari ni sempoi je. Lepak. Chill. Bukan senang keadaan camni. Bos pegi Pusat Islam jadi kami semua berpoya-poya la. Hahahaha. Macam biasa hari Jumaat la hari yang paling heaven skali buat penjawat awam samada tetap atau kontrak. HEAVEN okay? Tak caya tanya staf2 gomen yang lain. Mesti sama je jawapan diorang.








Pagi tadi ada rasa lapar sekejap. Sekejap je la. Pastuh dah hilang rasa lapar tuh. Puasa tahun ni macam besh je sebab relax kot. Berbeza dengan tahun2 lepas. Yela tahun lepas saya keje banci. Penat keje. Bila penat, lapar dahaga semua ada. Jadi puasa pun tak la penuh. Heee. Hopefully tahun ni cuti puasa kejap je. Taknak la cuti lama2. Malas nak ganti. Hehehe.

Jumaat, 13 Ogos 2010

D.I.Y CO2 reactor done!

semalam ak dah setelkan tabung Co2 tuk akuarium ak..hehe..berjaya gak akhirnye..harap2 pokok ak membesar dgn sehat dgn bantuan co2 tu..hehe

Puasa Ke-2

Alhamdulillah selesai menunaikan puasa pertama semalam tanpa sebarang halangan. Yang paling besh nya semalam langsung tak lapar,tak haus. My tummy was so good taw. Tak wat hal pon. Harapharap tummy chumell ku ini akan seperti ni sampai habes puasa okeh? Owh nak bagitau semalam saya buka makan lauk kat bazar. Mak tak masak. Mak tak sehat la semalam. Beli nasi ambeng. Boleh la tahan. Cuma x se'kaw' yang minggu lepas punya.








Sahur hari ni tak berapa besh. Heee. Jahat aku taw. Penatpenat mak masak. Bukan apa, saya tak minat la telur itik. Makan pun sikit je. Pastuh makan kurma. Serius sedap kurma tuh! Hari ni pas sahur tak tido. Baringbaring. Golekgolek. Nak tido macam rugi je. Sebab habes makan jam puku 5.30. Alangalang jap lagi subuh so baik tak yah tido kan. Pas mandi solat sume terus gerak dalam pukul 6.30 camtuh. Hahahaha dalam kereta tido. Ciss! Balas dendam nampak.






Sampai office pukul 7.50. Macam biasa, bukak komputer pastuh layan blog2 member, wat keje, layan blog, wat keje. Heeee. Bahagia tol idup camni ek waheeda. Nak wat camne dah ni je keje saya. *Bila la saya nak keje tetap kat sini?. Hmmm. Takde rezeki lagi kot.* AKAN KU USAHAKAN!! Ganbatte!!

Khamis, 12 Ogos 2010

Sedarlah Melayu!

ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 10/08/2010








Peniaga Alamanda dakwa ditekan, akhirnya 'ditendang'


NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.


Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.


Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.


Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?


Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?


Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.


Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.


Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?


Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.


Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?


Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.


Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.


Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?


Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.


Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.


Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.


Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.


Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.


Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.


FAHMI FABILAH


Dengkil






ini adalah petikan dr Utusan Malaysia..dah byk sebenarnye perkara mcm ni berlaku di Malaysia..cuma org melayu je x prasan.ak dah perasan byk kali..mcm2 cara diorang wat..sesetengahnye dgn terang2 letak bahasa mandarin sbg asas tuk apply keje..ada gak bila melayu nak meniaga ckp kedai xde,letak harga x munasabah dan macam2 lg..ni kerana hampir keseluruhan shopping complexes and shop lots di owner oleh cina..so diorang guna cara halus atau dlm bahasa management is 'glass ceiling'..diorg create halangan yg x nmpk dan xlh di dakwa oleh undang2..bukan untuk mengapi2kan antara kaum,tp melayu kena sedar sendiri,kena bergabung sesama sendiri dan tidak mengharapkan kaum lain atau kerajaan.berdikari itu lbh bgs dr mengharap..kita perlu mencontohi cara cina mengawal+menyusun perniagaan mereka.link perlu kuat,support perniagaan antara ahli.x segan melabur dan byk lg ciri2 yg blh melayu ikut.plg penting ialah keazaman yg jitu dan 'networking' yg mantap.pe kata persatuan melayu bergabung dan wat donation setiap ahli then bina shopping complexe yg besar untuk usahawan melayu berniaga.cara begini lg afdal dan bijak dr terus menyalahkan org len dan sbgainye..jadi renung2kan lah..amik masa 10minit dan pikir keadaan di malaysia,pola penduduk dan perniagaan..lepas tu baru anda tau langit itu tggi ke rendah..jgn tgk bandar je,cuba selami kawasan pendalaman atau pinggir banda 'apa' dan 'siapa' ada di sekitarnye..melayu,insaf la..jangan tau menyalak tp hasil xde..smpi bila2 ekonomi melayu xkan maju dan mencapai target 30% pegangan dlm Malaysia ni..renung2kan dan selamat beramal..

Selamat Berpuasa (Puasa Pertama).

Alhamdulillah! Di saat ini saya masih bernafas di muka bumi ALLAH. Maka dapatlah ku menyambut bulan puasa yang penuh keberkatan.






Excited nak sambut puasa sebab ada MISSION!


-saya berazam nak puasa penuh okay sayang?


-u pun sama MESTI puasa penuh okay?














Since malam tadi badan rasa tak sihat. Makan ubat ila. Pastu rasa nak pengsan and lalok gila. Duh! Ubat batuk nih gila kuat effect. Btw ila cakap ubat nih tak ngantuk. Tak ngantuk kau cakap? Ciss! Bangun pagi utk bersahur. Mata berat gila, tekak sakit. Oh My! Seksa weh. Pas sahur mata lagi bertambah ngantuk. Serius babe. Sambung tido. Bangun mandi then TERtido lagi. What the hell ngan ak nih? Macam orang lalok mabuk etc. Dalam kereta otw ke Shah Alam jangan cakap la ngantuknya. TIDO lagi! Memang super duper ngantok. Dah masuk UiTM pun boleh kau tido lagi? Haiyaa~ Badan tak selesa. Harap dapat meneruskan puasa ku hingga cukup 30 hari. *Mustahil kot 30 hari*. Heee.

Rabu, 11 Ogos 2010

Akuariumku Berubah




wajah..skit2 lama2 jd amazon..hehe..tggu masa nak bli tanah tuk buat base 4ft tank ni..yg len2 dah stanby..1-2mggu lagi brubah blk la nnt..hehe