Khamis, 12 Ogos 2010

Sedarlah Melayu!

ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 10/08/2010








Peniaga Alamanda dakwa ditekan, akhirnya 'ditendang'


NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.


Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.


Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.


Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?


Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?


Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.


Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.


Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?


Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.


Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?


Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.


Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.


Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?


Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.


Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.


Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.


Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.


Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.


Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.


FAHMI FABILAH


Dengkil






ini adalah petikan dr Utusan Malaysia..dah byk sebenarnye perkara mcm ni berlaku di Malaysia..cuma org melayu je x prasan.ak dah perasan byk kali..mcm2 cara diorang wat..sesetengahnye dgn terang2 letak bahasa mandarin sbg asas tuk apply keje..ada gak bila melayu nak meniaga ckp kedai xde,letak harga x munasabah dan macam2 lg..ni kerana hampir keseluruhan shopping complexes and shop lots di owner oleh cina..so diorang guna cara halus atau dlm bahasa management is 'glass ceiling'..diorg create halangan yg x nmpk dan xlh di dakwa oleh undang2..bukan untuk mengapi2kan antara kaum,tp melayu kena sedar sendiri,kena bergabung sesama sendiri dan tidak mengharapkan kaum lain atau kerajaan.berdikari itu lbh bgs dr mengharap..kita perlu mencontohi cara cina mengawal+menyusun perniagaan mereka.link perlu kuat,support perniagaan antara ahli.x segan melabur dan byk lg ciri2 yg blh melayu ikut.plg penting ialah keazaman yg jitu dan 'networking' yg mantap.pe kata persatuan melayu bergabung dan wat donation setiap ahli then bina shopping complexe yg besar untuk usahawan melayu berniaga.cara begini lg afdal dan bijak dr terus menyalahkan org len dan sbgainye..jadi renung2kan lah..amik masa 10minit dan pikir keadaan di malaysia,pola penduduk dan perniagaan..lepas tu baru anda tau langit itu tggi ke rendah..jgn tgk bandar je,cuba selami kawasan pendalaman atau pinggir banda 'apa' dan 'siapa' ada di sekitarnye..melayu,insaf la..jangan tau menyalak tp hasil xde..smpi bila2 ekonomi melayu xkan maju dan mencapai target 30% pegangan dlm Malaysia ni..renung2kan dan selamat beramal..

Tiada ulasan: