Weeee~ Hari ke-3 puasa. Besh!Besh! Hari ni rasa sayu sangat sebab budak2 ofis ni boleh bantai bukak lagu raya plak. Nasib baik la family saya dekat di mata dan di hati. :)) Takde la rasa sedih sangat. Suasana kat ofis hari ni sempoi je. Lepak. Chill. Bukan senang keadaan camni. Bos pegi Pusat Islam jadi kami semua berpoya-poya la. Hahahaha. Macam biasa hari Jumaat la hari yang paling heaven skali buat penjawat awam samada tetap atau kontrak. HEAVEN okay? Tak caya tanya staf2 gomen yang lain. Mesti sama je jawapan diorang.
Pagi tadi ada rasa lapar sekejap. Sekejap je la. Pastuh dah hilang rasa lapar tuh. Puasa tahun ni macam besh je sebab relax kot. Berbeza dengan tahun2 lepas. Yela tahun lepas saya keje banci. Penat keje. Bila penat, lapar dahaga semua ada. Jadi puasa pun tak la penuh. Heee. Hopefully tahun ni cuti puasa kejap je. Taknak la cuti lama2. Malas nak ganti. Hehehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan