Rabu, 25 Ogos 2010

Kami Penyet.

Assalamualaikum w.b.t.

Malas nak update belog. Sebab kena pikir dulu nak tulis apa. Padahal tiap hari bukak belog nih. Raya semakin dekat, duit semakin kurang, keperluan semakin tinggi. Andai lah aku dapat rezeki terpijak.....bagusnyaaaa. Kuih raya baru siap 4 jenis. Plan nak dekat raya nanti baru sambung buat lagi. Sekarang bajet dah takde so kena dok diam2.

Semalam citmock buka luar dekat NASI AYAM PENYET. Memula datang kedai tu sunyi macam takde orang. Time tu around 6pm. (Memang la takde orang, kan blan posa. Haiyaa~) Dalam hati berkata 'konfirm kedai ni tak laku. Mesti ayam penyet dia x mebeles. Tengok ambience kedai macam suram je. Pas order kitorang pegi jln kat Shah Alam Mall. Balik ke kedai nasi ayam tadi mak aih ramai rupanya. Ni gerenti sedap. Semangat berkobar-kobar aku nak makan. Maklumla tak penah makan. Ni pestaim(first time) makan. Wahhh sedap pulak weh. Layan gila ah cakap ekau. Ayam dia lembut gila. Sambal pedas. Tempe n atuhu garing. MABELESSSS!! Mock kata 'yang, nak taw tak dia buat camne ayam ni jadi lembut, sebelum goreng, kena hempuk ngan kayu satu kali (okay satu kali tu aku reka, mock tak cakap berapa kali pon)'. Aku cam cakap dalam hati. 'Betul ke ni? Pastu pikir2 balik mungkin betul la'. Sebab isi ayam dia gila lembut ditambah dengan tulang yang lembut dan boleh dimakan begitu sahaja. Sedap weh. Aku suggestkan kepada sesapa yang tak pernah makan pegi la NASI AYAM PENYET AP SEC 9 SHAH ALAM. (Promote! macam la aku dapat komisen promote kedai kau!). Kedai bersih, service bagus. Tiptop!

Taknak cakap banyak. Layan gambar keyh!

Chow.
Love.


Mock pilih menu. Taktaw nak makan mana satu.

Syok sendiri sementara tgu mock pilih menu.
Tadaaaa! Lazat kan?

Meal ku! Milo ais + nasi ayam penyet

Meal mock! Ice Lemon Tea + Nasi Ayam Penyet

Tiada ulasan: