Khamis, 31 Mac 2011

Eh kenapa tetiba resign 24hrs ni.?

I've been working almost 4 years. Macam macam company aku pernah kerja. Company Cina, Melayu, India je aku tak pernah kerja lagi. Kalo ikut pengalaman aku selama aku kerja la kan, aku rasa aku tau apa faktor-faktor pekerja resign secara mengejut or (24hrs). Bila resign mengejut ni orang cakap macam shit la sket sebab tetiba kan tanpa ada notis sebulan or notis seminggu. Notis pemberhentian kerja ikut company. Ada yang kena bagi notis sebulan, notis 3 bulan, notis seminggu etc. Kelam kelibut la company tu nak cari pekerja baru dalam masa yang singkat.! Memang bos hangin satu badan la kan tapi kau sebagai bos pun kena la kaji balik kenapa staff kau buat macam tuh. Mungkin diorang ada sebab tersendiri. Atau mungkin punca dari bos.? Sekarang semua pakau duit sedangkan masuk toilet pun kena bayar.



^^Gaji rendah.
Let say jawatan dia hanya kerani. Kerja plak company swasta. Company tuh pulak company MELAYU kita. Maju memang maju. Untung projek berjuta juta. Tapi...... Bos kedek. Bayangkan la kau duduk bandar yang serba maju ni. Gaji kau dapat sebulan RM700-800. Mana cukup. Dengan bayar rumah sewa, makan, minum, minyak, tol, servis kereta. Apa salahnya bos bayar la paling kurang pun RM1000. Aku rasa 1k tuh standard ah tuk kerani. Alah kaum dia jugak tolong la kan.? Lain la warga asing takpe la bagi gaji ciput pun. Kalau kerja gomen tak kesah ah RM800 pun. Banyak elaun nya boleh ah survive sampai hujung bulan. Aku cite ni berdasarkan budak office aku. Kesian tengok dia. Belum sampai hujung bulan duit nak makan pun takde. Tu pun dia tak boleh nak asingkan duit tuk simpanan. RM800 habis bulat-bulat tanpa simpanan.

^^Dapat kerja tempat lain dengan jawatan lebih tinggi dan gaji yang lebih masyukkk.
Gaji masyuk dari tempat kerja lama sape taknak kan.? Kalau company lama bagi RM800 tapi company yang baru ni tawarkan gaji yang lagi up. Kalau aku pun pegi. Let say arini dia pegi interview esoknya company tuh panggil lapor diri. Tu la faktornya melayang notis resign 24hrs. Peluang keemasan memang taknak lepas ah. Sanggup resign 24hrs untuk dapatkan jawatan yang baru tuh.

^^Sakit misteri menyerang tiba tiba.
Elok elok kau keje walaupun gaji ciput tetibe dengan izin Allah, kau jatuh sakit. Padahal selama ni kau kemain sihat lagi. Berlari lari dalam office elok je. Dak office datang kerja tanda soal kemain besar atas kepala diorang maksudnya tertanya tanya mana kau tak datang ofis berhari-hari. Rupa-rupanya kau sakit misteri yang memaksa kau resign 24 hrs. Bos jangan la nak melenting je bila tetiba ada notis 24hrs ada atas meja. Faham la keadaan.

^^Malas tahap gaban.
Ni aku tak boleh tolong. Malas kau punya pasal la labuuuuu. Dah malas tapayah la kerja apa susah. Kalau kerja pun tak de effect pun kat company. Kau ada sama, kau takde pun sama. Setakat datang office punch in ngan punch out je. Waddahek?

^^Tak minat dengan bidang kerja.
Ni satu hal dah tau tak minat nape apply.? Buat kerja bila takde keikhlasan macam ni la jadi. Macam tak best je kan. Yela hati tak ikhlas, tak suci macam mana nak buat kerja dengan jayanya. Jadi fikiran tu asek nak berenti je la. Jika hati ikhlas maka InsyaAllah gaji akan diberkati.

Ni je la pendapat kau. Sape tak puas ati sila komen. Aku open-minded. Peace yawww :D :D

Rabu, 30 Mac 2011

Bencana Tsunami ada dalam Al-Quran

Sekarang satu dunia tau pasal bencana Tsunami. Kesian sape yang tak tau. Anak buah aku yang darjah 3 pun tau. Takot tak.? Mesti ah takot an.?



Definisi Tsunami ;

^^Satu siri ombak dari lautan yang panjang dan terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba.

^^Perkataan Tsunami adalah dari perkataan Jepun dan bila ditranslate ke English bermaksud 'Harbour (tsu) Wave (nami). 

^^Istilah ini digunakan oleh penduduk Jepun untuk menerangkan tentang kemusnahan yang berpunca dari ombak   
besar yang memusnahkan seluruh kawasan pengkalan kapal.

^^Ombak yang kuat, mempunyai pergerakan yang pantas, ketinggian ombak yang amat tinggi, ombak yang panjang ataupun dipanggil ombak raksasa.

^^Kejadian Tsunami berlaku terlalu pantas tanpa dijangka. Phewww~ Pergerakan selaju 500-1000 km/sejam. Pehh laju gila.

^^Tsunami boleh menghancurkan pokok, rumah, bangunan, pantai etc. Bayangkan macam mana pulak ketibaan hari kiamat pulak. Wallahualam -_-

Baru-baru ni Jepun dilanda Tsunami yang mengorbankan lebih 10,000 orang. 

Kenapa aku cakap Tsunami dah termaktub dalam Al-Quran.? Oke ini buktinya. ALLAH Maha Kuasa.

^^Tsunami berlaku bila.? 11/03/2011 bersamaan 6 Rabiulakhir 1432 Hijrah ataupun 6/4/1432.

^^Tahun 1432 bila pecah jadi 14 & 32.

^^Refer Juzuk 14 dalam Al-Quran.

^^Bulan 4.

^^Rahsia : Juzuk 14 ayat Al-Quran ke 4.

Dari Al-Quran ;

^^Rahsia Pertama ; Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.
^^Rahsia kedua ; Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. Maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

1 - Di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
2 - Proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara Jepun.

3 - Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah. 

4 - Maka apakah wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? 

5 - Wilayah Sendai pada kedudukan geografi 
(Latitiude 38’15 dan Longtitude 140’53)

6 - Maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
7 - *proved wilayah yang Tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

^^Rahsia seterusnya dengan tarikh 6.

1 - Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.

2 - so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6

3- *proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

^^Rahsia Ketiga ; 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. Maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

^^Renungkan ; betapa benarnya ayat Al-Quran. Segala yang  di nyatakan tetap berlaku walaupun sudah berabad kitab Quran di turunkan.

^^Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

^^Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. Namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Qurana dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

^^WauAllahhu Allam.

Terpulang pada anda untuk percaya atau tidak. Tapi aku rasa fakta ni menarik. Renungkan lah readers ku. 

p/s : Ambillah iktibar dari kejadian ALLAH. Dia Yang Berkuasa.

Credit to : FADZMIEMOHAMAD

Selasa, 29 Mac 2011

Ada masalah rambut.?

Aku ni ada masalah sket nak cite. Sape boleh bantu aku.? Nazmi boleh setel sume dah takde. Dia kalah dah.

Masalah aku ni besarrrrr bukan masalah kecik. Kalo Nazmi boleh setel sume ada, kan senang hidup aku. Takde ah aku pening pening nak fikir.

Dah lama aku hadapi masalah ni. Tapi takde orang pun tau sebab aku ni jenis tak ske dok cite cite kat orang. Malu katanya. Serius laaaaaaaaaaaa. Macam mana nak mula cite ye.

Oke macam ni la. Aku ada rambut. Rambut aku panjang. Rambut aku tak lurus. Rambut aku tak kerinting. Tapi rambut aku ikal. Cantik. Betul. Kalo tengok mimik muka aku sekarang memang serius. Betul belaka. 3 tahun lebih aku bela rambut sampai panjang ke paras pinggang. Memang lama. Aku sedih. Kenapa pertumbuhan rambut begitu selow. Pastuh rambut aku keguguran yang melampau tahap kalo sikat memang boleh buat rambut pelesu. Aku sedih. Aku ingat kan aku ada penyakit leukimia. Ke barah otak ke. Rupanya tak setelah aku buat pemeriksaan kat doc. Ada lagi selain keguguran iaitu kelemumuran. Geli ke.? Lantak kome lah nak geli ke pe. Rambut aku. Bukan rambut kau.

Rupa rupanya aku dah temui faktor faktor nya.

^^Aku tak suka terim hujung rambut. Perlu diingatkan bahawa aku tak rajin nak trim hujung rambut. A'ah aku malas. Tak kuasa aku. Nak nak pulak pegi buat kat saloon. Takde masa ah. Aku ni busy memanjang. Potong sendiri.? Lagi lah malasssssssssssss. Bila NABILA balik, aku asek lupa je nak mintak tolong dia terim kan hujung rambut aku. Alah nanti aku bagi la dia upah dua kupang. Kecoh je.

^^Aku pakai shampoo yang salah selama kehidupan aku berambut. Maknanya dari perut mak aku lagi aku salah pakai shampoo. Kesian. Nak bagitau ke shampoo yang bersalah ituwwww.? Tapayah ah bagitau ye dak.? Kang aku kena saman sape nak setelkan.? Nazmi boleh setel sume.? Kan aku dah kata dia dah kalah dalam RL5. Aku taktau la kalo orang lain. Tapi aku memang tak sherashi bershama dengan shampoo ituwwwww. Okelah aku bagi kelu. Dia mula dengan urop S dan berakhir dengan K. Teka la sendiri aku dah bagi kelu pon tak dapat tangkap gak.? Kalo malas nak fikir tanya la atok gugel. Dia pasti boleh bantu. Memula mula mula mula dulu aku pakai shampoo tuh yang kaler ijo. Kenapa banyak sangat perkataan mula.? Sebab nak menunjukkan dah lama ataupun dari dulu lagi. Camtu la maksudnya. Masa tuh zaman blajo lagik. Time aku bebudak tak tau la mak aku tonyoh shampoo apa. Start aku pakai shampoo ijo tuh ada nampak perubahan. Peh heaven gila masa tuh. Rambut wangi semerbak pastuh kelemumuran dah takde. Bersih macam kulit kepala beby. Walaupun keguguran tetap ada tapi aku tak kesah sebab yang penting kelemumuran dah mampus. Setelah bertahun lamanya pakai kaler ijo tuh aku tukar angin. Bosan ah pakai kaler sama je. Aku dengan gatalnya tukar pulak kaler cokelat. Konon konon dia kata menjadikan rambut tiada keguguran. Pentipu je. Gugur jugak. Bila dah habes sebotol, aku tukar pulak pakai shampoo mentimun kot. Tah tak ingat la. Shampoo tuh kaler ijo penutup botol dia boleh pusing cam ada pemegang kat atas tuh. Haa shampoo ni bagus. Kalo pakai shampoo ni kena pakai perapi dia skali tapi kat botol tu takde ah tulis CONDITIONER. Dia tulis pati santan kot. Kaler kunin. Aku pakai shampoo ni kejap je sebab tak tahan busuk. Yelah aku ni kan mengada. Yang busuk taknak pakai padahal tu la obat. Aku tukar balik pakai shampoo kaler cokelat tadik. Pakai je lah walaupun keguguran dan kelemumuran aku berada di tahap kritikal. Aku malas nak amek port dah. Tetiba aku tengok ikelan beby kat tibi. Esoknya aku pegi watson terus pegi beli. Tak sabar nak jadi macam beby dlm tibi. Tapi aku beli sabun mandi dlu. Peh nak beli yang besau jek. Konon konon nak putih mcm beby la kan. Pas pakai sabun tuh memang feel cam beby. 1 family aku suka dengan sabun tuh. Aku gembira. Suka. Selang beberapa hari, aku beli shampoo dia pulak. Akhirnya, aku temui cinta hatiku yang boleh setelkan masalah rambut aku. Aku tunjuk sket rupa shampoo ituwww.

(drumrolls)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


p/s : Shampu ni memang best. Siap ada conditioner. Korang tapayah susah susah nak beli conditoner. Harga pun murah RM8.90 kat watson :)

Isnin, 28 Mac 2011

Dear Awak.

Tetiba mood nak bersastera + berjiwang awang awangan. Weee~ Ni first time nak berjiwang. Ehem ehem. Jangan gelak eh baca coretan aku. -_-

Dear awak,
Kenapa kita bertemu.?
Kenapa kita bercinta.?
Awak ada jawapan.?
Saya ada jawapan,
Awak, awak telah diciptakan oleh Allah untuk melindungi saya,
Awak, awak telah diciptakan oleh Allah untuk mencintai saya,
Kerna itu janji Allah,
Dia telah ciptakan hambanya berpasangan.

Dear awak,
Dulu saya tak suka awak.
Awak jahat.
Awak tak pernah tau isi hati saya.
Awak takde perasaan.
Awak hati kering.
Awak tak romantik.
Tapi.....
Tapi saya sorang je tau yang awak sebenarnya romantik,
Awak kan ego,
Tapi kan awak,
Itu dulu awak,
Dulu.....
Kini,
Awak lain daripada apa yang saya jangka,
Awak lah lelaki itu,

Dear awak,
Ketegasan awak 
Telah menjadikan saya insan berguna,
Awak,
Janjilah dengan saya,
Awak akan menjaga saya hingga nafas saya yang terakhir,
Kerna harapan saya,
Hanya maut yang bisa memisahkan kita.

Forever Love.
Dedicated to My Fiance.



p/s ; Kelakar kan.? Gelak ah gelak ah korang.

Ahad, 27 Mac 2011

Wedding Present.!

Tengahari ni nak pegi wedding ILA & MAWI. Weeee~ Super excited sebab aku ada buat hadiah special utk diorang. And paling best present ni handmade tau. Aku buat sendiri khas untuk ILA tersayanggggg.

Aku tunjuk sikit2 je taw cam biasa ar mana boleh tunjuk semua. Biar pengantin je tau apa presentnya. :D


Supriseeee :D

Pilihlah Bagan Lalang untuk destinasi percutian yang pasti menjanjikan kegembiraan buat anda sekeluarga.

Goodnite all. Tengah tengah malam camni mata aku tak boleh lelap. Heks ;p Mood berblogging tetiba datang tah dari mana. Topik harini bukan pasal kek tau walaupun aku janji semalam nak buat kek for this weekend. Btw sok pun still weekend rite.? :D MAYBE esok baru mood buat kek ada. Harini seharian bz masak, kemas rumah, wat tempahan FELT lagi. Tak menang tangan aku. Whatever is, tu kan rezeki alhamdulillah. Tangan ada dua je tak larat nak kejar sana sini. Btw esok ada wedding ex-classmate Weeee~ Tahniah darl.! Semoga bahagia hingga akhir hayat. Hope dapat jumpa darlings aku semua. <3

Actually nak cite sal destinasi percutian aku dan family members beberapa bulan yang lepas. Dah basi pun cite ni tapi aku nak share ngan readers aku. Sharing is caring rite.? Kitorang pilih Bagan Lalang sebagai tempat untuk family gathering. Seronok sangat sebab semua saudara mara berkumpul, having fun, laughing, crying etc. Kalau dah nama gath mesti ada telematch. Gila havoc.!! Besttttt sangat hope next time we all can gather again. Maybe pasni gath kat Cameron Highland ke. What say you.?

For those yang tak pernah pegi lagi, let me introduce you about Bagan Lalang.

Ada dua way yang korang boleh lalu, If lalu highway, 
- Naik PLUS exit KLIA 
- Then lalu jalan ke LCCT 
- Pastuh pegi kiri nak ke Litar Sepang F1
- Terus ke Bandar Enstek
- Nanti jumpa simpang 4 ikut arah ke Sepang
- Last; ikut signboard ke Bagan Lalang. 


If lalu jalan lama (jalan Banting) pun boleh,
- Dari Banting, amek jalan nak ke Pantai Morib macam nak g PD tapi jangan la ikut signboard pegi PD lak sampai ke tua pun kau takkan sampai ke Bagan Lalang.
- Ikut signboard ke Bagan Lalang okeh :)

Aku lagi prefer lalu jalan lama sebab boleh tengok pemandangan yang menarik which is ladang kelapa sawit, kebun kebun, dusun dusun, perkampungan Melayu, hijau mata memandang. Tapi 1 kelemahan lalu jalan lama adalah banyak traffic light yang korang kena tempuh plus jam if korang pegi weekend. Kelebihannya takde kena bayar tol. Actually sama je kekdahnya. Lalu highway kena bayar tol, jimat masa n minyak. Lalu jalan lama tak payah bayar tol, melambatkan perjalanan (takde la lambat sangat), kena isi minyak lebih so sama je kan. Korang ada pilihan nak lalu mana. Ala sama je lalu highway or jalan lama.

Kat Bagan Lalang ada apartment, rest house yang mana korang bebas memilih mengikut keselesaan. Yang penting sediakan duit je la. Kitorang arituh duduk rumah kiranya macam sewa rumah la. Paling best 1 rumah teres setingkat boleh muat 6 family. Rumah besar ada aircond, tv, dapur, gas, peti sejuk, tilam, bantal. Perfect.! Macam duduk kat rumah. Alamak tak ingat la brape charge sehari rumah tu -_- Oh jangan risau... Pasti murah dan berbaloi.

Aktiviti yang kitorang buat sukaneka, BBQ, cabutan bertuah. Jarak dari rumah ke pantai hanya 2-3 minit je. Dekat sangat heeee.. Jalan kaki pun boleh tapi berpeluh badak ah kau. Cite panjang kang bosan lak nak baca.

Here some picture ;


Konvoi. Tengah menunggu mereka.
p/s : kitorang ada group colour. family aku kaler MERAH. Likes :D


Muka excited baru sampai.


Masing masing standby nak poco poco. Ye yang kat belakang tu yang tutup separuh muka tu bukan Taliban tu adalah kakak aku.


BBQ Time.!!!


Kumpulan Merah.

p/s: havoc gila.!! Love m family so sooooo much~


Jumaat, 25 Mac 2011

Chocolate Brownies.

Tengah fikir bila la nak buat choc brownies. Hurmmm macam nak buat weekend nih la. Fuh buat kek satu kepuasan ok. Bila dh siap peh sejuk ati tengok kek yang gebu. Kalo tak jadi remuk redam la hati ak dengan niat lain kali taknak buat dah -__- Tanam semangat siap siap sebab nanti baru ada feel nak masak kek. Ak cakap betul la kalo tak ikhlas buat kek, jangan harap kek korang akan jadi so kalo nak buat kek, harussssslah mempunyai hati yang ikhlas dan jujur insyaallah kek akan menjadi gebu hehe.

Oke resepi dah ada, barang dah ada tinggal nak buat je. Time along balik arituh dia dah wat pehhhh sedap kalah sikiret recepi kauuuu. Kali ni ak pulak nak try tapi ak nak tambah sket. Guess what.? Ak nak letak topping choc kat atas baru meletop nokss ;p

Ak tnjuk gambaran kek sket eh. Sikit je taw tak boleh bebanyak nanti tak sepraissss :D



Super deliciousss >,<

Ahad, 20 Mac 2011

Cara dan mengapa Malaysia-Indonesia selalu bercakaran

Artikel yg patut di kongsi dan disebarkan kepada rakan2 se-agama dgn kita.
sumber - http://ksz-associate.blogspot.com/2011/01/mekanisme-pergeseran.html
APAKAH mekanisme yang menyumbang kepada ketegangan antara rakyat republik Indonesia dengan masyarakat demokrasi berpelembagaan persekutuan Malaysia? Ketegangan yang timbul itu tidak tercetus dengan sendiri, mesti ada mekanisme yang menjadi pencetusnya. Mesti ada tangan-tangan yang sangat galak untuk mencipta ketegangan itu. Juga mesti ada bibir-bibir yang tersenyum setiap kali ketegangan itu tercetus.

Siapakah pula pemilik tangan-tangan dan bibir-bibir itu? Di manakah mereka berada? Adakah mereka hanya berada di Indonesia? Atau mereka juga berada di Malaysia? Mungkin juga orang-orang mereka sentiasa ada di segenap rantau ini. Siapakah mereka sebenarnya? Apa kemahuan mereka? Mengapa mereka berbuat begitu?

Keberadaan bangsa-bangsa bersaudara di Kepulauan Nusantara seperti Melayu, Jawa, Bugis, Minang dan sebagainya melalui sejarah yang sangat panjang di rantau sebelah sini. Sebelum kedua-dua buah negara itu merdeka, belum ada istilah bangsa Indonesia atau juga negara Malaysia. Tidak pernah ada sebelum itu.

Untuk mengetahui keterangan-keterangan sejarah mengenai kedua-dua buah negara bersaudara ini, bacalah teks-teks sejarah klasik, janganlah berasa bosan atau mengantuk apabila membaca prosa-prosa klasik, bacalah untuk mengenal warisan persaudaraan kita.

Saranan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dalam laporan akhbar 16 Januari 2010 supaya sejarah hubungan Malaysia-Indonesia sejak berkurun lama didedahkan kepada rakyat kedua-dua negara itu wajar dihormati bagi memulihkan ketegangan yang semakin membarah.

Mengenali sejarah akan membuatkan rakyat Indonesia dan Malaysia saling kenal mengenali susur galur warisan kita. Orang yang kenal sejarah tidak akan menuduh saudaranya maling, anjing atau sebagainya dengan panggilan yang buruk-buruk.

Tuduhan itu tidak akan dibuat oleh orang yang mengenal sejarah kedua-dua negara ini yang saling bersaudara sejak berabad lama, tuduhan yang umpama meludah ke langit,  tuduhan itu hanya dibuat oleh orang yang sudah terkena dan diperbodohkan oleh tangan-tangan kumpulan yang suka melihat pergeseran saudara ini.

Kita bukan mahu belajar sejarah tamadun lampau Indonesia dan Malaysia dalam artikel kali ini. Jika mahu belajar juga, carilah sumber sejarah yang boleh dirujuk. Kita hanya mahu memahami apakah mekanisme yang memecah belahkan rakyat kedua-dua buah negara ini. Semoga selepas memahami mekanisme ini, kita sama ada rakyat Indonesia yang majoriti beragama Islam dan juga Malaysia akan berusaha keras merawat ketegangan ini. Semoga gerakan tangan-tangan jahat itu akan ‘kudung’ dan bibir-bibir serta lidah-lidah mereka akan jadi ‘bisu’ apabila kita menemui semula titik persamaan wajar dalam mekanisme kekuatan kita semua.

Melalui sumber-sumber pemberi maklumat (bukan seperti perisik) yang diperoleh dari Indonesia, Singapura dan Malaysia, terdapat lebih daripada dua gerakan besar yang gigih bekerja untuk melihat Malaysia dan Indonesia jatuh ranap. Persaudaraan antara kedua-dua buah negara itu perlu ditamatkan dengan pertelingkahan, seboleh-bolehnya sehingga melibatkan pertumpahan darah. Jahat sungguh tangan-tangan itu. Mereka mahu lihat manusia Muslim di rantau sebelah sini saling berbunuhan, kami juga mungkin dibunuh mereka memandangkan kami juga tersenarai sebagai wanted persons di negara kiblat mereka iaitu di Israel. Wahai pemilik tangan-tangan jahat, tangan-tangan kamu akan jadi kudung dan lidah kamu akan jadi bisu apabila kami kembali bersatu.
--

Mereka wujud dalam persekitaran politik Indonesia, Malaysia dan Singapura

Gerakan kumpulan ini sudah wujud seawal peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada sekitar 1962 hingga 1966 yang dicetuskan oleh Presiden Sukarno bagi membantah penubuhan Malaysia yang memasukkan Sarawak dan Borneo British Utara (Sabah) ke dalam Malaysia.

Kita tidak melihat kepada Sukarno, tidak sama sekali. Kita tidak menuduh Sukarno mempunyai agenda peribadi selain menubuhkan Indonesia Raya. Tidak, rakyat Indonesia tolong jangan salah faham maksud saya. Kita melihat kepada mekanisme yang mendorong Sukarno untuk melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. Mekanisme yang berpunca daripada sekumpulan orang yang mempengaruhi Sukarno supaya berpendapat bahawa Malaysia adalah rekaan British untuk mengukuhkan kuasa imperial. Ketika itu, masing-masing baru merdeka dan tiada garis sempadan yang jelas untuk mengatakan sesebuah wilayah itu milik mana-mana negara termasuk Filipina yang juga menuntut Sabah.

Tercetus manipulasi mengatakan pengerak demontrasi anti-Indonesia meminta Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memijak-pijak lambang negara Indonesia serta gambar Sukarno dan akhirnya menimbulkan kemarahan Sukarno untuk melancarkan kempen Ganyang Malaysia. Tidak dipastikan kesahihan cerita yang mengatakan Tunku Abdul Rahman memijak seperti diminta penggerak demonstrasi. Cerita itu kemudian sampai ke pengetahuan Sukarno dan Ganyang Malaysia dilancarkan. Juga sehingga hari ini, tiada bukti kukuh gambar foto atau saksi-saksi untuk mengatakan cerita itu benar. Cerita itu digerakkan oleh sekumpulan tangan-tangan dan lidah-lidah jahat yang dimaksudkan.

Tangan-tangan dan lidah-lidah jahat itu yang berada di Indonesia, Malaysia dan Singapura berterusan mencetuskan api kemarahan. Kumpulan itu adalah sisa-sisa penggerak Freemason Indonesia bawaan Belanda yang diharamkan oleh Sukarno sendiri pada Januari 1961.

Kumpulan ini selepas diharamkan oleh Sukarno melancarkan tekad untuk menjatuh ranapkan Indonesia dengan mengheret negara itu supaya bergeser dengan negara-negara jirannya seperti Malaysia dan Brunei. Malah, institusi Kesultanan Brunei juga cuba digulingkan semasa Konfrontasi dengan cara mengupah kumpulan pemberontak Kalimantan untuk menculik Sultan Brunei. Kini, Kesultanan Melayu di Malaysia juga sedang cuba dihapuskan oleh proksi-proksi Freemason Indonesia di Malaysia.

Matlamat mereka ialah dendam untuk meranapkan Indonesia. Ia adalah dendam balas kepada Sukarno kerana mengharamkan gerakan mereka di Indonesia. Keputusan Sukarno mengharamkan Freemason di Indonesia dilihat seolah-olah menjolok sarang tebuan meskipun niat Sukarno ialah untuk tidak menjadikan Indonesia sebagai pangkalan Yahudi terbesar di rantau ini. Disebabkan itu, mereka mahu melihat Indonesia bertelingkah dengan jiran-jirannya yang seboleh-bolehnya mahu melihat ada kejadian berbunuh-bunuhan sebagai balasan kepada tindakan Sukarno dan rakyat Indonesia yang membenci Freemason Indonesia.

Untuk menjadikan matlamat mereka berjaya, proksi-proksi mereka ditempatkan di dalam jentera kepimpinan Sukarno secara senyap. Matlamat kecilnya melalui penempatan proksi ini pula ialah untuk mempengaruhi setiap keputusan Sukarno. Oleh sebab itu di dalam perenggan sebelum ini ditegaskan bahawa kita tidak melihat Sukarno dalam situasi ini, kita sebenarnya melihat proksi-proksi Freemason Indonesia yang menyelinap masuk ke dalam kepimpinan Sukarno. Kita tidak menyalahkan Sukarno kerana dia sendiri termakan hasutan proksi-proksi Freemason dalam jentera pemerintahannya.

Kumpulan ini jugalah yang mencipta cerita bahawa Tunku Abdul Rahman memijak gambar Sukarno dan lambang Garuda Pancasila sehingga menimbulkan ketegangan dan kemarahan hampir seluruh rakyat Indonesia terhadap cadangan penubuhan Malaysia.

Mereka jugalah yang menubuhkan Partai Komunis Indonesia (PKI), gerila Indonesia Ganyang Malaysia, Pemberontak Kalimantan Utara (TKU) dan sebagainya yang bertujuan untuk mengalih tumpuan Indonesia daripada keperluan pembangunan ekonomi negara itu selepas merdeka kepada gerakan ketenteraan yang sia-sia. Akibatnya, ekonomi Indonesia diabaikan sejak awal manakala tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap kegiatan konfrontasi yang merugikan pembangunan rakyat Indonesia sendiri.

Selepas Freemason Indonesia bawaan Belanda diharamkan di negara itu, proksi-proksi mereka berpecah namun masih berpegang kepada matlamat awal. Kumpulan ini sejak sekitar 1961 dikesan menyelinap masuk ke Singapura, Filipina dan juga Malaysia. Beberapa proksi utama juga masih berada di Indonesia. Matlamatnya masih sama di rantau ini, ia tidak lebih daripada mewujudkan keadaan kucar-kacir melalui pelbagai permainan manipulasi dan politik.

Proksi-proksi itu kemudian dikesan giat mengembangkan pengaruh melalui jenama-jenama baru di negara-negara baru (Singapura, Malaysia dan Filipina) seperti Kelab Rotary dan sebagainya sejak penghujung 1970-an dan awal 1980-an. Tidak kurang pula ada yang bertindak menubuhkan parti-parti politik dengan melantik sub-sub proksi untuk mengemudi parti-parti politik terlibat. Ada juga yang melantik proksi dalam parti-parti politik sedia ada di negara-negara yang baru dimasuki.

Parti-parti politik di negara-negara yang baru diselinap itu kemudian sengaja dibiar berkembang sambil berselang-seli dengan pergolakan dalaman. Ia memberi peluang baru kepada perpecahan parti-parti politik berkenaan apabila berlaku pergolakan. Pergolakan dalaman parti politik kemudian memberi  peluang kepada perpecahan dalaman parti yang membawa kepada penubuhan parti baru. Individu-individu parti yang sudah terperngaruh dan sebilangan proksi-proksi Freemason itu bertindak keluar daripada parti dan menubuhkan parti baru. Penubuhan parti baru pula akan mencipta sub kumpulan penyokong yang baru. Pada masa yang sama, proksi yang tidak keluar daripada parti asal akan terus mempengaruhi untuk mencorakkan hala tuju parti sedia ada, manakala proksi yang keluar parti dan menubuhkan parti baru pula akan mencorakkan hala tuju lain yang sebenarnya sama tetapi tampaknya seperti ada beza walhal ia tetap sama.

Ia mewujudkan suasana kesan berganda dan kesan berangkai. Keadaan itu boleh disamakan seperti sebotol nila yang tumpah di atas meja sehingga titisannya akan menitis memasuki setiap baldi susu yang berada di bawah meja itu tadi. Ia juga seperti seekor kerbau yang diseliputi selut selepas berkubang dan mengotorkan kerbau-kerbau lain apabila ia mahu berkawan dengan kawanan kerbau yang masih belum berkubang.

Apabila proksi-proksi itu keluar parti dan menubuhkan parti baru, ia secara langsung menjadikan hampir semua parti mempunyai pengaruh mereka. Lihatlah keadaan kes semasa di Malaysia sendiri, apabila berlaku perpecahan atau tindakan keluar parti oleh seorang tokoh pimpinan, maka tokoh pimpinan itu akan menubuhkan parti baru, bukan satu parti yang ditubuhkan, tetapi sudah banyak parti baru ditubuhkan hasil daripada pergolakan dalaman satu parti asal.

Di Indonesia, setiap calon presiden dalam pilihanraya (pilihan umum) akan berusaha mencari pengaruh dengan pelbagai ideologi untuk mempengaruhi rakyat. Ada yang bersikap ekstrem dengan cuba menyambung semula episod lama Ganyang Malaysia, ada juga yang bersongkok dan cuba mempengaruhi pengundi dengan idea untuk berperang dengan Malaysia dan ada juga yang memancing undi dengan memainkan isu kekeruhan hubungan Indonesia-Malaysia, anda pasti sudah dapat meneka siapa mereka dan apa niat mereka serta siapa yang menaja mereka berkempen.

Di Singapura pula, apabila wujud seorang tokoh tidak sebulu dengan ketua dalam kerajaannya, dia akan memulakan kempen secara tidak langsung untuk mendapatkan sokongan. Ia kelihatan normal kerana seseorang yang disisihkan akan mencari orang lain (pengaruh sokongan) yang percaya kepadanya, namun ada beberapa persamaan yang diperjuangkan oleh tokoh yang disisihkan itu dengan bekas ketuanya. Malah, serpihan politik dari Singapura juga terpelanting sampai ke Malaysia. Ia berkaitan kemampuan akauntabiliti untuk mengawal sejumlah skala pengikut.

Falsafahnya,
Seseorang tidak akan mampu mengawal semua orang. Jadi, diperlukan lebih daripada ‘seseorang’ untuk mengawal semua orang. Maksudnya, perlu ada lebih ramai ‘seseorang’ untuk mengawal semua orang. Faham?

Ia berkenaan pengertian maksud ‘somebody’ ‘everybody’ dan ‘power’. Dalam situasi politik kemanusiaan, somebody sentiasa merujuk kepada seorang individu dan dia mempunyai kuasa mempengaruh dan memimpin, manakala everybody pula ialah nobody atau orang yang tidak mempunyai kuasa pengaruh politik dan boleh dipengaruhi.

Proksi-proksi tadi akan berpecah dan terus berpecah untuk menjadi ‘seseorang’. Biarpun proksi itu hanya mampu menjana pengikut seramai 100,000 orang atau 1,000,000 orang, ia sudah cukup untuk setiap proksi mengawal semua orang jika setiap proksi ada pengikut 100,000 orang atau 1,000,000 orang. Bagaimana dikatakan mereka mengawal semua orang kerana semua orang dilihat seperti sudah tidak boleh dikawal? Itulah cara mereka mengawal semua orang dengan memastikan semua orang tidak boleh bersatu dan berpecah belah, lalu menjadi lemah.
--

Melemahkan negara-negara di rantau sebelah sini yang diduduki orang Islam

Ada ramai orang Islam di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Filipina. Mereka mahu orang-orang Islam ini lemah supaya keseluruhan umat Islam di rantau sebelah sini juga akan lemah dan mereka boleh berkuasa sebagai bayaran kepada kejatuhan mereka di Indonesia semenjak zaman Sukarno. Kami bukan pro-Sukarno atau pro mana-mana pihak, tetapi lebih kepada anti-tangan jahat.

Wahai rakyat Indonesia dan Malaysia, lihat sahaja isu Kumpulan Bendera di Indonesia yang sentiasa mencari peluang untuk mencetuskan pergeseran antara kedua-dua buah negara bersaudara ini. Lihat siapa ketua yang menggerakkan Kumpulan Bendera, dia bukan orang Islam, tetapi dia penganut agama Nasrani. Malangnya, kata-kata propaganda dan hasutan yang diucapkan oleh ketua Kumpulan Bendera ini berjaya mempengaruhi kebanyakan rakyat Indonesia yang beragama Islam untuk memusuhi saudara Islam mereka di Malaysia. Apakah yang akan terjadi apabila orang Islam dipimpin oleh orang kafir? Mungkin blog ini juga akan digodam atau di-hacked oleh black hat hackers mereka selepas keluarnya artikel ini.

Hasilnya, orang Islam mudah dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan seperti itu untuk memusuhi saudara Islam mereka di rantau ini khususnya Malaysia melalui manipulasi isu-isu yang remeh temeh, isu-isu red-herring yang mengalih tumpuan umat Islam untuk mengukuhkan tali persaudaraan yang diperintahkan Allah.

Mereka daripada banyak kumpulan yang menyalakan api persengketaan antara Indonesia-Malaysia adalah sisa-sisa daripada Freemason Indonesia bawaan Belanda sejak diharamkan oleh Sukarno pada 1961. Tidak mahu menyentuh dasar Pancasila yang entah angkara pengaruh siapa sehingga bagaimana boleh wujud di Indonesia, tidak mahu menyentuh soal itu kerana membabitkan hal dalaman negara itu. Namun, adakah Pancasila itu dari pengaruh suruhan Islam di negara yang paling ramai penganut Islam? Tidak mahu menyentuh soal itu dengan pendapat peribadi. Umat Islam di Indonesia juga ada pendapat masing-masing mengenai dasar itu.

Gerakan Freemason Indonesia yang akhirnya membuka tapak di Singapura, Malaysia dan Filipina menjadi mekanisme dalam isu ini. Mereka kemudian meluaskan rancangan melalui bersekutu dengan Freemason yang sedia ada di negara-negara yang dimasuki. Umat Islam di negara-negara yang diduduki mereka ini kelihatan seperti hilang punca dan gagal menemui titik persamaan untuk kembali bersatu.

Isu umat Islam Moro di Filipina dipandang acuh tak acuh oleh Malaysia dan Indonesia yang masih belum selesai. Manakala isu umat Islam yang berpecah belah di Malaysia angkara politik juga tidak dipandang oleh cendiakawan Islam di Indonesia untuk sekurang-kurangnya memberi nasihat atau buah fikiran demi melihat umat Islam terus bersatu. Siapa pula yang menjadi agen perpecahan umat Islam di Malaysia. Berhenti daripada saling salah menyalahkan, sebaliknya kudungkan tangan-tangan jahat mereka bisukan lidah-lidah jahat mereka.

Begitu juga isu umat Islam yang hidup melarat di Indonesia, hanya segelintir umat Islam di Malaysia yang memberi bantuan, itupun ketika selepas berlaku bencana gempa, tsunami atau gunung berapi.

Umat Islam di Singapura pula entah bagaimana kehidupan mereka di sana. Entah tertekan entah bahagia, kehidupan mereka tidak begitu diambil peduli oleh saudara Islam mereka di Malaysia atau Indonesia kerana beranggapan bahawa Singapura sebuah negara kaya dan beranggapan bahawa umat Islam di Singapura hidup bahagia kerana negaranya kaya.

Ingatkah kita kepada pesanan baginda Rasulullah mengenai perlunya kita menyayangi jiran-jiran kita? Jiran bukan sahaja bermaksud jiran di sebelah rumah, tetapi juga kampung di sebelah kampung kita, flat di sebelah flat kita, taman perumahan di sebelah taman perumahan kita, malah negara di sebelah negara kita yang ada umat Islam di dalamnya. Sedangkan baginda Rasulullah menyuapkan makanan ke dalam mulut seorang lelaki tua Yahudi yang setiap hari mengutuk baginda, inikan pula kita yang tidak mengambil tahu adakah jiran kita itu lapar atau kenyang, derita atau bahagia.

Perlukah kita bermusuhan sesama kita sedangkan tangan-tangan dan lidah-lidah mereka yang jahat itu ketawa melihat gelagat kita yang bermusuhan tidak berkesudahan?

Tangan-tangan jahat itu perlu dikudungkan, mulut-mulut jahat mereka perlu dibisukan. Tiada apa yang dapat membantah kalau kita bersatu tanpa bertelagah.

Anda tahu siapa musuh sebenar. Anda tahu semua yang berlaku itu angkara mereka.





Kudungkan tangan mereka, mulut mereka perlu dibisukan.





Bersatulah, demi membuatkan bibir Rasulullah tersenyum gembira melihat penyatuan kita semua.


Cuba perhatikan senario politik di Malaysia sekarang. Ada parti melayu yg baru di tubuhkan menambah perpecahan melayu itu sendiri. Fikirkan.....

Sabtu, 19 Mac 2011

Puisi Karamah Melayu

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Tongkat Ali jamu khasiat.
Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.
Bangsa Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Umat Melayu, jihad sabilillah!!
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultannya hebat,
7 Bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!
Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi(saw) pernah diberi amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat .
Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.
Bangsa melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi laziman.
Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.
Tanah Melayu  pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak sangat dihormat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.
Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah, pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.
Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi (saw), itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.
Bumi Melayu pernah terbilang ,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.
Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.
Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.
Berkurun Melayu jujung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.
Orang Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,
Menyimpan  sejarah nenek moyang kita.
Orang Melayu usah goyang,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris Keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.
Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkelu.
Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah
Akhirnya Melayu mendapat ‘tulah’.
Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?
Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?
Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu usah menyerah,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!
Laksamana Hang Tuah Gagah Orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!



http://themalaynation.blogspot.com

Turunnya nabi Isa bila kering Tasik Galilee



Assalamualaikum semua, saya pernah membuat kajian yg ringkas tentang anggaran masa sebelum bencana besar yg diriwayatkan di dlm Al-quran berkenaan tanda-tanda besar kiamat. Ada byk tanda yg yg perlu dikaji dan diteliti tentang perkara ghaib ini. Allah telah berfirman bahaya perkara kiamat adalah hak-Nya dan hanya Allah yg tahu. Tetapi sedikit petunjuk tentang kedatangan hari kiamat diterangkan dalam tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar.

Ada yg mengatakan bahawa Rasullullah pernah berkata bahawa umatnya hanya bertahan selama 1500 tahun shj.wallahualam. Jadi ikut kiraan kalendar islam skrg tlh 1432. Jika betul perkara ini, kita tinggal 68 tahun. tp hijrah berlaku 12 tahun selepas baginda diangkat menjadi rasul. Jadi, perkiraannya tggl 56 thn. Tp x semestinya tepatkan?. Sbb kita hanya merancang tp Allah yg menentukan. Saya amik pendekatan tengah2 iaitu lbh kurang 50-70 thn lg.

Baiklah, saya mahu buat kita semua berfikir secara kritis. Cuba bandingkan petunjuk-petunjuk yg diberikan dan buat kajian sendiri untuk lbh pemahaman.
- Saintis mengatakan tentang bintang Nebula yg akan melalui Bumi dgn jarak yg plg hmpr dlm 40-60 thn akan dtg.
- Umat nabi Muhammad bertahan hanya 1500 thm. (skrg dah 1432hijrah)
- Nabi Isa akan turun setelah keringnye tasik Galilee  (artikel kat bwh menerangkan dlm 50thn lg akan kering)
- Sebelum nabi Isa turun, imam Mahdi akan terbit.
- Bila imam Mahdi ada, maknanye Dajjal ada.
- Kebangkitan Islam dr Timur (Malaysia+Indonesia?)

Ini hanya sebahagian petunjuk untuk di kaji. Sekarg blh la anda semua buat kajian dan susun sendiri apa yg bakal nmpk. Yang penting, kita sudah masuk ke zon merah sebelum kiamat. Jadi, berbaktilah pada agama dan bangsa, tingkatkan amalan dan bersama2 menyeru ke arah kebaikan.

ini artikel tentang tasik Galilee yg sedang surut sejak thn 2000. dr website (megat panji alam)

Assalamualaikum semua para hadirin sekelian...
salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee,
sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya...
Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias


Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini,
memberitahu saya dan anda semua,
bahawa...
bila keringnya tasik ini,
maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa,
itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini,
sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar...
Carilah hadis sahih ini sampai dapat,
dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,
di ketika anda tahu itu,
anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat,
menjadi kerisauan saya sekarang ialah,
tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan 9 tahun telah pun berlalu...


Saudara serumpun ku...
anda semua harus beringat,
bila tasik ini kering,
maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi,
membantu imam mahdi,
memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi...


dan aku ingatkan lagi,
hadis ini amatlah sahih,
sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini,
dengan kata lain,
mereka tahu tapi mereka kekurangan berani,
kerana hakikat itu jelas,
tasik galilee sedang kering dengan lajunya,
dan mengikut kajian sains,
tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya,
dan ketika itulah Nabi Isa turun...





dan anda semua kena faham,
sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus),
sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun,
ASBAB itu mestilah terjadi,
ini bermakna wahai tuan2...


Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,
samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyelamatkan ramai traders dan ramai dari mereka dapat kaut untung yang banyak dan dapat langsaikan hutang dunia sebelum saat itu tiba...


Ingatla saudara2 ku...
Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja,
dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama,
mereka ber-3 adalah manusia belaka,
2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,
sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.


Ketahuilah mereka ber-3 ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa


Ingatlah kawan2...
sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini),
percayalah,
dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,
semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar,
pasti 100% muncul di zaman anda,
samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul,
atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu,
ketahuilah,
tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini,
dan 9 tahun sudah pun berlalu,
ada baki lagi 41 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,
dan anda harus ingat...!!!


Sekali lagi saya anda ingatkan,
bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),
2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),
iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),
dan...
(teori 2 gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012),
dan sekiranya teori ini benar2 berlaku,
maka sahlah dan lengkaplah semua tanda2 kecil,
dan kehadiran tanda2 besar pasti berlaku tanpa berlaku.


KAJIAN SAINS:
Setelah saya membuat kajian...
sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,
gelombang2 pancaran akan keluar,
dan menjahanamkan semua sistem2 dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api,
dan ini bermakna,
semua apa sahaja jentera langit dan bumi,
asalkan yang mempunyai saluran elektrik,
akan dengan sendirinya tidak berfungsi,
satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, henfon, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi,
dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.
Ini pesanan saya lagi...
=tiada 1 hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat2 yang selain pernah nabi sendiri pakai=
sekiranya kajian saya di atas,
maka sahla,
apa sahaja teknologi moden hari ini,
persenjataan tercanggih,
akan menjadi tidak aktif dan collapse...
maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku,
adalah 1 kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,
manusia akan kembali kepada fitrah semula,
dan mana2 manusia yang tinggal di bandar,
adalah manusia yang paling rugi di kala itu,
kerana...
bandar yang duduki itu sedang tenggelam,
kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim,
seperti banyak yang ada di tanah Melayu...


Kepada semua angkatan Teknik_Keris,
saya pernah pesan gunakan duit untung trading untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di pedalaman
-menguasai sungai2 dan pinggiran gunung
-membeli kuda 1 orang 2 ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH
-dan kembali mengajar anak2 kamu semua berenang


Ketahuilah,
kita ada tak sampai 41 tahun aje lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya,
kita ada hanya purata 41 tahun aje lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini,
dan anda kena faham lagi sekali,
sebelum Nabi Isa itu turun,
sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita,
dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,
dan sudah semestinya lah akibat perang itu,
dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita,
menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar,
ya kawan2...
dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa,
dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,
sekali lagi saya ingatkan,
anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,
bila 1 tanda besar keluar,
maka lengkaplah semua tanda2 kecil,
bila 1 tanda besar keluar,
akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2...


Dan ingatlah wahai Muslimin,
doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,
dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,
dari susurgalur Nabi Muhammad lah,
akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"),
yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,
percayalah,
di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,
kerana mereka berdua dari keturunan yang sama,
sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,
carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran)
dan kerana itulah,
Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,
akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.


Pesanan Terakhir,
langsaikan hutang secepat mungkin,
tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,
kumpulkan kain2 yang tahan lama,
ternak dan gembala kambing,
ajar anak anak menunggang kuda,
simpan cermin mata anda sebaik mungkin,
banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,
banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,
latihkan anak2 Melayu kita dengan kemahiran memanah,
banyakkan berenang di waktu petang,
minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh,
kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari)


Kalau perlu,
sila sebar2kan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.


================================================== ===============
bersambung...

Carilah Hadis SAHIH tentang tasik ini sampai dapat,
saya sudahpun sediakan pancingnya,
tinggal anda mendapatkan ikannya...
kemudian, ramai2lah bincang di sini,
sebelum elektrik takde di kemudian hari.
PESANAN:
cetak artikel ini dan hantar ke JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI,
sekiranya anda tak percaya tentang hadis ini,
buktikanlah saya salah,
saya sedia menerima teguran.


Salam Ramadhan Salam Sepadan
Umat Melayu Waris Beriman.


Yang Iklas,
Megat Panji Alam,
Teknik Keris.


Wassalam.