Ahad, 27 Mac 2011

Pilihlah Bagan Lalang untuk destinasi percutian yang pasti menjanjikan kegembiraan buat anda sekeluarga.

Goodnite all. Tengah tengah malam camni mata aku tak boleh lelap. Heks ;p Mood berblogging tetiba datang tah dari mana. Topik harini bukan pasal kek tau walaupun aku janji semalam nak buat kek for this weekend. Btw sok pun still weekend rite.? :D MAYBE esok baru mood buat kek ada. Harini seharian bz masak, kemas rumah, wat tempahan FELT lagi. Tak menang tangan aku. Whatever is, tu kan rezeki alhamdulillah. Tangan ada dua je tak larat nak kejar sana sini. Btw esok ada wedding ex-classmate Weeee~ Tahniah darl.! Semoga bahagia hingga akhir hayat. Hope dapat jumpa darlings aku semua. <3

Actually nak cite sal destinasi percutian aku dan family members beberapa bulan yang lepas. Dah basi pun cite ni tapi aku nak share ngan readers aku. Sharing is caring rite.? Kitorang pilih Bagan Lalang sebagai tempat untuk family gathering. Seronok sangat sebab semua saudara mara berkumpul, having fun, laughing, crying etc. Kalau dah nama gath mesti ada telematch. Gila havoc.!! Besttttt sangat hope next time we all can gather again. Maybe pasni gath kat Cameron Highland ke. What say you.?

For those yang tak pernah pegi lagi, let me introduce you about Bagan Lalang.

Ada dua way yang korang boleh lalu, If lalu highway, 
- Naik PLUS exit KLIA 
- Then lalu jalan ke LCCT 
- Pastuh pegi kiri nak ke Litar Sepang F1
- Terus ke Bandar Enstek
- Nanti jumpa simpang 4 ikut arah ke Sepang
- Last; ikut signboard ke Bagan Lalang. 


If lalu jalan lama (jalan Banting) pun boleh,
- Dari Banting, amek jalan nak ke Pantai Morib macam nak g PD tapi jangan la ikut signboard pegi PD lak sampai ke tua pun kau takkan sampai ke Bagan Lalang.
- Ikut signboard ke Bagan Lalang okeh :)

Aku lagi prefer lalu jalan lama sebab boleh tengok pemandangan yang menarik which is ladang kelapa sawit, kebun kebun, dusun dusun, perkampungan Melayu, hijau mata memandang. Tapi 1 kelemahan lalu jalan lama adalah banyak traffic light yang korang kena tempuh plus jam if korang pegi weekend. Kelebihannya takde kena bayar tol. Actually sama je kekdahnya. Lalu highway kena bayar tol, jimat masa n minyak. Lalu jalan lama tak payah bayar tol, melambatkan perjalanan (takde la lambat sangat), kena isi minyak lebih so sama je kan. Korang ada pilihan nak lalu mana. Ala sama je lalu highway or jalan lama.

Kat Bagan Lalang ada apartment, rest house yang mana korang bebas memilih mengikut keselesaan. Yang penting sediakan duit je la. Kitorang arituh duduk rumah kiranya macam sewa rumah la. Paling best 1 rumah teres setingkat boleh muat 6 family. Rumah besar ada aircond, tv, dapur, gas, peti sejuk, tilam, bantal. Perfect.! Macam duduk kat rumah. Alamak tak ingat la brape charge sehari rumah tu -_- Oh jangan risau... Pasti murah dan berbaloi.

Aktiviti yang kitorang buat sukaneka, BBQ, cabutan bertuah. Jarak dari rumah ke pantai hanya 2-3 minit je. Dekat sangat heeee.. Jalan kaki pun boleh tapi berpeluh badak ah kau. Cite panjang kang bosan lak nak baca.

Here some picture ;


Konvoi. Tengah menunggu mereka.
p/s : kitorang ada group colour. family aku kaler MERAH. Likes :D


Muka excited baru sampai.


Masing masing standby nak poco poco. Ye yang kat belakang tu yang tutup separuh muka tu bukan Taliban tu adalah kakak aku.


BBQ Time.!!!


Kumpulan Merah.

p/s: havoc gila.!! Love m family so sooooo much~


Tiada ulasan: