Khamis, 31 Mac 2011

Eh kenapa tetiba resign 24hrs ni.?

I've been working almost 4 years. Macam macam company aku pernah kerja. Company Cina, Melayu, India je aku tak pernah kerja lagi. Kalo ikut pengalaman aku selama aku kerja la kan, aku rasa aku tau apa faktor-faktor pekerja resign secara mengejut or (24hrs). Bila resign mengejut ni orang cakap macam shit la sket sebab tetiba kan tanpa ada notis sebulan or notis seminggu. Notis pemberhentian kerja ikut company. Ada yang kena bagi notis sebulan, notis 3 bulan, notis seminggu etc. Kelam kelibut la company tu nak cari pekerja baru dalam masa yang singkat.! Memang bos hangin satu badan la kan tapi kau sebagai bos pun kena la kaji balik kenapa staff kau buat macam tuh. Mungkin diorang ada sebab tersendiri. Atau mungkin punca dari bos.? Sekarang semua pakau duit sedangkan masuk toilet pun kena bayar.



^^Gaji rendah.
Let say jawatan dia hanya kerani. Kerja plak company swasta. Company tuh pulak company MELAYU kita. Maju memang maju. Untung projek berjuta juta. Tapi...... Bos kedek. Bayangkan la kau duduk bandar yang serba maju ni. Gaji kau dapat sebulan RM700-800. Mana cukup. Dengan bayar rumah sewa, makan, minum, minyak, tol, servis kereta. Apa salahnya bos bayar la paling kurang pun RM1000. Aku rasa 1k tuh standard ah tuk kerani. Alah kaum dia jugak tolong la kan.? Lain la warga asing takpe la bagi gaji ciput pun. Kalau kerja gomen tak kesah ah RM800 pun. Banyak elaun nya boleh ah survive sampai hujung bulan. Aku cite ni berdasarkan budak office aku. Kesian tengok dia. Belum sampai hujung bulan duit nak makan pun takde. Tu pun dia tak boleh nak asingkan duit tuk simpanan. RM800 habis bulat-bulat tanpa simpanan.

^^Dapat kerja tempat lain dengan jawatan lebih tinggi dan gaji yang lebih masyukkk.
Gaji masyuk dari tempat kerja lama sape taknak kan.? Kalau company lama bagi RM800 tapi company yang baru ni tawarkan gaji yang lagi up. Kalau aku pun pegi. Let say arini dia pegi interview esoknya company tuh panggil lapor diri. Tu la faktornya melayang notis resign 24hrs. Peluang keemasan memang taknak lepas ah. Sanggup resign 24hrs untuk dapatkan jawatan yang baru tuh.

^^Sakit misteri menyerang tiba tiba.
Elok elok kau keje walaupun gaji ciput tetibe dengan izin Allah, kau jatuh sakit. Padahal selama ni kau kemain sihat lagi. Berlari lari dalam office elok je. Dak office datang kerja tanda soal kemain besar atas kepala diorang maksudnya tertanya tanya mana kau tak datang ofis berhari-hari. Rupa-rupanya kau sakit misteri yang memaksa kau resign 24 hrs. Bos jangan la nak melenting je bila tetiba ada notis 24hrs ada atas meja. Faham la keadaan.

^^Malas tahap gaban.
Ni aku tak boleh tolong. Malas kau punya pasal la labuuuuu. Dah malas tapayah la kerja apa susah. Kalau kerja pun tak de effect pun kat company. Kau ada sama, kau takde pun sama. Setakat datang office punch in ngan punch out je. Waddahek?

^^Tak minat dengan bidang kerja.
Ni satu hal dah tau tak minat nape apply.? Buat kerja bila takde keikhlasan macam ni la jadi. Macam tak best je kan. Yela hati tak ikhlas, tak suci macam mana nak buat kerja dengan jayanya. Jadi fikiran tu asek nak berenti je la. Jika hati ikhlas maka InsyaAllah gaji akan diberkati.

Ni je la pendapat kau. Sape tak puas ati sila komen. Aku open-minded. Peace yawww :D :D

Tiada ulasan: