Khamis, 14 April 2011

Macam mana cara korang berjalan.?

Hati sakit plan nak update blog pagi pagi buta tadi tapi tah kenapa line sini menaikkan darah muda aku jadi aku terpaksalah update di petang hari. Sangat lah malassss. Mata ngantuk perut kenyang masa untuk tido sepatutnya.
Nak share sket info kat readers. Ilmu yang ada jangan kodokut. Kongsi kongsi bersama. Chill :D

Nak share rahsia WANITA berjalan. Wanita je. Lelaki tableh masok campo. Ahhaaa.

INFO 1 :
^^Tetibe korang jalan belakang mana mana gurl, cuba tengok gaya dia. If dia jalan menjingkit jingkit (tumit macam tak pijak tanah),
- tidak jujur, kalo sembang cakap nak up je pastu ada unsur unsur laser disitu.
- ego.
- membazir.
- tapi yang bagusnya orang macam ni menjadi pujaan ramai lelaki.

INFO 2 :
^^Berjalan pesennya suka pandang kiri kanan,
- pandaiii simpan rahsia.
- suka tipu teman rapat, tidak jujur dengan teman sendiri.
- tapi ramai lelaki suka sebabb diorang kata mudah diuruskan mungkin ikut kata kot. Tak melawan.

INFO 3 :
^^Berjalan menunduk, (ehem ehem >,<)
- sifat yang tertutup.
- hanya berbual dengan teman yang rapat SAHAJA dan boleh dipercayai untuk simpan rahsia. (tq mrfiance)
- susah nak ngorat. tak layan ah. buat la camana pun, bagi duit sejuta pn aku tanak. setia oke. ehem lagi.
- kalau ada lelaki dapat gurl camni, insyaallah akan terjamin kebahagiaan.
- setia pada yang satu.
- takkan sekali kali mengkhianati pasangan dia.

INFO 4 :
^^Berjalan pandang depan je,
- pendirian teguh.
- iman kuat.
- jangan menentang apa yg dia cakap. layan jeee~. kalo tak, bernanah telinga dengar bebelan dia.
- selalu selisih pendapat.
- gurl macam ni suka bergaul dengan orang yang berpengalaman luas aje. budak budak hingusan tak layan ah.

INFO 5 :
^^Berjalan badan gerak ke kiri dan ke kanan, (hurmm camne eh tak penah tgk lg)
- tak amek pot ngan masalah yang dia hadapi.
- dia anggap masalah yang dia hadapi benda kecik je walaupun sebenarnya masalah tu besar. lantak kau lah.

INFO 6 :
^^Berjalan tegak gila,
- tegas.
- tak nak orang lain masuk campur dalam urusan peribadinya.
- bercakap serius. (eh kemon ah kalo serius sgt pn tak best)
- sangat bertanggungjawab.
- menyenangi lelaki yang berdikari.

INFO 7 :
^^Berjalan macam zirafah (masa melangkahkan kaki, badannya bergerak ke depan dan belakang),


ini zirafah. eh bukan nak kata gurl korang macam zirafah ini hanya ilustrasi sahaja. sekian. 

- perasaan dia sangat lemah.
- mudah terasa.
- mudah tersinggung.
- kalo borak dgn gurl macamni, jaga lah percakapan agar tidak menyentuh perasaannya.
- mudah mengalirkan airmata.

Notakaki 1 : kepada guys, silalah kaji gurl anda. gurl anda tergolong dalam golongan yang mana. hihihihi :D oke tak comel gelak camtu.

Notakaki 2 : hargailah pasangan anda walau macam mana pun dia berjalan kerana ini mungkin hanyalah kebetulan sahaja. setiap orang berlainan pendapat dan pandangan. jika pendapat anda bercanggah, sila tinggalkan komen kat chat box ok.!

2 ulasan:

kday berkata...

Jalan tonggek camne plk?..haha..muncit perasan la tu jalan pndg2 bwh..

Wahida berkata...

betul la. mmg syg jln pandang bawah. segan kalo nak pandang2 org.