Memandangkan ada orang cakap aku dah gemok, maka aku dengan rajennya membuat research tentang KURUS. Memang secara luaran aku nampak sangat kurus. Ya kurus. Siap ada orang panggil aku si keding, si kurus, si papan tapi secara mentalnya aku stress sebab aku rasa aku dah gemuk. Badan rasa berat, paha makin membesar, perut makin memboncit. Lemak takde kot. Heeee :D Aku rasa aku berat sebab tulang aku kot. LOL. Oke nanti ada orang tuh cakap aku taknak terima kenyataan yang aku dah gemuk. Haihh -_- Aku tak gemuk laaa aku berat tulang jek. Betollll laaaaaaaa. Teruk betul sapa yang cakap aku gemuk kan kan.
Pada sape sape yang tengah carik petua petua nak kuwuskan badan, meh aku ada petuanya. Kalo suka blh try ikut, kalo tak suke, xpayah ikut tapi kau jangan nak membebel kalo badan kau gemuk tak kuwus kuwus.
> Jangan berlapar.
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle (kalo taktau maksud muscle, silalah google ye.!) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Bila badan korang tak tahan berlapar, biasanya korang mesti makan banyak kan kan.? Ha pada masa ni lah walaupun tahap pengambilan makanan korang telah kembali ke normal tapi metabolisme badan korang masih lagi rendah tau tak.? Maka ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
> Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan.
Okay sebelum makan, apa kata korang minum kopi atau berkumur beberapa saat. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCI. Kekurangan enzim dan asid HCI di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
pssst..psttt : HCI - Hydrochloric Acid.
> Minum 8 gelas air sehari.
Air dapat mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak dalam tubuh. Sebelum makan makanan berat, cuba korang minum air, mesti korang takkan makan dengan banyak. Pegi office/class cuba lah bawak botol minuman. Dengan cara itu sekurang-kurangnya korang akan meminum banyak air. Cuba korang test sebab aku memang amalkan macam nih. ;p
> Elakkan minum minuman bergas.
Korang taw tak minuman bergas mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. So kalo korang makan paspud, gantilah air gas tuh kepada ice lemon tea ke ice milo ke hot coffee ke hot tea ke. Ada option lain kan so no reason.
> Ambil sarapan pagi.
Korang boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan pagi. Mengikut kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambil sarapan pagi. Oke kenapa boleh jadi camni.? Sebab sarapan pagi boleh menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
> Makan la perlahan-lahan. Jangan gelojoh.
Nikmatilah makanan korang tuh takpayah nak makan lajulaju macam nak kejar keretapi. Sebab kalo makan perlahanlahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.
> Kunyah makanan pada cebisan kecil.
Kunyahlah pada cebisan kecil sebab ia akan memudahkan proses penghadaman.
> Makan banyak dan sedikit.
Biar makan kerap/berulang kali daripada makan sekali dua tetapi kuantiti banyak. Aku makan kerap ohhhh. Memang tak jalan ah kalo makan sekali je.
> Kunyah gulagula.
Kalo macam terasa nak makan snek or kudap kudapan or makanan ringan, cuba korang g berus gigi or kunyah gulagula. Rasa mint or berangin dalam mulut korang akan membantutkan selera.
Tengok paha diorang kurus jek. Eh sape ada petua nak kuruskan paha, share la Plishh. Paha aku besar badan kecik macam tak stable lak.
Liyana Jasmay nih lagi la super kurus kot. Taknak ar kurus sangat camni. Nanti melayang-layang.
Sampai sini je dulu keyh. Gua ada hal nak setel nih. Chow.
See you when i see you.
1 ulasan:
I've been browsing on-line greater than [url=http://www.saclongchamppliagefr.eu/bagages-sac-double-portable-longchamp-pliage-c-11_12.html]Sac Double Portable Longchamp Pliage[/url] 3 hours nowadays, but I never found any fascinating article like yours. Sac Hobo Longchamp Pliage [url=http://www.saclongchamppliagefr.eu/petite-maroquinerie-c-8.html]Petite maroquinerie[/url] ,It is lovely worth sufficient for me. Personally, if all web owners and bloggers made just right content material as you did, the web will probably be much more helpful than ever before.
Catat Ulasan