Selasa, 18 Januari 2011

"What's Hot is Gettin' Hotter"

Assalamualaikum w.b.t

Baru hari ni tergerak hati nak buat entry SPECIAL untuk CST PRODUCTION dan LYNDARAHIMKUALALUMPUR. Haaa.? Tak kenal.? How dare korang tak kenal mereka nih.? Mereka sangat famous okehhh. *Aku selalu ikut perkembangan diorang*. Eh bukan bodek ek. Aku dapat taw contest ni pun dari member FB aku lah. Tetiba kuar kat home aku dia punya note. Tajuk dia lak menarik aku pun terbukak la then terbaca 'love story' dia ngan tunang dia. Hee menarik bukan.? Aku pun try la usha page CST & LYNDARAHIM. Setelah diteliti betulbetul contest dia, memang best.! Teruja.! Terlompat.! Hadiah.? Ohhh sangat menarik.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

1) 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis Pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday etc.)

2) 1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIMKUALALUMPUR.

Ohhhh alangkah indahnya kalau aku dapat sentuhan kreatif dari mereka ni. Oke stop berangan plishhh.!

Ada 2 pilihan samada nak buat 'DREAMS WEDDING' or 'LOVE STORY'.

Dah tentu tentu aku pilih........................................

(drumrolls)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LOVE STORY *,*

Ehem..ehem.. Ahhaa kena berdehem dulu sebab malu gila weyh nak cita Love Story aku ngan Encik K. (bukan nama sebenar).

Perkenalan kami diatur oleh seorang kakak a.k.a staff Q*****y Hotel (motif letak bintangbintang tuh.? Dah tentu korang taw hotel apa kan.? Saje hyperbola sket). Memang dari first day Encik K melapor diri bersama rakanrakan seperjuangan aku dah usha dia. Eh eh jap. Aku nak bagitau awalawal yang aku tak suka laki usha aku dulu. Sekian Terima Kasih. Sila Datang Lagi. So aku nampak dia ngan genggeng dia tawaf 1 hotel. Yela first day kan kononkonon nak intro la sume kawasan dalam hotel tuh. Aku plak masa tuh duty kat department Housekeeping. Aku baru selesai kemas bilik sekali keluar je dari pintu Guest Room aku nampak dia. Waaaahhhaaaa. Itu jam aku wat bodoh jek kat dia. Muka berlagak habis kau tau.? Pehhh bajet aku nak ngorat jek. 

Memory 1 : Time break aku biasala aku menghabiskan masa kat kafe hotel laaa. Mana lagik. Naik jemu aku makan situ sampai muntah ijo dah. Bis pe nak buat kan.? Life must go on. Ecehhh -_- Aku biasa la ngan genggeng ak huhahuhaa nak masuk dalam kafe tuh. Kafe tak ramai orang cun ah.! Boleh wat bising. Sekali tuh masuk la sorang mamat nih. Cuba teka sape.? Oke anda betul.! Encik K la yang  masuk tadi. Dia sorang jek. Muka nerd habis. Ambik makanan pastu dia duduk satu sudut jauh sket dari kitorang punya meja. Aku kejapkejap pandang tapi dia tak pandang langsung. Makk aiiii habis berlagak kau ek. Dah la baru masuk lagi mau berlagak.? *bengang* Tapi kan yang aku tak boleh blahnya henfon dia tak lepaslepas dari tangan. Haihhh mesej sape la agaknya. Pastu baca mesej gelak sorangsorang. Penyakit apa dia ni. Hahaha. Sori Encik K. Lepas habis makan dia trus kuar pegi sambung wat keje. Oke takpe..takpe.. berlagak ehhhh.. Nanti kauuuuu.!!!

Memory 2 : Aku tengah lap kutlery sorangsorang dalam hati menyanyi riang sebab hati gembira dapat buat kerja paling senang sekali. Aku tak suka serve orang. Aku pemalu. Serius. Tetiba Encik K lalu dia pun nak lap kutlery jugak tapi troli lain. (Kutlery diselerakkan atas tray dan diletakkan atas troli supaya mudah dibawa kemana mana) Aku pandang sekali dia pandang jugak. Kami bertentang mata. Gulppppp. Aku kaver lagi sambil buat muka sombong. 

Memory 3 : Last day dia kat hotel tapi aku ada dalam beberapa minggu lagi untuk habiskan prac aku kat situ. Tak aci kan.? Aku masuk dulu tapi dia pulak yang habis dulu. (UiTM prac sekejap sahaja oke tak macam Poly sampai 6 bulan. Cemerlang tak aku.?) Aku lantik Kak E(bukan nama sebenar) untuk jadik posmen. Aku cakap kat Kak E ''Kak, akak g kirim salam kat mamat tuh tengok dia respond tak respond. Muka berlagak je kak''. Mula mula niat aku saje saje je ingatkan Kak E takdela sampaikan salam betul betul rupanya sekali dia pegi buat betul betul daaa. Aaaaaa mati aku.! Tapi kan...tapi kan... dia jawab salam aku. Alamak ada respond pulak. Bukan respond je siap bagi pakej lagi sekeping kertas yang tertera no telefon. Wallahhhh kemain lagi kau ek. Siap bagi no fon lagi. Aku kirim salam jek. Nak tengok respond ke tak sebab dia macam berlagak taw. Cakap dgn girl pun tak pernah aku tengok. Bukan nak berkenalan ponnnnn. Weks ;p 

Memory 4 : Kitorang kuar date untuk pertama kalinya selepas beberapa bulan kami berkawan. Kalau dah kuar date tu maknanya aku dengan rasminya menjadi teman wanita dia. Heee malunyaa... Kuar date naik bus mini yang macam siput terkedek kedek. (Sape duduk area Shah Alam tau la kedaifan bus tersebut). Masa tuh mana wujud lagi RapidKL. Dah la tu date kat Dataran Shah Alam jek. Masing masing xde duit nak lepak kedai minum maka duduk la kat dataran di bawah sinaran matahari yang terik semata mata nak date punya pasal. Ohh pengalaman tuh. Bersyukur kerana aku dapat merasai kesusahan. Borak.? Alaaa korang pun taw kalo first date mesti borak pasal 'eh u dok mana eh', 'dulu sekolah mana' etc. Pastuh dah penat ice breaking kitorang balik dengan hati yang girang sebab dah ada special one. -_-

Setelah 3 tahun 6 bulan kitorang kapel maka kami mengambil keputusan untuk ke peringkat kedua iaitu mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah pada 01/01/2011 aku selamat menjadi tunangan Encik K. Macam tak percaya pun ada tapi ni la kenyataan. Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Thank you Allah. Dan Insyaallah dalam masa 2 tahun ni kami akan diijabkabulkan. Mungkin sudah sampai jodoh kami. 

Notakaki : Sesapa yang berminat nak join, klik je SINI.






4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

good luck yang!!!


http://epagroove.blogspot.com/2011/01/contest-whats-hot-is-gettin-hotter-by.html

Wahida berkata...

Thanks :)

Done.!

Wahida berkata...

thanks.

Done. Nice blog anyway.

Amelia berkata...

Good Luck. Do visit and vote (LIKE) for me.
http://mynameisamelia.blogspot.com/2011/01/my-dreams-love-story.html

thank you. :)