Jumaat, 1 April 2011

Seramnya sekolah itu

Tahun : 2003
Lokasi : Sebuah sekolah di tengah bandar KL.


Ni la pintu masuk sekolah. Seram tak seram tak.? ;o

Masa tuh aku Form 5. Aku senior woo. Aku otai ah kan. Tapi aku baik. Aku tapenah buli junior. Apatah lagi nak suruh diorang cuci baju, angkat baju, lipat baju, kemas bilik, belikan makanan, mintak duit. Tapenah. Sume tapenah. Takcaya tanya junior aku.

Kes 1 ;

Kat sekolah aku tuh ada kos seni kecantikan (or VS). Dalam class diorang nih ada kepala patung tau. Ala yang macam dekat salun tuh. Macam la korang tapenah tengok. Tipu betul ye. Kepala patung tu diorang simpan dalam loker besi. Gila takot nak letak atas meja kang bila lalu kelas diorang memalam mau terketar ketar. Nak diketotkan cerita, satu hari tu ada member aku nih main main la dengan kepala patung tu. Dia dok pegang rambut patung tu pastu pegi acah acah kat kawan kawan dia. Bayangkan (dia pegang rambut patung so kepala tu terapung apung). Konon konon macam hantu penanggal. Budak yang mendajal ni punya gelak berdekah dekah macam la lawak sangat LOL -_-

Nak diketotkan lagi cerita, malam tuh budak tu kena kacau. Dia meracau menjerit. Dia kena histeria. Histeria tu yang macam dalam cerita HISTERIA lakonan Liyana Jasmay, Scha. Katanya patung tu datang bilik dia tengah tengah malam time sume dah tido. Patung tu dok dekat pintu bilik dia dalam keadaan terapung apung. Roomate dia dok terkejut la tengok dia dok histeria sume bantai seram sejuk. Masing masing taknak cool kan kawan dia yg tengah histeria tu. Ciss sume pengkecut = pengecut. Diorang amek keputusan panggil warden, ustaz, ustazah. Maka selepas warden datang selesai lah histeria tersebut. Kejadian berlaku lebih kurang 1 jam. Pehh lama tol dia bertarung. Hah tu la dok gatai sangat main kepala patung sape suruh. Sekolah aku tu memang lain macam sket. Kata je dok tengah bandar KL tapi hantu berkeliaran.

Kes 2 ;

Time prep malam tuh aku dan kawan kawan seangkatanku kena lepak kat bengkel. Bengkel ni letaknya kat bangunan paling belakang sekali. Sebab esoknya ada function kat sekolah maka kitorang kena wat keje. Aku dulu AJK Pentas. Wahhh nampak nampak.. Aktifnya aku kat sekolah. Pffffttttt. Kitorang buat la keje mcam biasa walaupun masing masing takut. Bila dengar bunyi pelik pelik masing masing tengok muka kawan. Kahkah kelakar bila ingat balik. Padahal takde pape tapi biasa la mindset dah dok hantuuuuu je memang la kau nak buat muka cuak je. Balik je dari prep ada junior kena kacau. Time dia nak pegi toilet dia nampak ada hantu berantai lalu kat blok bengkel tadi. Dia kata hantu India. India kan suka pakai rantai kaki, gelang loceng loceng kan.? Ha dia nampak macam tu la. Bunyik loceng rantai kuat sangat.

Kes 3 ;

Bayangkan tengah tengah malam kawan aku kejot aku ajak pegi toilet. Aku tak pegi. Taknak ah takot weh. Kawan aku ajak kawan dia lagi sorang. Fuh! Selamat aku. Ni kawan aku cite. Malam kejadian dia bangun la menemankan kawan dia nak pegi toilet. Kesian lak kan. Budak tuh dah berjoget joget menahan kencing. Oke. Otw nak ke toilet tu dah rasa lain macam. Sejuk jeee. Dah sampai toilet kawan dia ni masuk la dalam tandas. Dia tunggu kat luar. Belek belek muka depan cermin. Nyanyi nyanyi sebab takut kan. Tunggu punya tunggu tak keluar gak kawan dia tadi. Dia dah rasa lain macam tang tang tu lak tetibe angin dari mana datang menusuk ke tulang hitam. Kawan tu dah seram. Dia panggil panggil member dia tak keluar keluar jugak. Dia cek la satu satu tandas tapi............. takde jugak. Pehhh mencicit dia lari balik bilik. Tengok tengok kawan dia tengah sedap tido. Esoknya dia cite kat kawan dia yang ajak dia temankan malam tadi. Kawan dia cakap dia takde bangun pegi toilet pun. Amek kau sekali demam terus. Dengar macam klise kan tapi cite betul nih.

Cukuplah sampai disini sahaja. Kang cite banyak banyak muntah muntah orang baca.

Hye silent readers. Heart u'olsss lah.

2 ulasan:

Hanie(SHMA) berkata...

huahuahua,..menyeramkan

Wahida berkata...

kehkehkeh. seram sangatttt.