Isnin, 1 November 2010

Bukan senang nak jadi senang.

Semua orang nak hidup senang lenang kaya raya tapayah keje dok rumah goyang kaki duit masuk berbondong-bondong. Aku takde la sampai nak goyang kaki camtu gila tak extreme nya kehidupan aku kalau macamtu gayanya. Kalau aku kaya sekalipun mesti aku tanak dok rumah, berpoya-poya. Taknak taknak. Tapi diebabkan aku ni memang tak kaya so aku harus keje. Eh keje best pe daripada dok rumah. Oldfashion tul rasa dok rumah ni sebab rasa macam makcik-makcik, org tua je. 


Walaupun aku ni tak dilahirkan dalam family kaya, aku tetap tak pernah lupa untuk bersyukur. Kehidupan aku dalam kategori sederhana cukup-cukup makan. Tak kurang tak lebih. Jadi, tahap kewangan aku sangatlah limited. Dapat gaji bayar hutang, dapat gaji bayar hutang, dapat gaji bayar hutang ulang lah ayat ni sampai gaji kau tapayah bayar hutang dah. Gaji tak banyak tapi tetap bersyukur. Aku ni kuli je makan gaji tak buta. Aku bekerja keras untuk mencari sesuap nasi. Aku ada banyak tanggungjawab dekat family terutamanya. Aku tak boleh nak bagi kemewahan tapi memadailah dapat membantu.


Hari yang dinanti bakal tiba. Ini masih dalam perancangan tiada actual date lagi. Bukan apa, takot kalau dah beriya kecoh-kecoh satu kampung sat g tak jadi bapak malu aku. So aku amek keputusan untuk mendiamkan diri tapi dalam masa sama sibuk fikir, buat research, survey harga, survey barang etc. Disebabkan kos untuk majlis tu nanti adalah 100% dari aku dan mock sendiri maka kami perlu mencari sendiri bajet. Serius stress sebab duit macam tak cukup. Aku sampai pernah terpikir nak buat keje part-time je. Tapi m ock tak bagi. Dia cakap takot nanti aku penat+sibuk tak tentu masa sampai takde masa nak spend time dgn dia. Wuuuuwuuu~T_T. Sayang dia kat aku. Terharuuuuu.. Sekarang ni ktrg harap duit gaji ktrg je. Bila payday, trus simpan duit masing-masing dalam 1 akaun yang dinamakan akaun BERSAMA. Ala-ala bersamamu la gak. Bila nak beli barang untuk majlis tu, baru withdraw duit then pegi beli sesama. Susah dan seksa nya Tuhan saja yang tau. Aku kena berdikari untuk mencari dan menjana kewangan. Penat memang penat tapi kami kne hadapi dengan tabah dan redha. 


Dapat gaji aku tak shopping langsung. Duit habis dekat kereta, minyak, makan, simpanan. Takde langsung untuk diri sendiri. Aihhhh~ Takpela yang penting masa depan aku terjamin. Kawan-kawan tak suka kawan ngan aku kot sebab aku tak boleh lepak malam, asek takde duit, banyak keje. Tu sebab aku takde kawan aku ni tak boleh bagi komitmen. Bayangkan la gaji aku ngan mock tak banyak. Penah banyak kali gak ktrg kuar sampai tak cukup nak makan, minyak dah smpi E tapi takde duit nak isi. Sadis kan? Siap korek duit syiling lagi. Wuuu T_T. Yela dalam sebulan cuma sekali dua je jmpe. Walaupun dok dekat tapi susah nak jumpa. Sila jangan pelik oke. Nasib baik la kitorang ni bukan jenis hari-hari nak jumpa. Cukup la sekali dua. Lagipun tak elok selalu jumpa selagi takde ikatan yang sah. Boleh menimbulkan fitnah orang ramai. 


Susah nak senang. Sebelum senang kena susah dulu. Masa susah kena tabah. Orang yang tabah ada ganjaran. Aku ni cakap je lebih tapi kadang-kadang rasa down gak bila fikir. :(


p/s: sebulan 1k blh capai target tak? plzzz plzzzz donate. Tabung bersama ku. Bank in ke akaun kami. Weehuuu~

Tiada ulasan: