Isnin, 8 November 2010

Asal-usul tulisan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat silent reader, my followers and others. Ehem-ehem hari ni nak cite pasal sejarah haaa haaa jangan nak menguap tetibe bila dengar aku nak cite sejarah apa korang ingat zaman sekolah dulu ke nak malas-malas study sejarah. Sejarah ni best sebenarnya tapi aku dulu malas bebenor nak ngadap buku teks sejarah lagi-lagi cikgu India aku tu sangat memboringkan aku dan seisi warga kelas ku. Tak caya tanya ex-skoolmate smks 18. Taim aku tuh nama cikgu sejarah aku Pn Komathy kot aduh duhhh duhhh bapak bosannya dia sebab dia garang gila bila dia taw ada dak sembang sekali dia jegil bijik mata mampus korang kena la ngan dia psiko tak psiko nya. Pastu dia baca je taknak terangkan aku ni bertambah la pening pening lalat. Demmit.! Bila dah besar sikit baru aku sedar yang sejarah tu sangat sangat penting. Aku nak share info pasal asal-usul tulisan. Gerenti best nya la kalo aku jadi cikgu sejarah langsung tak bosan malah terasa hepi bagai mahu melompat-lompat. Aku copy and paste je wahahahahahaaa. Janji info aku ni berilmu dan mantap wheuwwww~


p/s: aku rajin tengok channel history kat astro beyond hekhekhek sebab aku malas nak baca-baca.


Dipetik dari blog Asyrazi (http://asyrazi.blogspot.com)

Assalamualaikum w.b.t.,

AKSARA RENCONG a.k.a TULISAN RENCONG - TULISAN MELAYU ASLI

Siapa kata orang Melayu tiada tulisan ciptaan bangsa mereka sendiri? Sebelum tulisan Rumi digunakan dalam persuratan bahasa Melayu, orang-orang Melayu pernah menggunakan sekurang-kurangnya empat jenis tulisan iaitu Rencong, Kawi, Palava dan Jawi. Antara keempat-empat tulisan tersebut, hanya tulisan Rencong sahaja yang dikenalpasti sebagai tulisan Melayu yang asli. Tetapi sayang, tulisan Rencong, Kawi dan Palava telah lama pupus manakala Jawi pula dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. 

SEJARAH AKSARA RENCONG 


Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu). 

‘Aksara Rencong’ ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba. 'Rencong' adalah perkataan Melayu yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong. Aksara Rencong didapati telah wujud lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad keenam masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. Walaubagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ketiga masihi lagi. Aksara ini dicipta oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai. Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia. Selain Rencong, aksara Kawi dan Palava (kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno. Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang dicipta oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu. Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-bata (termasuk batu bersurat). 




Penggunaan tiub buluh dalam aksara Rencong 






Tiub buluh yang ditanggalkan untuk penulisan Rencong. 

Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik cuba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam. Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari al-Quran dan hadis secara tepat. Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk mengabaikan terus ketiga-tiga tulisan tersebut. Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik cuba mengeksperimennya ke atas huruf-huruf Arab dengan mengejanya dalam bahasa Melayu. Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan digunapakai dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik. Walaubagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang), kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia. 




Tulisan Kawi dan Palava mula digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno selepas diperkenalkan oleh pedagang dari India. 

Tulisan Jawi mengambil alih peranan sebagai sistem penulisan Bahasa Melayu Klasik selepas kedatangan Islam di Kepulauan Melayu. (Huruf-huruf di dalam bulatan adalah keunikan bahasa Melayu dan tidak dijumpai di dalam tulisan Arab). 

Ahad, 7 November 2010

New Hobby.

Suka.! Suka.! Aku ada new hobby. Guess what.? Hobby tu ada kaitan dengan kraf serius aku taktau yang aku ni kretip jugak ye. Oyehhhhh. Wawawawawa sebenarnya aku start minat kraf ni dari hanie. Ooooo lupa nak kenalkan dia ni ex skool mate aku duludulu zaman hingusan. Kitorang berpisah pas darjah 6 kot pastu aku masuk sekolah teknik jumpa dia balik tpi dia amek kos lain. Pas hbs SPM kitorang berpisah lagi pastu jumpa semula dalam FB. Gila tragis kisah kitorang en? en?. Aku slalu blogwalking blog dia then pada satu hari yang indah tu aku terbaca pasal kraf yang dia buat. Macam best arrrr gila tak best.? Aku minat sangat kraf tapi aku tak berapa kretip. Akan ku asah lagi bakatku wuuuwuwu. Start aku beli starter kit aku jadi lagi minat kat felt craft. Lama-lama cinta aku terhadap mu wahai felt craft lagi mendalam dan mendalam. Disamping minat yang mendalam, boleh la aku menjana pendapatan kan sambil-sambil tu. Weee~ Ekceli craft yang buat ni more to passionate. Ada la beberapa hasil tangan aku yang tak seberapa nih. Tengok je la kalo berkenan pm inbox FB aku keyh.! For more info visit FB aku. Kat situ ada banyak lagi gambar.


Ni antara sebahagian hasil kerja aku.



Ed Pinaud

Semalam kuar jumpa mock dan kami berjimba-jimba kat rafi Sec 18 je bapak sempoinya kami ni. Senang, santai, chill *__* Pas minum ala kadar, chit chat segala on the way nak pulang, mock ada bagi 1 bungkusan plastik yang aku tatau apa isi dalamnya. Aku cam wowwwwwwww speechless sumpah gila teruja terharu terkejut ter ter terrrrr. Oke neves ni bila ada orang bagi present. Tapi kan kan kan aku taktau sempena apa dia bagi like he said 'tak perlu sempena apa-apa yg, kalo b ikhlas nak bg, b bg je'. Baiklah b wuuuuuu beshbeshbesh -___- Mock cakap aku WAJIB bukak kat rumah dilarang keras untuk bukak dalam kereta hahahahahaha aku lagi la neves. Pas hantar mock balik, aku drive kete lelaju tahap 180/kmj. Aaaaaaaa terbang-terbang tudungku ditiup angin malam. Berdebar-debarrrrrr apa la ada dalam kotak tuh. Sambil drive asyik teka-teka je. Kotak berat wuwuwu jap tadi mock cakap benda dalam ni kecik je berat sebab b letak sampah baiklah aku percaya. Oke sesampai je rumah aku relax cool chill je padahal berdebau-debau lagi ni. Masuk je bilik tutup pintu kunci segala tak sempat bukak baju, tudung sume malah tak sempat duduk, aku terus bukak bungkusan tadi. Aku bukak dengan tak sabarnya sekali wahhhhhhhhhh (what the??) dia tipu aku.!! Aku terus call mock cakap u tipu u tipu u tipuuuuuuu. Rupa-rupanya bukan benda kecik dalam tuh tapi perfume. Wawawawawaaa T___T nanges kejap. Terharu sumpah tak tipu. Yang buat aku nanges gumbira sebab dia bagi perfume gila aku suka ngan peefume kot tu pasal la aku nanges wuuuuuuuu oke dah stop. Beshbesh bau wangi aku suka aku suka. Melompat-lompat yeay.!! Pastu tak boleh tido sebab tak sanggup nak tinggalkan perfume aku tu sensorang dalam almari. Tido dengan perfume sumpah aku tipu. :p Thank you so so sooooo much to him. A bunch of love gagagagagaga. *blashingnya aku. 



cuba tengok balutan dia. wahhhh rare tuh :p


sekali.. tadaaaaa sepraisss.!! 




I love it thank you dear.


Jumaat, 5 November 2010

Putrajaya Drift Challenge

Last sunday aku dengan mock went Putrajaya for watching DRIFT.!!!. Yeah! Best tengok rakan-rakan seperjuangan mock menunjukkan skill masing-masing. This time Bro Auri, Bobby and Ammar yang participate in this event. Eventho mereka-mereka ni main untuk novice tapi nampak macam expert. Good job.! XD. Kitorang sampai dalam pukul 1 lebih camtu kot. Panas tak hengat kat sana jadi cair la mekap aku walaupun aku tak bermekap pun. Wahaha. Aku yang zero dalam sukan drift ni hanya menonton tanpa memberi apa-apa komen sebab taktau pape pun. Heee. Yang aku tau clipping point so sape yang jauh dari clipping point dpt markah sikit and sebaliknya. So kena target dekat clipping point ah senang cite straighten pun xpe asalkan kat clipping point ko target betul-betul. Eh betul ke aku punya explanation ni. Mock sila betulkan kalo i salah. *___* Dorang bertiga ni dapat masuk best 8 and best 4. Eh ada ke best 4? Oke belasah je. Conclusionnya Auri dapat 3rd place, Bobby 4th place and Ammar 7th place. Congrat to all of you. Permulaan yang sangat baik untuk memantapkan lagi skill korang. Tak sempat nak amek pic dorang tengah drift. Pic kitorang je ada. Hahahaha.



*****************

****************

***************

**************

*************

************

***********

**********

*********

********

*******

******

*****

****

***

**

*


Sebelum ke Putrajaya. Lunch @ McD



Dah sampaii.. Very hot u know..

Isnin, 1 November 2010

Bukan senang nak jadi senang.

Semua orang nak hidup senang lenang kaya raya tapayah keje dok rumah goyang kaki duit masuk berbondong-bondong. Aku takde la sampai nak goyang kaki camtu gila tak extreme nya kehidupan aku kalau macamtu gayanya. Kalau aku kaya sekalipun mesti aku tanak dok rumah, berpoya-poya. Taknak taknak. Tapi diebabkan aku ni memang tak kaya so aku harus keje. Eh keje best pe daripada dok rumah. Oldfashion tul rasa dok rumah ni sebab rasa macam makcik-makcik, org tua je. 


Walaupun aku ni tak dilahirkan dalam family kaya, aku tetap tak pernah lupa untuk bersyukur. Kehidupan aku dalam kategori sederhana cukup-cukup makan. Tak kurang tak lebih. Jadi, tahap kewangan aku sangatlah limited. Dapat gaji bayar hutang, dapat gaji bayar hutang, dapat gaji bayar hutang ulang lah ayat ni sampai gaji kau tapayah bayar hutang dah. Gaji tak banyak tapi tetap bersyukur. Aku ni kuli je makan gaji tak buta. Aku bekerja keras untuk mencari sesuap nasi. Aku ada banyak tanggungjawab dekat family terutamanya. Aku tak boleh nak bagi kemewahan tapi memadailah dapat membantu.


Hari yang dinanti bakal tiba. Ini masih dalam perancangan tiada actual date lagi. Bukan apa, takot kalau dah beriya kecoh-kecoh satu kampung sat g tak jadi bapak malu aku. So aku amek keputusan untuk mendiamkan diri tapi dalam masa sama sibuk fikir, buat research, survey harga, survey barang etc. Disebabkan kos untuk majlis tu nanti adalah 100% dari aku dan mock sendiri maka kami perlu mencari sendiri bajet. Serius stress sebab duit macam tak cukup. Aku sampai pernah terpikir nak buat keje part-time je. Tapi m ock tak bagi. Dia cakap takot nanti aku penat+sibuk tak tentu masa sampai takde masa nak spend time dgn dia. Wuuuuwuuu~T_T. Sayang dia kat aku. Terharuuuuu.. Sekarang ni ktrg harap duit gaji ktrg je. Bila payday, trus simpan duit masing-masing dalam 1 akaun yang dinamakan akaun BERSAMA. Ala-ala bersamamu la gak. Bila nak beli barang untuk majlis tu, baru withdraw duit then pegi beli sesama. Susah dan seksa nya Tuhan saja yang tau. Aku kena berdikari untuk mencari dan menjana kewangan. Penat memang penat tapi kami kne hadapi dengan tabah dan redha. 


Dapat gaji aku tak shopping langsung. Duit habis dekat kereta, minyak, makan, simpanan. Takde langsung untuk diri sendiri. Aihhhh~ Takpela yang penting masa depan aku terjamin. Kawan-kawan tak suka kawan ngan aku kot sebab aku tak boleh lepak malam, asek takde duit, banyak keje. Tu sebab aku takde kawan aku ni tak boleh bagi komitmen. Bayangkan la gaji aku ngan mock tak banyak. Penah banyak kali gak ktrg kuar sampai tak cukup nak makan, minyak dah smpi E tapi takde duit nak isi. Sadis kan? Siap korek duit syiling lagi. Wuuu T_T. Yela dalam sebulan cuma sekali dua je jmpe. Walaupun dok dekat tapi susah nak jumpa. Sila jangan pelik oke. Nasib baik la kitorang ni bukan jenis hari-hari nak jumpa. Cukup la sekali dua. Lagipun tak elok selalu jumpa selagi takde ikatan yang sah. Boleh menimbulkan fitnah orang ramai. 


Susah nak senang. Sebelum senang kena susah dulu. Masa susah kena tabah. Orang yang tabah ada ganjaran. Aku ni cakap je lebih tapi kadang-kadang rasa down gak bila fikir. :(


p/s: sebulan 1k blh capai target tak? plzzz plzzzz donate. Tabung bersama ku. Bank in ke akaun kami. Weehuuu~

Sabtu, 30 Oktober 2010

Aku Bersama Kupu-kupu.


Sorry gambar tak berkualiti langsung. Gambar dicapture dari henfon tempatan. Jenama dirahsiakan. Maaf. Haaa nampak tak ada kupu-kupu kat tepi tudung aku yang kalerful bagai poyo gila rasa pakai kupu-kupu ni. Memula rasa pelik nak mati ah siyes tak tipu. Tapi bila dah lama pastu wat bodoh macam perasan muka aku ni cantek sangat dengan bangganya aku bangga pakai kupu-kupu yang murah lagi cute. Aku saje tak susun ayat betul-betul. Pegi tadi pegi keje pakai lagi kupu-kupu besar gedabak yang taktau malu dok kat tepi tudung aku. Petang pakai lagi. Gila kuasa biasa ah baru nak up. Kisah lak aku? Rasa cam mood tetibe berubah jadi happy tak terkata bila aku pakai menatang ni. Heh yang bestnya mock cam pelik tengok aku dengan kupu-kupu gedabak. Tapi aku tau dalam hati dia berkata 'eh nampak tiut miut lak awek aku nih'. Hakhakhaktuiiiiihhh. Jap. Aku nak masuk bakul pastu angkat sendiri sebab aku puji diri sendiri. Sekarang dalam proses mengumpul kupu-kupu malam terbang melayang melekat di tepi kepalaku. 

p/s: dear mock : berkatilah kupu-kupu ku.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Xpress Exfoliating Gel


Xpress Exfoliating Gel ni bagus sangat. Serius. Bukan nak promote tapi memang berkesan. Aku baru pakai sebulan gel ni tapi kesannya dah nampak. Actually functionnya untuk reduce blackhead, sel kulit mati, meratakan kulit yang kasar. Struktur dia cam scrub. Bila sapu kat muka nanti ada kuar macam biji-biji. Masa memula pakai dulu cam geli-geli sebab tak biasa lagi. Hakhak. Tapi gel ni tak boleh pakai selalu. Dalam seminggu 2 kali je dah cukup. Tak digalakkan pakai hari-hari sebab nanti dikhuatiri akan menghakis kulit anda tatayokk aku tanak tanggung. Harga murah je. RM19.90 kot. Tengok la muka kat botol tu kan licin berseri tiada jerawat digemari ramai sehingga berebut-rebut. Tipu je berebut.
Pastu tengok muka aku lak. Berseri tak berseri. Aku taw la aku tak putih macam muka kat botol tu. Sawo matang ni dah cukup bersyukur la daripada takde muka. Tipu lagi. Mana ada orang takde muka. Vunguks.

Aku taktau apa nak update ni.

Dah bersawang blog aku ni. Yela mana sempat nak update. Keje banyak nak kena buat (bz, bwh sket dari PM). Malas la sebenarnyaaaaaa.. Oke itu adalah benar belaka. Malas sebab bosan ngan template lama. Tiap kali nak update mesti tak jadi. Padahal dah siap bukak new post taip bagai bla bla bla last2 delete balik. Mengong tol la. Takde mood tgk template burok ni. Nak kata buta IT takde la sampai camtu en..  tapi aku ni malas nak edit HTML pas2 edit sana edit sini. Malas taw tak? Tak kuasa aku nak ngadap pc ni je. Mata pun dah makin rabun. Demmit!! 

Apa lagi nak cita ek. Takde pape yang menarik dalam hidup aku. Perjalanan hidup aku bosan. Tak berapa meriah sebab masa aku banyak dihabiskan kat opis and rmah bersama family terchenta. Betulll serius bosan. Tu pasal aku takde kawan baik@kawan rapat. Kawan-kawan biasa ada la. Bukan apa, aku ni tak boleh nak bagi komitmen kalau ada kawan baik. Nak kata aku ni anti-sosial bukan sama sekali cuma aku dah bosan keluar lepak2. Mungkin umur dah dewasa ni jadi malas nak lalalala. Aku lebih bahagia dok kat rmh, baring2, golek2. Hati senang, duit selamat, nyawa selamat.

Eh taw tak sekarang trend culik, ragut, bunuh, bakar bla bla bla. Oke aku takot.

Mengapa tulis kat tajuk entry "Aku taktau apa nak update" sedangkan kau dah merepek kat atas? Masa sekolah rendah buat karangan selalu je terpesong dari apa yang soalan nak padan muka aku. Aku nak berhenti merepek.

p/s: kecewa tak dapat pisang goreng sec 19. tyme aku nak la tak dapat.

Selasa, 19 Oktober 2010

Tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia.

Tajuk entri nak meletopp jek. Aaaaaaaa stress. Yes am stress. Btw am not happy at all. Banyak masalah memang biasa la. Yang tak biasanya bila kena menetapkan pendirian untuk memastikan masalah tu tidak dianggap berat. *My bad :(


Mungkin quote ni paling tepat untuk aku
(Kita merancang Tuhan yang menentukan)


Nasib baik aku ada lelakiitu yang membuat aku kuat. Lelakiitu yang hadir dalam hidup aku untuk melengkapkan kehidupan aku sebagai aku. Ecehhh. Temkiyu untuk lelakiitu.

Rabu, 13 Oktober 2010

Sabar Sayang.

Assalamualaikum w.b.t

Mood hari ini OK. Means ada mood nak update belog. Sebab nak share info penting. Btw, Allah menguji ku sekali lagi. Kadang-kadang timbul sikap tak puas hati kenapa aku selalu sangat diuji. Tapi itulah..kita ni sebagai hamba-Nya harus tabah dalam menghadapi ujian dari-Nya. Back to nature, dah fitrah kejadian manusia macamtu. 

Waktu yang ku tunggu hampir tiba. Sekarang masih konfius samada nak pegi terus atau tak. Terus operate or just check je. Haihhh~ Kakak aku cakap jangan operate dulu. Majoriti cakap jangan operate dulu. Ada yang cakap benda ni boleh kecut sebab tak serius lagi. Berat aku nak tanggung sakit semua. Memang dari luar aku nampak macam sihat takde pape tapi Tuhan je yang tau apa yang aku tanggung.

Aku dah buat research pasal TONSIL ni. Check it out:

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah.- 
* Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.
* Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. 
* Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.- ini betul! seksaaaaaa aku!!
* Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.
* Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. 
* Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.--> What?? Takde can nak sembuh sepenuhnya? 
* Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi'--> Tapi aku masih boleh bernafas. So amcam tak perlu je aku operate. *konpiuskonpius*.

Mood : Tekak sakitttttt, batuk tak henti, anak tekak merah menyala, kahak berkumpul. *yewww*


Selasa, 12 Oktober 2010

Mari Belajar Potong Kuku.

Assalamualaikum w.b.t


                                  


Takde benda nak update. Cuma nak share cara memotong kuku tangan dan kaki. Sebelum ni ak main redah je nak potong camne pon. Main sukati nenek belah atok ak je nak potong camne pon janji nampak bersih dan kemas. Act benda ni mocK yang bagi dia soh update dalam belog. Dah lama giler dia bagi baru harini ak update. Nampak tak busy x busy nya ak? Haaaa.. Tu sebab la belog ni dah bersawang bagai. Jadi marilah kita sama-sama mengikut sunnah di atas hokeh? 


p/s: Jangan sekali-kali bela kuku panjang kerana dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit. Untuk lelaki dan wanita, carilah pasangan yang tidak memiliki kuku panjang. Bayangkan kuku kotor pastu masak, makan, bagi anak makan dgn kuku kotor camtu. Nanti anak jadi malas, suka melepak, degil etc. Nauzubillah.

Rabu, 29 September 2010

Counting days!!

Assalamualaikum w.b.t



Once cincin disarung ke jari aku kena bersedia menghadapi dugaan dan sekaligus memberi harapan yang besar kepada kedua-dua belah family. Like I said before, aku KALAU boleh aku nak elakkan sangat bertunang ni. Tapi apakan daya aku tak boleh la pentingkan diri sendiri harus ikut pendapat pihak lain gak. Yela kalau tunang pun mungkin da same day nikah nanti. Means pagi tunang sekejap then lepas zohor camtu terus nikah. Takpelah since mock pun nak merasa bertunang so aku on je. Jodoh pertemuan semua ALLAH yang tentukan right? Sebab pe aku takot tunang? Sebab aku dh tgk pengalaman kwn2 tunang. Mcm2 dugaan diorang kena tempuhi. Makin lama tunang makin besar dugaan tau tak? Kalau tak tau kena la amek tau.

Sebenarnya pertunangan tak elok dihebahkan. So aku takkan mention bila aku akan bertunang. Harharharrrr. Tunggu je la sampai masa aku tunang, maka tunang la aku dengan jejaka pilihanku. Nak buat majlis tunang pun bukan free je. Makan ratus gak la. Sekarang kena cari duit kuat2. Kurangkan enjoy n shopping. Eh aku ni pun bukanlah kaki enjoy+shopping. Kalau la tetiba dapat duit terpijak ke. *Tetibe. Nanti nak kawen lagi besar bajet. Lagi pening kepala. Nasib baik la aku ada family yang sangat menyokong dan sedia membantu. Juga sedara mara yang ramai yang blh bantu aku. Haa tu la untung ada family besar. Alhamdulillah.. Korang doa2kan la kitorg keyh! *Jap! Ada ke org baca belog aku neh? Aku rasa aku xde pun org follow belog aku. Takpelah janji ni belog aku, i have my rights to write anything yg aku suka oke bebeyh!

Love.

Selasa, 28 September 2010

Cara nak mengenalpasti barangan dari BABI..

Cara tengok dan kenalpasti barang dari kulit BABI
Posted By PakarHowTo On April 29, 2009 (10:28 am) In "How To"

Mutakhir ini kecoh satu dunia pasal satu wabak yang amat berbahaya. Korang tau tak wabak apa? Tak lain dan tak bukan, wabak SELSEMA BABI!!!
* Izinkan saya letak gambar anak babi kat sini sebagai hiasan…hehe


'anak babi'
Selama saya hidup, inilah baru kali pertama dengar tentang wabak SELSEMA BABI ni. Yer la kan, dulu kecoh pasal selsema burung la, SARS la dan macam2 lagi. Tup-tup sekarang ni, selsema babi pulak yang muncul. Ish ish…macam-macam perkara pelik yang berlaku dalam dunia akhir zaman ini. Mungkinkah ini adalah tanda-tanda hari sudah nak kiamat?Tak gentarkah kita? Dah bersediakah kita untuk itu?
Baik, berbalik kepada selsema babi ni. Mula-mula dengar berita di TV, rasa cam janggal la pulak. Selsema Babi?? “Isk…babi pun kena selsema gak ker?”…itu detik hati saya masa kali pertama dengar pembaca berita sebut tentang SELSEMA BABI ini. Tapi lepas dah dengar betul-betul berita tu, barulah saya mengertai apa sebenarnya selsema babi.
Sedikit petikan berita dari Utusan Malaysia tentang selsema babi.
“Angka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.

Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan.” 
– Sumber berita dari Reuters
Menurut berita, disebabkan selsema babi ni, lebih 80 orang di Mexico telah maut. Dan ratusan orang lagi dipercayai telah terkena wabak ini. Cara jangkitannya masih menjadi misteri. Tetapi, menurut ceritanya, ia boleh merebak dan menjangkit dari seorang manusia ke manusia lainnya.
Wabak ini sukar dikesan kerana simptom dan kesan wabak ini hanyalah seperti simptom influenza yang biasa. Yang menakutkannya ialah, ia boleh menyerang sesiapa sahaja, walaupun bagi yang bukan pemakan daging babi. Itu yang diberitakan dalan TV.

Aduh!! Sesiapa saja boleh kena??? Biar betul. Kecut perut gak memikirkannya. Huhu
Baiklah, dah alang2 saya bawakan isu selsema babi ini. Maka dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai cara bagaimana untuk kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi.
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi ini. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat dimana-mana sebenarnya. Malah banyak juga terdapat di kompleks-kompleks membeli-belah terkemuka.
Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
  1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini  ;3 bintik kulit babi
  2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
  3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
  4. Kawan saya kata, kalau kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Kulit Babi Tompokan 3 Bintikkulit babikasut kulit babi
Haa korang macammana? Ada pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi tak?
Selepas membaca artikel ini, saya harap kita semua dapat lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan. Jangan main tangkap muat saja yer. :)
Sekian.

Tarian Poco - poco

ini adalah satu surat dr blog lain yg menerangkan asal usul tarian poco-poco yg menjadi ikutan rakyat Malaysia yg sinonim suka pada barangan luar dr barangan dalam negeri.hehe..jadi, surat ini menerangkan tentang perkara tersirat di sebalik tarian ini..
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak
siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

 bagi saya, sebarang tarian adalah tidah salah selagi ia tidak bertentangan dgn syariat islam. tp apabila ia ada unsur2 agama lain ia telah menjadi haram kerana menyerupai agama lain.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.
Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain. Banyak lagi tarian Malaysia yg patut di gunakn sebab kita tahu asal usul dia.

Lagi satu, kalo anda was-was dgn sesuatu perkara, TINGGALkan kerana sesuatu yang tiada kepastian akan hukumnya akan jatuh sebagai ‘gharar’ iaitu tiada ketentuan. Dan ‘gharar’ hukumnya adalah haram! Sama juga sesuatu yang kita was-was, walaupun sesuatu itu halal pada dasarnya, tapi kerana kita was-was, maka ia haram buat kita. Tidak untuk orang lain. jadi kita sebagai umat islam perlu la berfikir dgn waras dan tenang. Rule islam senang je, kalo was-was, tinggalkan je...wassalam..

Selasa, 21 September 2010

Anak kecil main api

bangkit la dari tidur..bersatulah demi agama,bangsa dan negara..ini adalah lagu semangat alter terahsia bangsa kita..sematkan di dalam hati..ajar la pada anak-anak kita demi masa depan yg utuh..

Anak Kecil Main Api
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

Sabtu, 18 September 2010

Salam Jumaat.

Assalamualaikum w.b.t

Syawal ke 8 aku dah mula kerja. Sungguh tak adil tatkala colleague lain masih diulit mimpi indah sedangkan aku sedari pagi mengadap komputer dan mencuba untuk menghabiskan sisa-sisa kerja yang ku tinggalkan sebelum raya. Ini la padahnya kalau cuti lama sangat sampaikan dah macam takde mood nak buat kerja. Apakan daya insan kerdil yang hanya makan gaji ni perlu terus bekerja dan meneruskan kehidupan seperti biasa untuk mencari sesuap nasi. Hidup di kota metropolitan ni amatlah memerlukan kos hidup yang sangat tinggi. Syukur Ya Allah Engkau masih panjangkan umur ku untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Kalau hari Jumaat aku mesti rasa sayu. Hari ni pulak adalah Jumaat rahmat. Bukan la aku nak kata Jumaat lain tak rahmat. Bukan camtuuuu. Cuma pagi tadi rasa sejuk, best, damai, peace no war. Nape aku kata rahmat? Sebab kawan aku nama rahmat. Eh takdela. Aku mana ada kawan nama rahmat. Okay sebab apa aku kata rahmat kerana pagi tadi hujan turun lebat selebat2nya. Lebat sangat hinggakan En Abah bawak kereta slow 20km/j. Gila slow kan? Terbuntang bijik mata aku dok tlg tengok-tengokkan jalan kot-kot abah tak nampak ke. Hujan ni la part yang aku lemah sekali bila naik kerete tak kira la samaada aku yang drive atau orang lain drive. Sebab aku fobia+trauma dengan kejadian beberapa minggu lepas. Memang ah takde sape taw pasal ni sebab apa eh? Ntah la sebab aku ni bukan jenis suka cerita kat orang kisah hidup aku. Pendiam sangat kot. Ntahlaa~~~

 Saje letak pic ni yang takde kena mengena dengan entri.

Oh aku nak cerita pasal apa alu trauma kan? Masa tu hujan tengah syok drive kat traffic light sec 13 tetiba kereta depan macam haremmmm g break. Dahla masa tu lampu tengah hijau yang aku konon-konon ingat kereta kat depan sume tengah macam nak kejar lampu hijau dengan sepantas kilat aku tekan la minyak lagi. Disebabkan kereta depan depan yang macam ^&%^&&*%# aku dengan paniknya terus tertekan break dengan sekuat hati. Apa lagi menggelungsur ah kete aku. Sikit lagi nak langgar myvi itam depan aku. Myvi tu pun terbreak gak disebabkan kereta depan dia yang nak u-turn kat situ. Adohaiiiii lah aku taktau la driver tu takde pemikiran yang sempurna kot. Mana taknya dah terang-terang kat situ tak boleh U-TURN. Aku dengan hati yang panasnya terus mengehon kereta yang takde kesopanan di jalanraya tadi. Hon tak hengat kuat punya la aku kasi sama dia. Hahahahamekkk kau! Ish nasib baiklah Allah masih lindungi aku dari malapetaka yang tidak diingini. Kalau tak, nyawa aku dah melayang kot. Tu pasal la tiap kali hujan aku dah cuak+nebes je. +_____+

Yang aku taw hari Jumaat best sebab hari yang singkat. Sekejap lagi pukul 5 aku dah nak balik. Rehat tak hengat punya lama. Sekian untuk hari Jumaat. Semoga aku diberkati. Amin.



Love.

Isnin, 13 September 2010

Hali Laya.

Aduh penatnya raya thn ni. Ingatkan tak balik perak. Rupanya balik jugak aku ke Perak. Ni pun last minit nya plan. Best sgt tp super penat. 1st raya dah round rumah sedara yang dekat2 sini. 2nd raya br balik sitiawan rumah Ayah Cik. Org lain stay kat perak diorang tido hotel tapi aku, mak and abah balik malam tu jugak. Penat memang penat tapi nak buat camne. Kitorang kena balik sebab esoknya family mock nak datang rumah. Lagipun abah tak suka stay kat tempat org lama2. Okay aku kan anak solehah., Cewahhhh. Betul pe sebab aku je yang ikut parents balik. Adik2 aku suma takmo balik.


Takde mood nak update belog. Taktau kenapa.


Dah.
Bye.
Love.

Selasa, 7 September 2010

Eidulfitri

Assalamualaikum w.b.t

Oh my belog! Sori for abaikan u sayang. Lately ni busy sgt2. Memang betul tak tipu punya. Penat buat kuih raya, kemas rumah etc. Oh plus kerja ofc yang menimbun. Oh my! *Eh byknya perkataan OH.* Wateva. This blog was mine so up to me nak tulis pape pun.

Jika diizinkan Allah, lagi 3 hari raya bakal menjelma. Mood : biasa2 je. No baju raya, no duit raya. Becoz duit dah habes buat kuih raya. Bahahahahaa.

Dah ni je nak tulis. No idea. No mood. 
Bye. Nite.
Love.

Sabtu, 4 September 2010

refurbish

kosongkan..cadang nak tmbh pokok lg..
side view
another side view
ni latest landscape tuk akuarium ak..ni last r ni..dah malas dah nak ubah..hehe..ikan pun ak dah bg adik ak so tggl neon tetra,cardinal tetra dan serpae tetra je..tp ak nak bela byk ekor sbb ni specis yg sekolah atau yg gerak dlm 1 kumpulan..so kalo byk jd cantik la tgk gerak dlm kelompok..

Jumaat, 3 September 2010

Pukul Berapa Dah Ni!!

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang jam udah ke angka 12.30am. Tak suka tido lewat tapi kenapa la mata ni tak bole tido. Pk masalah negara sampai nak lelap mata pn susah. Act xde la masalah negara sgt. Ah eden ni memanjang jo pk. Macammacam dok pk. Esok ada meeting la cik waheeda. Macammana nak tumpukan perhatian dalam meeting nanti? Ekau dah la seketari security secretary. Kena catit every single thing dalam meeting sok. Tanak g keje sok boleh? Malas ah. Report tak siap lg pastu kena attend meeting. Haish kalau ak xde xboleh ke incik boss? 

Sebenar benar benarnya ak dah takde mood nak keje. Nak cuti je rilek dok rmh goyang kaki. Banyak cantek muka kau? Kau ingat muka kau macam Lisa Surihani? Yela Lisa kan menjadi pujaan setiap lelaki. :D
Okay ak dah start merepek meraban. Menci arrrr! Ak nak tido. Mata (o_o) plz pejam. Tido la sayang.. Ada jugak yang tak bangun sahur sok ni.. Adesss. Alamak ak dengar kucing bergaduh lak. Ni yang seram sejuk ni. Teringat cerita seram zaman ak kecikkecik dulu. Okela nak SO la. *padahal xngantok lagi.purapura tido*.

Bye.
Love.